Friday, March 18, 2011

Jenis Cantik

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan.
Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak,
cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi
perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi
tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa
sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Cahaya iman mungkin?

Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan
bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan
bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus
mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu
juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka
yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini
dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai
yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan
pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan
produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant
lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak
semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh
si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh,
tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta
si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila
cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga.
Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang
sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan
kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan
sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan
kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga
wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada
yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu
ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri,
hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah
sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi
pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana
semuanya tidak kekal selamanya.

No comments:

Post a Comment