Patutkah anda berhenti senaman dan menjaga kesihatan apabile
anda atau ibu anda sudah berumur? Definitely not…..health
and fitness patut menjaga sebahagian daripada kehidupan anda
walaupun umur anda menjangkau 50an, 60an dan seterusnya.
Oleh kerana saya pun sudah makin tua :), saya ingin memberikan
tips2 kepada para pembaca untuk menggalakkan anda dan ibu bapa
anda untuk terus berseman. Sekiranya anda mempunyai ahli
keluarkan yang sudah berumur tapi malas untuk aktif, gunakan
artikel ini untuk memberi motivasi dan kata semangat kepada
mereka. Itu tanggungjawap kita bersama.
Semakin berumur, kita semakin bijak? Betul ke?! Hmm sudah tentu
kerana mereka yang berumur 40 ke atas, biasanya sudah mahir
tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan ini, terutama
bila berlaku perubahan fizikal. Ibu2 sudah tentu anda tidak
boleh ikut rutin kesihatan sama seperti anda berumur 25 tahun
dahulu dan mahu kelihatan seperti umur 25 tahun.
Pada peringkat ini, wanita pula perlu berhadapan dengan zaman
menopos. Ia mengakibatkan:
* Kemerosotan metabolisma
* Penurunan paras estrogen (menjadikan banyak lemak berkumpul
pada bahagian perut)
* Peningkatan kolestrol
* Mengurangkan kepadatan tulang
* Berat badan bertambah
Ingin berseman dan menjaga kesihatan anda? Saya syorkan seperti
berikut:
1. Fokus kepada latihan kardiovaskular selama 30min
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Untuk melatih jantung dan
paru-paru, dan membakar lebih kalori. Kalau susah berjoging
cuba pula yang ini, jalan kaki, mengembara atau jalan2 di pust
membeli-belah pun a lot better than sitting at home.
2. Makan 5-6 kali sehari – untuk merangsang metabolisma.
3. Angkat berat 2-3 kali seminggu untuk menambah kekuatan.
Kekadang, dalam usia 40-an dan 50-an, penting bagi kita mengakses
keseluruhan kesihatan dengan selalu membuat pemeriksaan kesihatan.
Ia langkah persediaan untuk menangani masalah kesihatan pada masa
hadapan. Di bawah adalah pemeriksaan yang perlu anda lakukan:
* Kandungan gula dalam darah
* Tekanan darah
* Kandungan kolesterol
* Berat/BMI dan lain-lain
Warga emas (> 60 tahun)
Yes, masih belum terlambat untuk bersenam. Kadangkala saya berasa
sedih apabila melihatkan warga emas di Malaysia disuruh duduk di
rumah sahaja. Sepatutnya galakkan mereka jadi aktif.
But….sebelum memulakan senaman, perhatikan tahap kesihatan anda.
Ada had senaman untuk pesakit darah tinggi, sakit jantung,
osteoporosis dan seumpamanya. Dapatkan nasihat doktor dahulu.
Sedikit panduan jika anda sudah bersedia untuk bersenam:
1. Dapatkan kebenaran doktor.
2. Pilih aktiviti yang menyeronokkan seperti berbasikal,
berenang atau jalan kaki.
3. Buat latihan ringan 2-3 kali seminggu. Tidak perlu angkat
beban.
4. Bersenamlah dalam keadaan selesa dan tenang.
5. Fokuskan kepada pergerakan regangan ringan dan fleksibel
seperti yoga atau tai chi.
6. Makan 5-6 kali sehari untuk merangsang metabolisma.
Dengan umur sebegini, kadangkala terasa malas hendak bersenam.
Tetapi, ingat! Sedikit senaman lebih baik daripada tidak
melakukan apa-apa. Jadikan ia seronok dan gembira. Bersenam
bermaksud menjadikan kehidupan hari tua anda dengan lebih bermakna.
Jadi ingat, it is never too late untuk teruskan kehidupan yang
sihat, cergas dan menyeronokkan.
No comments:
Post a Comment