Tidak semua tangisan itu negatif dan tidak semua insan yang
menangis itu lemah.
Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan?
1. Menangis kerana rasa cinta dan takut kepada Allah
2. Menangis kerana menginsafi kelemahan diri dan ahli keluarga
dan berusaha untuk memperbaikinya.
3. Menangis apabila melihat saudara seaqidah dizalimi dan berusaha
untuk membantu.
4. Menangis apabila melihat tatasusila umat Islam yang telah
melampau.
5. Menangis kerana berasa syukur dengan rahmat Allah yang terlalu
banyak walaupun dirinya ditimpa bencana
6. Menangis kerana menyesali dosa dan menyedari kesilapannya
7. Menangis apabila dia menemui kebenaran setelah sekian lama
hanyut di dalam kesesatan.
Tangisan-tangisan ini adalah kehebatan kerana orang yang
menitiskan air matanya kerana Allah, adalah orang yang cukup
tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan
melalui sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh
Abu Hurairah r.a,
"Tidak akan masuk neraka seorang laki-laki yang menangis kerana
takut pada Allah Swt. sehingga air susu kembali masuk ke dalam
puting..." (H.R Tirmidzi)
Pada satu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan para
sahabat, beliau bersabda," Seandainya kalian mengetahui apa
yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa dan
banyak menangis." Kemudian para sahabat menutup wajah mereka
dan mereka menangis. (Muttafaq 'Alaihi)
Pada suatu hari Rasulullah saw telah mendengar seorang sahabat
Baginda yang sedang membaca al Quran. Apabila sampai ke ayat
yang bermaksud:
"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit
yang merah" Surah ar Rahman – 37
Bulu roma si pembaca itu berdiri tegak dan dia menangis
tersedu-sedu sambil bertanya:"Aduh, apakah yang akan berlaku
pada diriku apabila langit terbelah? Malang sungguh nasibku ini.
" Rasulullah saw berkata kepadanya:" Tangisanmu telah menyebabkan
para malaikat menangis bersama-sama."
Jawapan yang sama telah diberikan oleh Rasulullah saw kepada
seorang Ansar yang duduk menangis selepas menunaikan
sembahyang Tahajjud.
Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. Isterinya
melihat keadaannya turut menangis bersama-sama, dia bertanya
kepada isterinya itu:"Mengapa kamu menangis?" Kata Abdullah:
"Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka
melalui titian sirat, aku menangis."Aku tidak tahu sama ada
aku akan berjaya menyeberanginya atau tidak."
Subhanallah, kehebatan yang terserlah dengan linangan air mata
yang membuktikan kekuatan seseorang insan.
Malah di antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang ini keras
hatinya ialah apabila dia sukar untuk menangis di hadapan Ilahi.
Bilakah kali terakhir daku menitiskan air mata keranaMu ya Ilahi?
No comments:
Post a Comment