Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki
yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli
samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak,
yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,
sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat
orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.
Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi
sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk
melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.
Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan
isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila
isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di
luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas
isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.
Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum,
saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi…
Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan
baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You
buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”
Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga
dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la
cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati
akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu
lagi…:).. Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang
menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan
kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat…
sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerna itu.. seboleh2nya.
Jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan
kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2
yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan
dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya
mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer. ..
Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu
tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia
membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, “Isteri jangan
lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil
begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang
walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana
sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya
suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Jangan sesekali
ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang sudah
berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah
seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri
sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..
dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan
meringankan bebanan emosi nya..
Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang
anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan
sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau
bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik
pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau
kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang
senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa
anak yang diperolehi..suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau
sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa
didahulukan. …;)
Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka
boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua
tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali ditakbir oleh keimanan yang
tebal. Yang ada “pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua
dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan
sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.
Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan
bilamana keadaan dirinya tak tenteram…dan dikala ini apabila
ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang
berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita
lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang
sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.
No comments:
Post a Comment