Tuesday, July 19, 2011

15 Ciri Wanita Syurga

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya,
rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang
baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah,
bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan
solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan
haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah,
jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah
melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada
Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah,
mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas
segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang
diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir
mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa
berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan
masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir
miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap
haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang
memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada
dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh
makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan
menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat
dan jauh.

No comments:

Post a Comment