Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila
seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.
(Riwayat Abu Daud.
Menurut hadis ini, apabila seseorang Muslim suka membuat
sesuatu pekerjaan dengan tekun sehingga selesai dan sempurna
pekerjaannya, maka dia termasuk dalam kategori manusia yang
disukai oleh Allah s.w.t.
Bersungguh-Sungguh
Allah Swt sukakan Muslim yang bersungguh-sungguh membuat kerja
yang baik, apatah lagi, kalau pekerjaan itu terkait dengan
urusan dakwah Islam, menyebarkan kefahaman Islam. Ketekunan
berceramah, menulis dan mengarang bahan-bahan ilmiah akan
menyebabkan umat itu terlepas bebas daripada belitan tipu daya
orang yang sombong dan zalim.
4 kunci untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah iaitu:
Ikhlas – laksanakan tugasan atau kerja dengan keikhlasan.
Menjaga hubungan dengan ALLAH – segala kerja yang lakukan
mestilah berhubung dengan Allah. Buat sesuatu kerja kerana
Allah dengan keikhlasan hati. " Barangsiapa memperbaiki
hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan
hubungan-Nya dengan orang tersebut."(HR. Hakim)
Muadjaddah – Buat sesuatu kerja mestilah bersungguh-sungguh.
Ikhlas melaksanakan kerja dengan kesungguhan dan amanah
demi Allah.
Muhasabah – menilai/meneliti kembali kerja yang dilakukan untuk
mendapat kerberkatan dari Allah. Mungkin pada masa ini kita ada
melakukan kesalahan sesama manusia, mohon maaf kepada mereka
yang kita lukai ataupun kerja yang kita buat mestilah mengikut
tempoh yang dah ditetapkan dan jika kita menggunakan masa
tersebut pastikan kita menggantikan semula supaya kita mendapat
keberkatan dari Allah.
Semoga kita memperbaiki diri kita untuk mendapat keberkatan
Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah, hubungan kita sesama
manusia dan membuat amal dan kerja dengan keihklasan di hati
demi Allah.
Berdoa juga perlu bersungguh-sungguh
Dari Anas r.a katanya: Rasulullah saw bersabda: "Apabila kamu
berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa
(bahawa Allah taala Maha Mendengar dan mengabulkan)".
Dari Anas r.a katanya:Rasulullah saw bersabda:Apabila kamu
berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa
(bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu
berdoa dengan kalimah: Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!
Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi
sesuatu doa.
No comments:
Post a Comment