Wednesday, March 30, 2011

Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun
dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam
kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk
yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan
perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala,
sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung
yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi,
meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur
ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan
keberkesanannya.

* Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur
setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
* Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau
minum apa-apa untuk 45 minit.
* Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
* Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan
makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
* Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat
gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan
kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga
mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam
tempoh tertentu:

1. Tekanan darah tinggi - 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes - 30 hari
4. Sembelit - 10 hari
5. Kanser - 180 hari
6. Tibi - 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga
hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali
diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

No comments:

Post a Comment