Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah
berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk
menikmati kebahagiaan di pagi hari.
Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk
anda, pagi adalah penentu arah kejayaan dan kegagalan dalam
hidup anda.
Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya?
Ayuh sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang anda patut lakukan
di waktu pagi, adalah:
01. Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan
hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik
hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
02. Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya.
Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam
seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-
gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia
menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi
sepanjang hari.
03. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3
dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit
memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi
pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun.
Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
04. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga
anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai,
mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas,
duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya
dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat
keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu.
Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk
menjadi cemerlang!
05. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada
ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak
capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas)
lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu
tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu
capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak
ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni,
berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda
nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil
dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam
bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan
dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan
seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
06. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi
energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah,
biru dan hijau. Sungguh berkesan!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu
merubah mood anda menjadi positif.
07. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi,
maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang
sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit)
ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak
bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak
yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
No comments:
Post a Comment