Tuesday, April 19, 2011

Tenaga Positif

Berfikiran positif sepanjang masa memang akan menjadi amat
mencabar diperingkat permulaan. Anda akan bergelut dengan emosi
sendiri dan perasaan tak tentu arah, sama ada nak jaga hati
orang atau nak jaga hati sendiri. Anda akan keliru.

Saya Suka Kebaikan dan Saya Mesti Berfikiran Baik!

Sampai ke satu tahap, Anda akan mempersoalkan setiap satu
tindakan Anda, kerana ia akan kelihatan seperti membiarkan
orang lain buat sesuka hati pada Anda dan Anda pula tertahan-
tahan nak membalas perbuatan mereka itu, hanya kerana Anda
adi keliru lalu bingung.

Jadilah diri Anda sendiri. Usah terlalu mengikut orang. Kita
boleh mengikut orang, tapi kena sesuaikan supaya boleh diserap
menjadi sesuatu yang ngam dengan diri kita sendiri.

Nak mengekalkan sikap berfikiran positif, Anda kena jadi diri
sendiri sepenuhnya. Anda kena bersikap baik sepenuh masa,
bercakap baik-baik, bersangka yang baik-baik dan berkata yang
baik-baik dalam hati Anda, walaupun suasana di luar nampak buruk.
Always look to the bright side of your life!

Sikap suka bersangka baik akan mengubah suasana menjadi baik.
Sikap bersangka buruk akan mengubah suasana menjadi buruk,
berterusan menjadi bertambah buruk jika Anda kekal bersangka
buruk. Orang-orang cemerlang sentiasa bersangka baik sepanjang
masa, sebab itu mereka cemerlang sepanjang masa. Orang lain
merasa agak sukar 'kejar' tahap mereka.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk
sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa
dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih
tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Anak
ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak
bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu
dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam
hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai
kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang
tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih
baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam
hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu),
sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui
kibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya
kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir
usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh
jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap
sial, hasad dengki dan bersangka buruk" lalu seorang lelaki
bertanya : "apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah?"
Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki
beristighfarlah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk,
janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu
menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya"
(At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi
bernama Ismail Bin Qais)"

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari
sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang)
kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa
dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan
keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya
yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging
saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat)
maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah
larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada
Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani"
(Surah Al-Hujraat 49: Ayat ke 12)

No comments:

Post a Comment