Namun, benarlah seperti yang dikatakan oleh Jack Canfield dalam
bukunya iaitu, "If A is where you are now and B, is where you
want to go, then it is just a straight line. Don't ask how to
get there because the how will come when you know where you
want to be". Malah, beberapa buku seperti The Secret,
Millionaire Mindset, Awaken the Giant Within dan banyak lagi
turut menekan betapa penting mempunyai misi dan visi dalam hidup.
Emosi
Selama ini, saya sering meletakkan diri terutama emosi di
tempat kedua. Saya beranggapan adalah selfish jika saya
mendahului emosi sendiri berbanding orang lain. Namun,
semakin dewasa, saya dapati, emosi diri sama penting untuk
dijaga. Ia memberi impak pada penyerapan ilmu, ketahanan
fizikal dan elemen-elemen lain dalam hidup. Pada masa yang
sama, ilmu yang diserap mampu memantap dan mematangkan emosi
semakin usia meningkat.
Fizikal
Ramai yang mengukur kebahagiaan dari simbol-simbol seperti aset
yang dimiliki dan pada 'besar gelaknya' seseorang. Namun,
betapa malangnya pada mereka yang mempunyai aset yang banyak
dan 'gelak yang besar' tetapi kesihatan tidak pernah dijaga.
Pemakanan, senaman dan pemantauan kesihatan amat penting untuk
menikmati hidup yang cemerlang.
Spiritual
Tiga minggu lepas di satu kursus, kami ditanya perbezaan antara
believe dan faith. Saya termanggu seketika untuk mencari
perbezaan. Menurut penceramah itu, believe adalah apabila
seseorang itu ditunjukkan bukti, barulah dia akan percaya
manakala faith adalah tahap kepercayaan walaupun tanpa bukti,
mereka percaya ia wujud atau sesuatu itu akan berlaku. Menyerap
kata-kata itu, keyakinan kita pada janji Tuhan mengenai orang-
orang yang sabar dan orang-orang yang berusaha untuk mencapai
kejayaan adalah kunci untuk ketenangan hidup di dunia dan
keabadian hidup di akhirat.
Intelektual
Intelektual bukan bermakna seseorang itu harus mempunyai sijil
menggunung atau bercakap menggunakan bahasa tinggi.
Meningkatkan kemahiran, membaca buku, berbual bicara dengan
individu hebat dan belajar dari pengalaman diri sendiri adalah
antara cara untuk meningkatkan intelektual.
Kewangan
Jika ada yang berkata, "aku tidak mahu kaya, aku mahu hidup
sederhana", dia hanya membohongi dirinya. Hakikatnya, hidup
di dunia memerlukan wang. Malah, sebagai seorang muslim, kita
seharusnya berusaha untuk menjadi kaya untuk membantu lebih
ramai rakan muslim di mana jua mereka beada. Justeru, mulalah
melabur. Lagi muda lagi bagus.
Keluarga
Keseimbangan hidup juga harus meliputi keluarga. Mereka adalah
kelompok terdekat yang perlu disayangi dan menyayangi kita.
Karier
Kita juga harus memberi yang terbaik pada karier. Sebaik-
baiknya, tugas yang dilaksanakan itu bukan berpaksi pada
imbuhan semata-mata. Memang betul kita bekerja untuk
mendapatkan duit, namun jangan jadikan duit sebagai satu-
satunya tujuan kita bekerja. Kita mahu lakukan tugas itu
dengan amanah dan sehabis baik. Barulah berkat duit yang
kita dapat.
Komuniti
Hubungan baik dengan Allah harus seiring dengan hubungan baik
sesama manusia. Ramai antara kita yang 'amat sibuk' bekerja
sehingga terlupa bahawa kita hidup dalam komuniti masyarakat.
Mereka adalah jiran, rakan sekerja, orang yang kita temui
semasa menunggu bas, pembekal, rakan-rakan dalam facebook/
twitter dan sebagainya.
Sekali pandang seperti "banyaknyaaa..." untuk mencapai
kebahagiaan dalam hidup. Namun, apabila saya temui individu-
individu hebat, kebanyakkan mereka memiliki kelapan-lapan
aspek ini dalam hidup mereka. Justeru, jika saya ingin mencapai
misi becoming the best I can be and live life to the fullest,
saya juga perlu seimbang dalam kelapan-lapan aspek ini.
No comments:
Post a Comment