Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah
diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak
hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru
fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin
menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda.
01.Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin
kebahagiaan.
02.Jangan Bersedih... Redha Dengan anugerah Allah membuat
anda kaya di dunia.
03.Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima
Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas.
04.Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan anda berbeza
dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada
kelebihan tersendiri.
05.Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau
dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari
Yang Maha Esa.
06.Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada
kemudahan.
07.Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh
anda gembira.
08.Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi
perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah.
09.Jangan Bersedih... Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu
dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya.
Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina
untuk ditangisi.
No comments:
Post a Comment