Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang
jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun
belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat.
Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat
untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita
orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang
diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni.
Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang
negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita
inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan
terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah,
kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa
membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang
motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia
akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar
membahagiakan.
"Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah,
solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain,
meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif."
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua
benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat
tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak
terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam
berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan
kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah
ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah,
belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak,
carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak
bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya
jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba
mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti
segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak
putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk
menjadikan syurga sebagai matlamat.
"Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih
sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang
fikiran ini secara berterusan hingga berjaya."
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada
kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan
dan mengikut kebiasaan.
"Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang
menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya
agar jemputan itu mudah sampai."
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir
dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana
menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita
pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas
kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang
paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh
adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak
guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur
diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat
di hati.
No comments:
Post a Comment