Friday, December 3, 2010

Mengamalkan Hidup Sihat

1. Mengamalkan makan daun sambung nyawa, daun jarum
tujuh bilah, pegaga, ulam raja, pucuk putat, sebagai
ulaman setiap hari.

2. Mengamalkan pemakanan supplement vitamin C dan vitamin
E kerana kedua2nya adalah antioxidant yang dapat mengurangkan
toxin penyebab kanser serta dapat merawat sel2 yang hampir
kena kanser.

3. Mengelakkan menggunakan ubat gigi yang berflorida kerana
florida dalam ubat gigi meningkatkan risiko kanser sebab
settiap hari gosok gigi 3 kali sehari lama2 florida berkumpul
dalam badan. pakai ubat gigi tanpa florida seperti halalgel,
mukmin, najwa dan beberapa jenama lain atau pakai je arang.

4. Mengelakkan menggunakan deodorant antipespirant atau yang
24 hours kerana ia mengandungi aluminnium chlorohydrate dan
triclosan yang meningkatkan risiko kanser payudara dan
kanser hati. Pakai setiap hari maka berkumpullah bahan
terserbut dalam badan.

5. Mengelakkan memakan produk daging yang diproses seperti
daging burger (terutamanya McShit) kerana mengandungi
pewarna azo dan nitrosamine yang meningkatkan risiko kanser.

6. Kurangkan pengambilan produk berasaskan soya kerana soya
meningkatkan risiko kanser payudara, kanser rahim, kanser
ovari dan kanser prostat.

7. Mengurangkan makanan yang mengandungi bahan2 yang diragui
status kehalalannya seperti keju dan yogurt (terutamanya
keluaran syarikat kafir) kerana ada disyaki menggunakan
bahan berasaskan babi dalam proses pembuatannya.

8. Mengurangkan penggunaan MSG atau secara spesifiknya
ajinomoto kerana pengambilan MSG secara setiap hari akan
meningkatkan risiko kanser. Makanan ringan terutamanya
McShit mengandungi terlalu byk MSG.

9. Kurangkan meminum minuman bergas terutamanya Coca-cola
kerana mengurangkan pH badan seterusnya memudahkan
pertumbuhan sel kanser.

10. Mengelakkan penggunaan pencuci faraj wanita seperti
johnson2 dan keluaran syarikat yahudi dan nasrani kerana
mengandungi bahan yang boleh meningkatkan risiko kanser.
kalau nak cuci gunakan limau kasturi seperti sunnah nabi
atau gunakan sireh atau daun kaduk. Pencuci faraj wanita
meningkatkan risiko kanser rahim dan ovari serta meningkatkan
risiko keputihan dalam jangkamasa panjang.

11. Kepada perokok sila kurangkan rokok atau berhenti.
kalau susah sangat berhenti hisaplah rokok daun keluaran
org melayu.

12. Mengelakkan pengambilan sayuran yang dari Cameron
Highland kerana byk pesticides dan herbicides yang
disembur ke sayur tersebut.

13. Mengelakkan memakan organ dalaman terutamanya hati
kerana hati merupakan organ dimana semua racun, toxin
akan berkumpul untuk dineutralkan, maka kepekatan toxin
penyebab kanser tinggi dalam hati, nabi pun tidak
menggalakkan memakan organ dalaman.

14. Mengelakkan menggunakan krimer bukan tenusu atau produk
yang ada krimer bukan tenusu seperti coffee mate karana
krimer akan meningkatkan risiko kanser.

15. Mengurangkan makan kepala ikan kerana kepala ikan
byk toxin terkumpul padanya yang mana toxin tersebut
kebanyakan adalah logam berat yang meningkatkan risiko kanser.

16. Mengelakkan menggunakan syampoo yang byk buih kerana
kandungan SDS (sodium deodecil sulphate) atau SLS (sodium
laureth sulphate) adalah perosak protein dan menyebabkan
abnormaliti protein yang kan menjurus kepada kanser dalam
jangkamasa lama.

17. Kalau sakit tak teruk, cuba elakkan memakan ubat tahan
sakit seperti aspirin, panadol, ponstan, mefenamic acid
kerana akan merosakkan hati dalam jangkamasa panjang.

18. Jika kena penyakit akibat bakteria, kalau boleh jika
dipreskripsikan antibiotik, cuba elakkan memulakan makan
antibiotik kerana akan berkumpul di hati dan merosakkan
hati dalam jangkasmasa panjang, sebaliknya boleh menggunakan
cara tradisional seperti memakan pucuk jambu jika cirit-birit
akibat bakteria.

19. Jangan recycle byk kali minyak masak yang anda gunakan,
kalau boleh selebih-lebihnya 3 kali sahaja (jika nak jimat
kos) kerana minyak masak yang direcycle byk kalui akan
menghasilkan sebatian yang mengandungi PAH (polyaromatic
hydrocarbon) yang menyebabkan kanser.

20. Mmemakan buah kurma, zaitun, habbatussauda, buah tin
dan air zam-zam dapat mengurangkan risiko dan juga mengubati
kanser.

21. Elakkan berada selalu dalam keadaan stress atau kemurungan
(dipression) kerana apabila dalam keadaan stress dan kemurungan
akan melemahkan sel2 badan dan organ2 seterusnya memudahkan
kejadian kanser

22. Bykkan bersedekah dan keluarkan zakat kerana mungkin
bahagian harta kita yang tak bersih akibat tak keluarkan zakat
menyebabkan keberkatan makanan masuk dalam badan kita yang
tak berkat dan makanan tak berkat tersebut akan menyebabkan
kanser.

Firman Allah:

Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan
mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta
yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Al-Baqarah 276

Cara Islam Menjaga Kesihatan

Menjaga kesihatan adalah dituntut dalam Islam kerana
dengan badan yang sihat maka mudahlah kita untuk
menunaikan tanggunjawab seperti bekerja dan mengerjakan
ibadah.

Terdapat berbagai cara yang boleh di lakukan untuk
menjaga kesihatan tubuh badan kita. Di dalam kitab
Al-Quran juga ada menunjukkan kaedah menjaga kesihatan
yang kemudiannya telah dibuktikan kebenarannya oleh
para saintis. Diantaranya adalah seperti “Bersenam/
Beriadah” dan “Mengawal pemakanan“.

Di antara amalan-amalan yang disarankan dalam Islam
ialah:-

1) Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya
sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap
kedalam badan boleh mengurangkan lemak daripada berkumpul.
Anda boleh perhatikan sendiri di kalangan saudara
atau rakan yang mengamalkan mandi sebelum waktu subuh
kebanyakannya tidak gemuk.

2) Amalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya
InsayAllah jauh daripada terkena penyakit.

3) Solat Malam. Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat
atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya:
“Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan
khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara,
lima di dunia dan empat di akhirat.

5 kelebihan yang diperoleh di dunia:
*Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
*Tanda berkat pada wajahnya
*Disukai oleh ramai manusia
*Allah jadikannya seorang yang bijaksana
*Bila bercakap penuh hikmah

4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:
*Wajahnya bercahaya
*Diringankan hisab
*Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
*Dapat buku amalan dengan tangan kanan

Lagi tentang kelebihan solat malam.

4) Selepas solat subuh disunatkan kita bertafakur
(iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas
membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit kepala atau
migrane. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat
kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli
sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam
saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah.
Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang udara
berkenaan.

5) Di dalam kitab-kitab yang di karang oleh ulamak
muktabar juga ada melarang kita makan makanan darat
bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah
kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat
mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang
menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+)
manakala ikan ada mengandungi ion (-). Jika dalam suapan
ada terdapat daging bercampur dengan ikan maka terjadi
tindak balas biokimia yang boleh merosakkan usus seseorang.
Seelok-eloknya, selang-selikan menu harian anda diantara
ikan dan daging pada hari yang berlainan.

6) Rasulullah S.A.W ada mengajar kita makan dengan tangan
dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli
sains telah membuktikan bahawa enzime banyak terkandung
di celah jari-jemari, iaitu 10 kali ganda berbanding dari
apa yang terdapat dalam air liur. (Enzime ini sejenis
bendalir percerna makanan. Tanpa enzim ini, maka makanan
sukar untuk di hadamkan)

7) Amalan berpuasa mengandungi banyak rahsia di sebaliknya.
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya: ” Berpuasalah kamu,
nescaya kamu menjadi sihat” (Riwayat Abu Hurairah)

8 ) Bersiwak atau menggosok gigi. Sabda Rasulullah S.A.W,
maksudnya: “Bersiwaklah kamu semua, kerana bersiwak itu akan
membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali
Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak”
(Riwayat Ibnu Majah)

Wallahua’lam.

Wednesday, December 1, 2010

Bahana Nescafe 3 in 1

Kawan saya (dah arwah)...... .

dari usia muda.....

pagi nescafe..... 2 X..

petang nescafe....2X. ..

malam nescafe....? X...



depan mata saya........ .

bengun dari kerusi ........

kaki dia terus patah....

ulang dia reput.....


Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni,banyak penyakit datang dari pemakanan…..

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar
lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak
bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa
masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai
seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah
dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan
sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya.
Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan
kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah
antara tanda-tanda yang dapat

dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu
membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti
dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu
sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik
matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak
berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom
di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan
kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan
dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal
tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki
saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun
usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca
masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum
Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak
buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam
campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan
diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa
sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara
berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang
dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat
dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah
non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer
yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer
dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi
margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato
chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam
dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak
dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam.
Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau
ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau
pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10.Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga,
daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11.Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak
di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada
nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai
dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau
yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan
amalan di atas.

Friday, November 26, 2010

Cara Bersih Wang Haram

BERMULA daripada isu sumbangan kerajaan Pulau Pinang
kepada beberapa penerima, kelihatan timbul kekeliruan
dan keserabutan dalam memahami letak duduk isu wang
haram dan sumbangannya kepada pembangunan awam serta
fakir dan miskin.

Walaupun isu itu sudah padam dan tenggelam, masih ada
kekeliruan belum terjawab, akibatnya mungkin ada yang
berkata: “Jika harus diberikan wang haram itu kepada
fakir miskin, bolehlah kita teruskan aktiviti haram
itu kerana hasilnya masih boleh dimanfaatkan.

“Kerana hukumnya harus, mana-mana kerajaan pun yang
naik selepas ini masih boleh membiarkan aktiviti haram.

“Oo... bolehlah kita beri lagi banyak lesen kepada
pusat judi, pelacuran dan riba, sebab untung mereka
lebih besar dan kemudian kita boleh ambil manfaat
daripada harta mereka untuk membiayai fakir miskin dan
pembangunan negara.” Itu mungkin persoalan yang
terdetik dalam diri pembaca apabila melihat situasi
yang berlaku dan jika itulah kefahaman selepas membaca
hujah ulama mazhab yang silam dan kontemporari, mereka
sebenarnya sungguh terkeliru.

Yang sangat perlu difahami adalah, konteks sebenar yang
disebut ulama mesti difahami dengan tepat. Mereka semua
memberikan fatwa itu ketika mengulas ‘ke manakah perlu
disalurkan hasil harta-harta haram yang berada di dalam
pemilikan individu’. Konteksnya adalah, jika seseorang
itu memperoleh wang haram sama ada daripada hasil judi,
perniagaan haram, pelaburan haram dan kini ingin bertaubat,
ke manakah ia patut disalurkan.

Adakah ia perlu dilupuskan atau dibakar dan dibuang debunya
ke dalam sungai atau lautan? Ulama hampir sepakat
mengatakan melupuskannya seperti cara di atas, tanpa
memberi manfaat kepada sesiapa pun adalah bercanggah
dengan pelbagai dalil, Maqasid Syariah dan logik akal.
Ini kerana dosa perolehan harta haram itu bersifat hukmi
dan bukan ‘aini (jisim).

Berbeza jika sekiranya barang dimiliki itu adalah haram
pada ‘ain’ dan zatnya seperti sebotol berisi arak,
semangkuk sup daging babi, sepotong daging kambing tidak
sembelih untuk makan tengah hari dan yang sepertinya.
Ketika itu, baru hukumnya wajib melupuskannya dengan cara
buang serta diharamkan untuk diberi kepada sesiapa juga,
termasuk menjualnya, menjadikan bahan perhiasan, walaupun
kepada orang bukan Islam.

Haram Secara Hukmi
Manakala harta haram secara hukmi (menurut hukum kerana
caranya bercanggah dengan syariah seperti judi, rasuah,
rompak, riba dan lain-lain) yang dimiliki individu adalah
haram digunakan untuk dirinya dan keluarganya.

Cara melupuskannya adalah dengan menyalurkannya sama ada
kepada Baitul Mal, pusat zakat atau terus kepada fakir
dan miskin. Itulah konteksnya.

Setiap hasil cukai dan pendapatan daripada hasil yang
haram, pemerintah yang bertanggungjawab mesti menyalurkannya
kepada fakir, miskin dan kemaslahatan awam menurut nilai
jumlah pendapatan itu. Ini kerana harta haram itu, jika
terus dibiar berada dalam pemilikan individu, bakal merosak
keberkatan kehidupannya dan rezekinya.

Di peringkat Negara, membiarkan negara bergantung kepada
hasil haram tanpa justifikasi betul daripada sudut hukum
syariah akan menjerumuskan pemimpin ke dalam kehinaan,
dosa dan balasan azab di akhirat.

Justifikasi dimaksudkan di atas adalah, sesebuah kerajaan
pimpinan Islam dibenar meluluskan sesuatu yang diterima
agama lain dengan syarat ia khusus untuk penduduk setempat
itu dan tidak membabitkan penduduk beragama Islam.

Pada masa sama kerajaan dibenar mengutip cukai hasil
pemberian lesen itu.

Contohnya, dalam sesetengah agama, arak dibenarkan, justeru
pemerintah Islam menghormati kebenaran itu, justeru
ulama menyatakan keharusan bagi kerajaan meluluskan
pembukaan kedai arak khusus untuk penganut agama terbabit
saja. Itulah namanya siasah syariyyah. Demikian statusnya
dengan babi dan makanan tidak sembelih, disebabkan agama
mereka membenarkan, kerajaan Islam mesti membenarkan
pembukaan kedai jual babi, penternakan babi dan gerai
menjual makanan tidak sembelih setelah dipohon penganut
agama yang membenarkan tetapi secara terhad dan berhati-hati.
Pada masa sama juga, kerajaan boleh mengenakan cukai biasa
daripada lesen dan perniagaan itu.

Yang Dipersetujui Haram
Namun begitu, perlu diingat tiada agama mengharuskan
pelacuran, pengurusan kewangan riba dan perjudian.
Sebarang kebenaran bagi pembukaan premis sebegitu dan
pengambilan cukai daripadanya adalah haram. Apabila ia
masuk ke dalam pendapatan negara, keberkatan dalam negara
akan hilang, tatkala itu ia memerlukan proses pembersihan.
Menurut perspektif Islam, jika tidak dibersihkan, bebanan
hukuman haram itu akan ditanggung pemerintah terbabit.
Justeru, dalam keadaan itu dosa terlekat di bahu pemerintah
jika dia Muslim.

Oleh itu, persoalannya bagaimana pula untuk menguruskan
wang berkenaan.

Wang daripada sumber haram boleh berganda haramnya jika
tidak disalurkan dengan betul.

Saluran terbaik menurut dalil dan perbincangan ulama adalah
kemaslahatan umum, fakir dan miskin. Golongan ini sentiasa
diharuskan oleh Islam untuk menerima wang daripada sebarang
hasil atas kapasiti mereka selaku fakir, miskin dan sangat
memerlukan.

Justeru, mereka adalah penerima harta sumbangan kerajaan
dan individu secara yang sah daripada sudut pandangan Islam.
Tiada syubahah untuk mereka menerimanya dan tidak lagi haram.
Sebarang momokan mengatakannya syubahah dan haram adalah
kegagalan dalam memahami dalil dan fatwa mazhab yang empat.

Menerusi penerangan itu mungkin ada pula yang akan bertanya,
jadi adakah digalakkan industri serta perniagaan yang jelas
haram ini.

Tidak sama sekali! Jika difahami sebegitu, pembaca terbabit
silap memahami konteks.

Fatwa keharusan untuk disalurkan kepada tiga kumpulan tadi
bukan satu galakan, sokongan atau sengaja membiarkan pimpinan
meluluskan premis jualan arak, perjudian, pelacuran, riba
dan sebagainya.

Pimpinan itu tetap berdosa meluluskan sesuatu aktiviti tetapi
fatwa keharusan itu adalah satu pemberitahuan kaedah
pelupusan sumber wang haram yang diperoleh oleh individu
dan kerajaan bagi melepaskan bebanan haram yang ditanggung
oleh negara dan individu.

Kesimpulan
Dalam isu ini, jika terjadi pada peringkat individu, ahli
keluarga yang lain wajib menegur. Manakala di peringkat
kerajaan, sebagaimana diajar nabi, wajib pula bagi ahli
kepemimpinan lain atau penyokong mereka menegur. Jika
teguran tidak dilakukan, dosa terbabit dikongsi bersama
oleh pimpinan lain dan penyokong, berdasarkan banyak dalil,
antaranya hadis nabi.

Riwayat Muslim dan Ibn Majah menjelaskan bahawa: “Barang
siapa menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat
(dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa orang
yang mengikuti ajakan dan seruannya hinggalah hari kiamat,
tidak terkurang dosa itu walau sedikit.” Mungkin selepas
ini ada yang bertanya: “Ustaz sebelum ini sibuk mengajak
orang makan makanan dan harta halal tapi kali ini, adakah
ustaz ingin kumpulan fakir miskin memakan wang syubahah
dan haram?” Sebenarnya ini satu kekeliruan kerana saya
sentiasa bersama kempen menjauhkan umat Islam daripada
syubahah dan haram sama ada daripada judi, riba, penipuan,
rasuah dan sepertinya.

Namun individu yang berkata di atas bercakap dan memahami
dalam konteks yang salah.

Ini kerana kita menyentuh soal cara pelupusan wang haram
yang bertujuan membersihkan pemilikan harta haram sama
ada individu atau kerajaan.

Ia bertujuan untuk membawa berkat dan tanda taubat mereka.

Untuk melakukan taubat itu, wang haram dan syubahah yang
dimiliki perlu disalurkan atau dipulangkan kepada mangsa
(jika ia dicuri darinya). Namun jika tidak diketahui
pemilik asal, penerima yang dibenarkan hanyalah maslahat
awam, fakir dan miskin.

Bagaimana untuk bertaubat jika kemaslahatan awam, fakir
dan miskin juga tidak boleh menerima wang tersebut.

Adakah ingin dilemparkan ke dalam lautan atau dibakar.

Itu sebuah pembaziran yang tidak perlu sebagaimana telah
diterangkan di atas dan semua keterangan ini adalah
berdasarkan pandangan ulama mazhab kontemporari selain
mengajak kepada tatacara urusan wang secara halal dan tepat,
yakni menjauhi syubahah dan haram.

Ditegaskan sekali lagi, harta tadi tidak sama sekali menjadi
haram dan syubahah ke atas penerima sama ada yang termasuk
dalam golongan maslahat awam, fakir dan miskin. Harapnya,
persoalan ini mampu difahami dengan baik oleh semua pembaca.

Cinta Allah Adalah Cinta Hakiki

CINTA monyet adalah asam garam yang pernah dilalui
pada zaman remaja. Apabila sudah bercinta maka
bermulalah episod saling merindui dan tanda seseorang
itu sudah 'diserang' penyakit angau.

Untuk mendapat cinta, manusia berusaha apa saja cara
tidak kira di mana dan masa asalkan sasaran cinta tercapai.
Dalam mencari cinta sejati manusia, bukan hanya remaja,
kadang-kadang tersasar dalam erti sebenar cinta.


Kita hanya bergelut mencari cinta manusia yang tidak
bertahan lama dan hanya kadangkala bersifat lipstik.
Lupa kepada cinta agung yang menjadi sumber segala cinta.

Cinta Allah adalah cinta hakiki. Kemuncak segala motivasi,
samudera segala bekalan dan kesudahan segala keindahan.

Cinta yang membawa kepada segala kebaikan dan berkesudahan
menikmati dua syurga iaitu syurga dunia dan akhirat.

Jika Allah adalah cinta segala cinta, dunia akan bertenggek
di menaranya. Yang patut diusaha dengan sekuat tenaga,
bagaimana hendak dapat cinta Allah.

Sebagai panduan, di sini dijelaskan beberapa faktor dan
resipi bagaimana hendak mendapatkan cinta agung Allah.

1. Dengan membaca al-Quran serta merenung dan memahaminya.
Berinteraksi dengan al-Quran sama seperti berinteraksi
dengan Allah. Sebab kitab ini adalah penghubung di antara
makhluk dengan pencipta-Nya.

Dalam hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Orang yang
paling baik di kalangan kamu ialah yang mempelajari al-Quran
dan yang mengajarnya."

Kemudian dalam keterangan lain Rasulullah menjelaskan:
"Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat (pertolongan)
kepada siapa sahaja yang membacanya pada hari akhirat kelak."

Di rumah sahabat dulu, biasanya tergantung al-Quran dan
pedang. Kenapa dua-dua ini digantung? Sebabnya pedang
digunakan untuk pertahanan dan membuka negeri manakala
al-Quran untuk membuka hati.

Sekiranya kita boleh baca akhbar dan majalah, malah
menghabiskan duit untuk mengumpul gambar penyanyi takkanlah
tidak ada masa sebentar untuk baca al-Quran.

Hati yang tidak dihuni dengan al-Quran akan dipenuhi
kemunafikan, khayalan gangguan dan kemurungan. Maka
isilah hati kita dengan ayat al-Quran.

Kisah seorang sahabat bernama Ubay yang pernah namanya
disebut Allah kerana suka membaca al-Quran. Apabila
Nabi beritahunya, Ubay terus menangis.

Nabi uji Ubay dengan soalan, apakah ayat al-Quran yang
paling agung. Beliau menjawab: "Ayat kursi." Banyakkanlah
membaca ayat ini.

Selain itu, jika hendak dapat cinta Allah seseorang itu
perlu solat malam (Qiyamullail). Kita memang biasa bangun
malam atau berjaga malam.

Tapi bukan untuk solat, tetapi untuk tengok bola, menonton
filem, berborak serta melepak. Qiyamullail tidak semestinya
bangun pada jam tiga atau empat pagi.

Cukup sekadar sembahyang dua rakaat sebelum masuk waktu
Subuh sudah memadai. Ketika menonton siaran bola sepak
pula, ketika perlawanan berhenti pada waktu rehat kita
ambil wuduk dan bersolat sunat dua rakaat.

Antara cara yang boleh dilakukan ketika Qiyamullail ialah:
1. Berniat untuk bangun solat malam dan berdoa.
2. Jangan melakukan dosa pada siang hari sebab dosa pada
waktu siang hari akan ikat rohani kita daripada bangun malam.
3. Tidurlah awal sedikit. Jika tidur jam satu atau dua pagi
kemudian hendak bangun Qiyamullail memang tidak jadi.
4. Tidur sekejap waktu tengah hari.

Justeru, hendak dapat cinta Allah ialah dengan merenung ayat
Allah. Merenung ayat Allah maknanya merenung kejadian yang
Allah ciptakan seperti kejadian langit yang tiada bertiang
tetapi boleh tertegak dengan kukuhnya.

Allah sembunyikan malam dan datangkan cerah dan siang.
Bagaimana Allah jadikan kita? Besarkan kita? Kemudian
usia kita menginjak remaja, akhirnya menjadi tua.

Kemudian bagaimana Allah jadikan tumbuhan nampak sama,
tetapi tidak serupa? Buah rambutan nampak serupa, tetapi
tidak sama.

Semua ini akan mendekatkan kita kepada Allah. Kita perlu
merasa betapa lemah dan kerdilnya diri kita terhadap
keagungan Allah.

Maka jika kita cinta kepada Allah maka Allah pasti akan
membalas semula cinta kita.

Umat Akhir Zaman Sia-siakan Solat

SOLAT Subuh hanya dua rakaat tetapi fadilat dan
ganjaran pahalanya amat besar.

Bagaimanapun, kita dapati dalam zaman mutakhir ini,
ramai umat Islam khususnya generasi muda sangat berat
untuk bangun melaksanakan solat Subuh.

Mengantuk, penat dan malas antara alasan yang sering
diberikan.

Sebenarnya, perintah melaksanakan solat Subuh sangat
ditekankan seperti ditegaskan Rasulullah s.a.w.

Kata Nabi: “Tiada solat yang paling berat bagi orang
munafik adalah Isyak dan Subuh.

Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat
Isyak dan Subuh dengan berjemaah, tentu mereka akan
mendatanginya sekalipun dengan merangkak.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ini pernyataan cukup jelas kepada umat Islam supaya
mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah.

Dilema generasi sekarang mahu bangun mengerjakan solat
Subuh di rumah pun amat berat, apatah lagi jika diajak
berjemaah di masjid.

Rasulullah juga ada mengatakan solat berjemaah bagi
solat Subuh dan Isyak diberi ganjaran pahala 27 kali
ganda berbanding solat bersendirian.

Namun, dalam situasi semasa yang kebanyakan manusia
begitu sibuk mencari kemewahan duniawi, kesedaran
untuk bersolat secara jemaah semakin hambar.

Masjid hanya akan penuh ketika solat Jumaat atau solat
Aidilfitri dan Aidiladha.

Bagaimana pada waktu Subuh dan Isyak? Adalah dua atau
tiga saf, kebanyakannya terdiri daripada warga emas.

Di mana anak-anak muda kita? Masih berselimut jawapannya!
Berikut dipaparkan sebuah kisah yang menggambarkan
mukmin begitu menjaga solat berjemaah dan kisah ini
seharusnya menjadi pengajaran buat kita semua.

Diriwayatkan bahawa Ubaidillah bin Umar Al-Qawariri,
iaitu guru kepada Imam Bukhari, Imam Muslim dan Abu Daud
menceritakan yang dia tidak pernah meninggalkan solat
Isyak berjemaah.

Katanya lagi: “Ditakdirkan Allah, pada suatu malam aku
didatangi tetamu sehingga membuatku terlewat untuk
menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid.

Sesudah tamuku pulang, aku bergegas ke masjid di sekitar
Basrah untuk meninjau kalau-kalau ada yang belum mengerjakan
solat Isyak berjemaah.

Namun, aku kecewa kerana semuanya telah selesai
mengerjakannya, malah pintu masjid pun sudah berkunci.

“Lantas aku pun pulang dengan perasaan hampa sambil dalam
perjalanan pulang aku teringat satu peringatan Rasulullah
yang berbunyi: “Sesungguhnya solat berjemaah itu 27 kali
ganda darjatnya jika dibandingkan dengan solat seorang diri.”
Kemudian sambung beliau lagi: “Sesampai di rumah, aku
mendirikan solat Isyak 27 kali, selepas itu barulah aku tidur.

Ketika tidur aku bermimpi melihat ada sekumpulan manusia
menaiki kuda, kemudian aku mengejar mereka dengan kudaku.

“Ketika saat hampir dengan kedudukan mereka, salah seorang
daripada mereka itu berkata: “Kamu tidak akan mampu
mengejar kami, sebab kami mengerjakan solat berjemaah
di masjid sedangkan kamu hanya bersendirian di rumah.”
Selepas mendengar kata-kata yang dilontarkan orang itu,
aku terjaga daripada tidur dan aku sangat susah hati.”
Inilah secebis kisah bagaimana orang terdahulu begitu
mengambil berat soal solat berjemaah.

Kita bagaimana? Adakah kita susah hati seandainya
tertinggal solat berjemaah? Saya pasti ramai tidak
berasa bersalah atau kecewa.

Sekarang mari kita baca dan renungkan kisah yang mungkin
akan memberikan impak positif kepada daya fikir agar
mendidik diri sentiasa mendirikan solat lebih-lebih
lagi secara berjemaah.

Dikatakan pada suatu ketika, malaikat Jibril a.s.

datang menemui Rasulullah sambil mengatakan: “Bacalah.”
Jawab Nabi: “Bacaan manakah yang mesti aku baca?”
Kemudian Jibril pun membaca ayat 59 Surah Maryam iaitu:
“Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang lebih
buruk, yang mensia-siakan solat dan menuruti hawa
nafsunya, hingga kelak mereka akan menemui kesesatan.”
Lantas Rasulullah bertanya: “Ya Jibril, adakah
sepeninggalanku nanti akan ada daripada kalangan
umatku yang mensia-siakan solat?” Jawab Jibril:
“Ya ada.

Pada akhir zaman nanti akan ada sekelompok manusia
daripada umatmu yang mensia-siakan solat, mengakhirkan
waktu dari waktu yang ditentukan dan memperturutkan
kehendak nafsunya.

Wang satu dinar baginya lebih berharga daripada solat.”
Subhanallah, memang benar ramalan Jibril itu.

Cuba kita perhatikan fenomena masa kini, sesetengah
umat Islam lebih sayangkan masa dengan menggembleng
tenaga untuk mengejar kebendaan duniawi.

Kita sudah pun berada dalam zaman yang diperkatakan
Jibril itu.

Kita boleh menilai kedudukan iman diri sendiri setakat
mana tebalnya dengan melihat apakah hati kita sentiasa
terpaut pada masjid bagi mengerjakan solat berjemaah.

Kita boleh juga jadikan kerajinan mengunjungi masjid atau
surau bagi menunaikan solat berjemaah sebagai kayu
pengukur kepadatan iman kita.

Mari kita jadikan firman Allah ini sebagai motivasi untuk
gagah ke masjid bersolat berjemaah.

Allah menegaskan: “Dirikanlah solat dari sesudah matahari
tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat)
Subuh.

Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat).”
(Maksud Surah Al-Isra’ ayat 78).

Inilah perintah Allah kepada kita semua agar sentiasa
mematuhi suruhan mendirikan solat dan lihatlah bagaimana
Allah mengkhususkan solat Subuh dengan memberikan pujian
yang lebih, iaitu solat Subuh itu disaksikan malaikat.

Semoga kita semua dibukakan pintu hati dan digagahi
semangat untuk solat berjemaah sama ada di masjid
ataupun surau.

Insya-Allah kita semua mampu melakukannya.

Tuesday, November 23, 2010

MEMAKAN HARTA HARAM

Segala puji bagi Allah, shalawat dan salam kepada
Rasulullah SAW, dan aku bersaksi bahwa tiada Tuhan
yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah,
Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi -Nya, dan aku
bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan -Nya.
Wa Ba’du:

Allah swt berfirman:

Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian
yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan
(janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim,
supaya kamu dapat memakan sebahagian dari pada harta benda
orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal
kamu Mengetahui. (QS. Al-Baqarah: 188.)

Ibnu Abbas R.A berkata: Ayat ini berbicara tentang
seseorang yang memiliki tanggungan harta milik orang
lain akan tetapi orang lain tersebut tidak mempunyai
bukti apapun terhadap hartanya tersebut, akhirnya dia
mengingkari harta yang menjadi tanggungannya, lalu dia
membawanya ke pengadilan atau hakim padahal dia mengetahui
kalau kebenaran itu tidak berpihak kepadanya dan sungguh
dia telah berdosa dan memakan harta yang haram”.[1]

Allah swt berfirman:

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim
secara zalim, Sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh
perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang
menyala-nyala (neraka). (QS. Al-Nisa’: 10)

Diriwayatkan oleh Ka’ab bin Ayadh R.A bahwa Nabi bersabda:
Sesungguhnya bagi setiap umat tersebut ada fitnah dan
fitnah umatku adalah harta”.[2]

Di antara hal yang kita lihat terjadi adalah banyaknya
orang yang terlalu menganggap remeh memakan harta yang
haram, hal ini sebagai wujud dari apa yang telah
diperingatkan oleh Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah
sabdanya: Akan datang kepada manusia suatu masa di mana
seseorang tidak lagi menghiraukan dengan apakah dia
mengambil harta orang lain, apakah dari hal yang halal
atau haram”.[3]

Ibnul Mubarak berkata: Sungguh aku mengembalikan harta
satu dirham yang berasal dari harta yang syubhat lebih
aku cintai dari pada bersedekah dengan seratus ribu”.

Umar R.A berkata: Kami meninggalkan sembilan persepuluh
dari hal yang halal karena khawatir terjatuh kepada perkara
yang diharamkan. Dan beliau mengerjakan hal yang demikian
itu dalam rangka menejalankan sabda Nabi, di dalam sebuah
hadits riwayat An-Nu’man bin Basyir R.A: Sesungguhnya yang
halal itu sudah jelas dan yang harampun sudah jelas, dan di
antara keduanya terdapat perkara yang syubhat yang tidak
diketahui oleh banyak manusia, maka barangsiapa yang menjaga
dirinya dari perkara-perkara yang syubhat maka dia telah
menjaga agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh
pada syubhat maka dia telah terjebak ke dalam perkara yang
diharamkan, seperti sorang yang mengembalakan gembalanya
di sekitar perbatasan hamper saja dia terjebak melampuai
batas tersebut”.[4]

Di antara bentuk memakan harta yang haram adalah memakan
harta riba. Dia telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya
dan melaknat orang yang memkannya, penulisnya dan dua orang
yang menjadi saksinya. Allah swt berfirman:

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan
tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu
orang-orang yang beriman. (QS. Al-Baqarah: 278)

Cinta terhadap harta telah menguasai jiwa sebagian orang
yang beriman, maka mereka berlomba-lomba membeli
saham-saham bank, sementara yang lainnya mendepositokan
harta mereka pada bank-bank tersebut dan mereka mengambil
riba atas uang tersebut dengan nama bunga.Sesungguhnya di
antara bentuk krminaliatas yang besar dan perkara yang
membahayakan adalah realita yang kita saksikan dari para
bankir yang selalu berlomba-lomba membuka pintu dan jalan
untuk menjebak manusia ke dalam riba, dan memikat manusia
dengan berbagai cara agar deposito mereka selalu bertambah
dari harta yang haram ini, sebagai contoh: Apa yang di sebut
dengan kartu visa samba (Bank Saudi Amerika). Dan fatwa telah
dikeluarkan oleh badan tetap urusan fatwa para ulama terkemuka
di Saudi Arabia yang mengharamkan bertransaksi dengan kartu
tersebut dan dia termasuk riba yang diharamkan oleh Allah
dan Rasul -Nya. Dia adalah sebuah kartu yang dikeluarkan
oleh Bank setelah mengeluarkan uang dengan jumlah tertentu,
yang disebut dengan uang biaya pengluaran kartu. Dan berhak
bagi orang yang memilikinya untuk membeli barang apapun
dan kebutuhan apapun dengan syarat agar pemilik kartu
mengembalikan harga barang yang telah diambil pada waktu
tertentu dan jika tidak dibayar maka setiap satu hari
keterlambatan akan menjadi bunga yang ditanggung pemilik
kartu”.[5]

Di antara bentuk memakan harta orang lain secara zalim
adalah zalim pada gaji para pegawai dan tidak memberikan
hak-hak mereka pada waktunya. Di antara bentuk memakan
harta yang diharamkan yang kita lihat banyak terjadi di
pasar-pasar adalah bersumpah dengan sumpah yang dusta
dan menipu dalam bertransaksi dan yang lainnya.

Orang yang memakan harta yang diharmkan akan diancam
dengan azab baik dunia, di dalam kuburnya dan di hari
kiamat kelak.

Adapun ancaman siksa di dunia adalah kerugian secara
materi, Allah mencabut harta yang telah didapatkannya
dan mengambil keberkahannya atau diberikan penykit pada
badannya, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah:

Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah dan Allah
tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran,
dan selalu berbuat dosa. (QS. Al-Baqarah: 276)

Adapun ancaman azab yang akan didapatkannya di dalam
kubur adalah apa yang disebutkan di dalam sebuah hadits
bahwa seorang budak bernama Mud’im, dia pernah bersama
Nabi Muhammad SAW, ikut dalam perang Khaibar setalah
terkena sebuah panah yang nyasar. Maka para shahabat
R.A berkata: Selamat, dia telah mati syahid, maka Nabi
bersabda: Tidak, demi yang jiwaku berada ditangan -Nya,
sesungguhnya kain woll yang didapatkannya pada hari
Khaibar termasuk harta rampasan perang dan belum dibagi,
dia akan terbakar api dengannya. Lalu pada saat para
shahabat mendengar hal tersebut maka mereka berdatangan
dengan membawa seutas atau dua utas tali sandal kepada
Nabi lalu beliau bersabda: Satu atau dua utas tali sandal
adalah dari api neraka”.[6]

Kain ini adalah baju luar yang harganya beberapa dirham
saja namun walau demikian orang yang mengambilnya tidak
selamat dari siksa memakakan harta yang haram.

Adapun azab yang akan didapatkannya di akherat adalah dari
Ka’ab bin Ajrah bahwa sesungguhnya Nabi berkata kepadanya:
Wahai Ka’ab tidaklah suatu daging tumbuh dari makanan yang
haram kecuali api neraka lebih utama baginya”.[7]

Di antara akibat memakan harta yang haram adalah tidak
dikabulaknnya do’a dan ibadah.

Dari Abi Hurairah ra bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Wahai sekalian manusia, sesunggunya Allah Maha Baik dan
tidak menerima kecuali yang baik dan Allah telah
memerintahkan orang-orang yang beriman sebagaimana dia
memerintahkan para rasul. Allah Ta’ala berfirman:

Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik,
dan kerjakanlah amal yang saleh. Sesungguhnya Aku Maha
mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. Al-Mu’minun: 51)

Dan Allah SWT berfirman:

Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki
yang baik-baik yang kami berikan kepadamu(QS.Al-Baqarah:172)

Kemudian beliau menceritakan tentang kisah seorang lelaki
yang berjalan jauh, rambut kusut dan berdebu, menengadahkan
tangannya ke langit seraya berdo’a dengan mengatakan:
Ya rabb, ya rabb sementara makanannya haram, minumannya
haram dan pakiannya haram serta diberikan makan dari sumber
yang haram, lalu bagaiaman do’anya bias dikabulkan”.[8]

Hadits ini menjelaskan tentang sebuah peringatan terhadap
sebagain orang yang telah terjebak dalam tipu daya setan.
Setan telah memperdaya mereka dengan memperindah keburukan
di pandangan mereka. Engaku melihat mereka memakan
barang-barang yang haram bahkan berinfaq dari harta yang
haram tersebut untuk beramal shaleh, seperti membangun
mesjid, sekolah, menggali sumur atau jalur-jalur yang
lainnya, sementara mereka mengira kalau mengerjakan
perbuatan ini akan membebaskan mereka dari tanggung jawab,
maka orang seperti ini disiksa dua kali:

Pertama: Sesungguhnya Allah tidak menerima amal shaleh
yang mereka biayai dari harta-harta yang haram,
berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “…sesunggunya Allah
Maha Baik dan tidak menerima kecuali yang baik”.[9]

Kedua: Allah menyiksa mereka karena harta yang haram ini
dan mereka akan dihisab dengannya pada hari kiamat.

Dari Khaulah Al-Anshariyah R.A bahwa Nabi bersabda:
Sesungguhnya ada sebagain orang yang menenggelamkan
diri mereka pada harta milik Allah tanpa hak, maka
mereka akan mendapatkan neraka pada hari kiamat”.[10]

Supyan Atsauri berkata: Barangsiapa yang menginfakkan
harta yang haram dalam pelaksanaan ketaatan sama seperti
orang yang mensucikan pakaian dengan air kencing,
padahal pakaian tidak bisa disucikan kecuali dengan air
dan dosa tidak disucikan kecuali dengan yang halal.
Ya Allah!, Cukupkanlah kami dengan sesuatu yang halal
dari hal-hal yang haram, dan Cukupkanlah kami dengan
karunia -Mu dari selain diri -Mu.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam dan shalawat
serta salam kepada Nabi kita Muhammad, kepada keluarga
dan seluruh para shahabatnya.

Thursday, November 18, 2010

Asas Pembentukan Keluarga Bahagia

PEMBENTUKAN bangsa yang kuat banyak bergantung pada
institusi keluarga yang kukuh dan tidak berpecah-belah.
Jika institusi keluarga semakin rapuh kekuatan bangsa
juga turut terancam. Kekuatan sesebuah keluarga mesti
diasaskan dengan rasa cinta dan kasih sayang antara
suami isteri serta hubungan keluarga yang mesra.

Institusi keluarga yang kukuh dan harmoni diasaskan
daripada kasih sayang, cinta dan keserasian yang akhirnya
disatukan melalui perkahwinan yang sah. Keluarga adalah
inti peradaban. Memiliki banyak keluarga menjadikan asas
kepada kekuatan bangsa dan keturunan.

Kejayaan sesuatu bangsa yang memiliki peradaban yang
cemerlang, asasnya adalah keluarga bahagia dan hidup
dalam kesejahteraan.

Islam sangat menitikberatkan asas pembentukan keluarga
bahagia dan cemerlang. Pembentukan ini bermula dengan
iman, akidah dan ketakwaan di kalangan pasangan suami
dan isteri.

Justeru, seorang ayah, ibu, anak dan ahli keluarga akan
hidup aman dalam sebuah rumah tangga bahagia. Jurai keturunan
keluarga akan menjadi bertambah kukuh apabila lahirnya
keturunan yang menjadi kesinambungan sesebuah keluarga.

Masalah sosial remaja pada masa kini salah satu puncanya
adalah keretakan dan perceraian di kalangan suami isteri.
Ibu bapa yang bercerai akan menyebabkan anak- anak menjadi
mangsa dan mencari jalan penyelesaian sendiri. Ibu atau
bapa yang bercerai tidak dapat lagi memainkan peranan ke
arah pendidikan anak-anak.

Banyak faktor menyebabkan keruntuhan institusi keluarga
atau perceraian masa kini. Antaranya, kewujudan orang
ketiga di kalangan pasangan, peningkatan kos hidup,
ramai kalangan isteri bekerja menyebabkan rumah tangga
terabai dan tiada rasa cinta serta persefahaman antara
suami isteri.

Kesan daripada perceraian ini, anak-anak yang meningkat
remaja akan mencari jalan penyelesaian sendiri dengan
meluahkan rasa hati kepada rakan sebaya. Apabila tersilap
pilih rakan sebaya bermasalah, mereka akhirnya terjebak
dengan mula mendampingi rokok diikuti penyalahgunaan dadah,
mengikut gaya hidup bebas dan terjebak dengan seks bebas
yang akhirnya merosakkan masa depan mereka.

Masyarakat sering menyalahkan remaja berkaitan masalah
sosial. Ada pihak mengatakan masalah itu timbul kerana
ibu bapa tidak memainkan peranan sebenar. Ibu bapa pula
sukar menerima hakikat bahawa mereka punca masalah yang
berlaku pada anak-anak dan keluarga.

Sebenarnya banyak faktor menentukan pertumbuhan fizikal
dan perkembangan mental kanak-kanak. Walau bagaimanapun,
peranan ibu bapa sangat penting, melebihi segala-galanya
dari segi membentuk akhlak anak- anak khususnya yang
sedang meningkat remaja.

Kajian menunjukkan anak-anak berusia 7 hingga 12 tahun
mudah menerima didikan ibu bapa. Sementara kanak-kanak
yang mulai meningkat remaja iaitu mereka yang berusia 13
hingga 17 tahun mudah menerima pengaruh rakan sebaya.
Dalam proses pendidikan, ibu bapa masih memainkan peranan
penting mendidik anak-anak dan tidak membiarkan anak-anak
dipengaruhi rakan sebaya.

Bagi ibu bapa yang bercerai, proses pendidikan tidak dapat
dilakukan. Sering kali terjadi mereka akan menuntut hak
masing-masing di mahkamah yang menyebabkan hak anak terabai.

Pendidikan anak-anak juga tidak diberikan perhatian khususnya
berkaitan pendidikan agama, akhlak dan budi pekerti.
Anak-anak yang menjadi mangsa perceraian pelajarannya merosot.

Asas kasih sayang sebenarnya bermula dengan belaian ibu bapa.
Anak-anak perlu disemai dengan sifat tanggungjawab. Mereka
juga perlu berdikari, dididik dengan sifat amanah dan
hormat-menghormati, membina maruah dan martabat diri,
membina budaya mencintai ilmu, menyuburkan sifat kreativiti,
belajar berjimat cermat, tidak membuang masa dengan sia-sia,
belajar menjaga keselamatan diri, dan mengetahui tentang
dunia teknologi maklumat.

Ini sesuai dengan saranan Sayidina Umar bin Khattab supaya
mendidik anak-anak mengikut zamannya. Sementara menurut
tokoh pendidik Khurshid Ahmad, jatuh bangun sesuatu umat
bergantung kepada pendidikan kerana jalan utama bagi
persiapan masa hadapan adalah pendidikan.

Apabila ibu bapa atau orang tua sudah tidak mampu menjaga
anak, negara akan menghadapi kesulitan menjaga anak itu di
jalanan. Ini membawa maksud anak-anak yang terjebak dalam
pelbagai gejala sosial seperti terlibat dengan penagihan
dadah, seks bebas, pelacuran dan pembuangan bayi akhirnya
membebankan dan menjadi tanggungjawab negara.

Justeru, kerajaan sedar anak-anak itu fitrah, ibarat kain
putih. Langkah kerajaan melalui pembangunan modal insan
dengan memperuntukkan RM91 juta untuk pembangunan modal
insan bagi memperkasa pendidikan di peringkat kanak-kanak,
peringkat rendah dan menengah serta menjadikan hidup rakyat
lebih sejahtera adalah langkah awal bagi mengatasi masalah ini.

Selain itu, kerajaan juga akan membantu golongan muda yang
baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Melalui Skim Rumah Pertama melalui Cagamas akan menawarkan
jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi
harga rumah di bawah RM220,000. Skim ini adalah untuk pembeli
rumah pertama yang dijangka dapat mengurangkan bebanan
kewangan kepada keluarga yang baru mendirikan rumah tangga.

Langkah ini adalah usaha kerajaan yang dapat mengurangkan
bebanan suami isteri yang menghadapi tekanan berikutan
peningkatan kos hidup yang terpaksa ditanggung terutama
bagi mereka yang tinggal di bandar.

Kekuatan dan asas pembangunan keluarga bahagia dan seimbang
banyak terletak pada keimanan suami isteri dalam melayari
bahtera rumah tangga. Ini dijelaskan Nabi s.a.w. dalam
sabdanya: “Sesiapa yang menjamin untukku satu perkara,
aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia
bersilaturahim (berhubungan baik dengan keluarganya)
nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluaskan
rezekinya, ditambah umurnya dan Allah memasukkannya ke
syurga yang dijanjikan-Nya.” (Riwayat Ar Rabii’)

Oleh itu, perbaiki hubungan baik di kalangan keluarga iaitu
antara suami isteri, anak-anak dan keluarga terdekat.
Hubungan baik dibina dengan kasih sayang dan tunaikan
tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak dengan
memberikan pendidikan akhlak, keimanan dan pendidikan
dunia dan akhirat.

Justeru, membesarkan anak bukan tugas mudah. Anak-anak adalah
penghias sesebuah rumah tangga. Tanggungjawab mendidik anak
adalah tanggungjawab ibu bapa. Ibu bapa mesti memahami
pertumbuhan emosi dan perkembangan fizikal anak-anak.
Ibu bapa juga mesti serba sedikit mempunyai ilmu dan
kemahiran keibubapaan dalam mendidik anak-anak pada zaman ini.

Natijahnya, pendidikan dan pembentukan akhlak anak- anak sangat
penting. Akhlak menjadi benteng kepada semua ancaman gejala
sosial di sekeliling mereka. Jika akhlak anak murni dan kukuh,
segala ancaman tidak akan dapat menggugat dan merosakkannya.

Peranan ibu bapa melebihi segala-galanya untuk membentuk akhlak
anak. Ibu bapa perlu menyayangi, memberi perhatian istimewa,
memantau siapa rakan sebaya anak-anak, menjauhi gejala sosial
dan sentiasa memberi bimbingan ke arah kebaikan di dunia
dan akhirat.

Friday, November 5, 2010

Berkahwinlah Kerana Agamanya

by Ustaz Mohd Kazim Elias
MATLAMAT PERKAHWINAN MENURUT ISLAM •

Niat kerana Allah iaitu dengan tujuan untuk membina sebuah
rumahtangga muslim , untuk melahirkan keturunan yang soleh,
keluarga yang sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan
kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah itu akan berterusan
seperti mana firman Allah ;“Satu keturunan yang sebahagiannya
tuntutan) dari yang lain”(Ali-Imran ; 34)

* Supaya dapat menjaga pandangan dan kehormatan di samping
bertakwa kepada Allah.Ingatlah Kalian dari menundukkan
pandangan sebenarnya meninggikan kekhusyukkan hati kita
dalam solat .Jangan di lepaskan peluang menundukkan pandangan)
ini ,kalian! Rasulullah s.a.w bersabda;“Allah berhak
menolong tiga golongan ; Orang yang berjihad pada
jalan Allah,hamba mukatib yang ingin membayar harga
tebusannya dan orang-orang yang berkahwin dengan tujuan
untuk memelihara kehormatan dirinya”

* Bijak memilih isteri yang bakal menjadi rakan kongsi
hidup dan teman seiring denganmu kerana Rasulullah s.a.w
bersabda ;“Pilihlah untuk keturunan kamu,sesungguhnya
keturunan itu menjadi pertikaian .” Dalam riwayat lain ada disebutkan ; “Kahwinikanlah mereka dengan yang sekufu”

* Memilih isteri yang mempunyai akhlak dan berpegang
teguh dengan agama, sekalipun tidak mempunyai harta dan
kecantikan jika dibandingkan dengan yang lain, kerana
sabda Rasulullah s.a.w. “ Jangan kamu mengahwini perempuan
kerana kecantikannya.Boleh jadi kecantikan mereka
akan menjadikan mereka hina .Jangan kamu mengahwini
perempuan kerana harta mereka,kerana boleh jadi harta
mereka akan menjadikan mereka bersikap zalim ,tetapi
kahwinlah mereka kerana agamanya .Hamba perempuan
yang rabik telinga dan bodoh tetapi beragama adalah
lebih baik”(hadis riwayat Ibn Majah )

* Menjauhkan diri dari mencanggahi perintah Allah dalam
perkara-perkara tersebut dan berusaha menjauhi kemurkaan
Allah dan azabnya,kerana Rasulullah s.a.w bersabda;
“ Siapa yang mengahwini perempuan kerana ketinggian
kedudukannya, perkahwinan itu tidak menambah sesuatu
kepadanya kecuali kehinaan. Siapa yang mengahwininya
kerana hartanya,perkahwinan itu tidak menambahkan sesuatu
kepadanya kecuali kemiskinan

* Siapa yang mengahwininya kerana keturunannya ,perkahwinan
itu tidak menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina.
Dan siapa yang mengahwini perempuan dengan tujuan supaya
dapat menahan pandangannya, memelihara kehormatannya
atau menghbungkan silaturrahim ,Allah akan memberi berkat
pula kepada perempuan itu dengannya” hadits riwayat Abu Nuaim)
Ingin penulis berkongsi bersama kalian dengan kata-kata ini
dari Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj yang menyatakan ;
“CINTA sepatutnya menjadikan manusia lebih bertenaga,
kuat dan bermotivasi sepenuhnya” dan “Berkahwin bermakna
kesediaan hati menerima seseorang untuk saling berkasih sayang”

* Penulis mengakhiri topik yang agak ‘menceriakan’ pada kali
ini dengan kata-kata yang boleh dijadikan renungan seketika
bersama kalian …Wallahu’alam.. Lelaki yang baik tidak melihat
paras rupa Lelaki yang soleh tidak akan memilih wanita melalui
keseksiannya… Lelaki wara’ menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan addinnya… Lelaki yang baik tidak menginginkan
pada sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana
dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya…
Lelaki wara’ juga tidak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu
apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita
yakni PERKAHWINAN…

Wednesday, November 3, 2010

Syaitan Sukar Gugat Mereka Beriman

HIDUP kita tidak sunyi daripada musuh dan antara musuh
yang sering kita lupa ialah syaitan.

Syaitan adalah musuh yang agak 'pelik' kerana mereka
tidak pernah berputus asa daripada rancangannya walaupun
sedetik, sebaliknya sentiasa mencari kesempatan untuk
menunaikan tugasnya.

Syaitan boleh melihat kita daripada sudut yang kita
tidak dapat melihatnya. Mereka cuba pelbagai cara bagi
memerangkap kita.

Salah satu daripada sifatnya ialah secara bersembunyi.
Taktik dan perangkapnya mungkin berbeza kepada seseorang.
Taktik yang digunakan juga bergantung kepada masa, tempat
dan situasi.

Berlawanan daripada apa yang majoriti manusia fikir,
syaitan bukanlah makhluk khayalan. Sebahagian daripada
ujian di atas muka bumi ini, seorang itu perlu berjaga-jaga
daripada syaitan.

Ini kerana selepas menderhaka kepada Allah, syaitan bersumpah
untuk menyesatkan hamba Allah. Kedegilan syaitan ini
dinyatakan di dalam al-Quran sebagai perkara penting
untuk diingati.

Syaitan tidak mempunyai kuasa bebas tanpa Allah. Mereka
diciptakan Allah dan berada di bawah kuasa Allah sepenuhnya.
Syaitan juga hamba Allah dan hanya boleh melakukan sesuatu
dengan keizinan daripada Allah.

Mereka ditugaskan untuk membezakan manusia yang benar-benar
beriman daripada mereka yang tidak beriman. Mereka hanya boleh
bertindak dengan izin Allah.

Apabila masa yang diberikan kepadanya tamat, dia akan dihumban
ke dalam neraka bersama mereka yang disesatkannya.

Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka
jahanam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang
mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya."(Surah S�d ayat 85).

Oleh itu, ingatlah bahawa syaitan sebenarnya tidak mempunyai
kuasa ke atas orang-orang yang beriman. Sebagaimana yang
dinyatakan di dalam ayat berikutnya, mereka hanya mempunyai
kuasa ke atas mereka yang tidak beriman dengan ikhlas dan
sebenarnya.

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan
bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang
baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan
menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau
yang mukhlis di antara mereka." (Surah al-Hijr ayat 39-40)

Syaitan tidak boleh menyesatkan manusia yang beriman kepada
Allah. Memang benar, orang-orang yang beriman juga cenderung
melakukan kesalahan, tetapi mereka tidak pernah putus asa
daripada mengharapkan rahmat daripada Allah, dan secepat
mungkin meminta perlindungan kepada Allah dan bertaubat
dengan seikhlasnya.

Kita diberitahu di dalam al-Quran mengenai mereka yang boleh
disesatkan syaitan: Sesungguhnya syaitan itu tidak ada
kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal
kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan)
hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin
dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah.
(Surah an-Nahl ayat 99-100)
Ingatlah, syaitan mahu kita menjadi angkuh, sombong dan
derhaka kepada Allah seperti dirinya. Mereka mengarahkan
kita melakukan kejahatan melakukan sesuatu yang dimurkai
Allah dan berkata sesuatu tentang Allah tanpa ilmu.

Syaitan cuba menghalang kita daripada memahami kebesaran
dan kekuasaan Allah yang sebenarnya. Allah menerangkan
tentang bahaya ini di dalam al-Quran seperti berikut:
"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari
apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti
langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu
adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu
hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan
terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui."
(Surah al-Baqarah ayat 168-169)

Usaha utamanya ialah untuk menakutkan manusia dengan kemiskinan
iaitu matlamat yang boleh dicapai sekiranya mereka boleh
membuatkan manusia lupa hari kiamat.

Tidak sedar bahawa semuanya di bawah kawalan Allah, dan tiada
siapa yang boleh menghalang sebarang kebaikan yang Allah
kehendaki, orang ini hidup tanpa sebarang perasaan
bertanggungjawab dan mereka melakukan segala kesalahan
kepada Allah.

Syaitan menjanjikan (menakut-nakut) kamu dengan kemiskinan
dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir), sedang Allah
menjanjikan untukmu keampunan daripada-Nya dan kurnia.
Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Baqarah ayat 268)

Taktik utama syaitan ialah melalui tipu daya. Allah
menerangkan tentang tipu daya ini "...dari kejahatan
(bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan
(kejahatan) ke dalam dada manusia." (Surah an-Nas ayat 4-5).

Sebagaimana diterangkan oleh ayat itu, syaitan mendekati
manusia secara senyap-senyap, melalaikan manusia dengan
perkara remeh dan tidak penting dan menampakkan kesalahan
yang dilakukan seolah-olah baik kepada mereka.

"Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan
tunduk merendahkan diri ketika datang seksaan Kami kepada
mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan
pun menampakkan kepada mereka bagus apa yang selalu mereka
kerjakan." (Surah al-An'am ayat 43)

Lebih penting lagi, mereka yang mempunyai hati yang keras
dan berasa dirinya berada di dalam kebenaran, walaupun
sebenarnya mereka terpesong, membawa diri mereka jauh
daripada Al-Quran.

Dengan membelakangi Allah, mereka lebih rapat dengan syaitan,
mengikuti caranya, dan menjadi semakin biadab.

Kekang Nafsu Gelap'...!

BAGAIMANA cara menghentikan ketagihan terhadap nafsu
dalam diri termasuk nafsu amarah, seks serta yang membawa
kepada kemungkaran buat selama-selamanya dan bagaimana
pula untuk dapatkan taubat sebenar-benarnya.

Sifat nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa,
di mana kegagalan mengawal nafsu syahwat bagi majoriti
manusia adalah satu lumrah.

Bagaimanapun, dalam kehidupan ada segelintir yang mampu
mengekang nafsu mereka hasil ‘mujahadah’ atau usaha kuat
untuk menghindari, sekali gus menghentikannya. Namun,
ada kalanya mereka yang mampu mengawal juga tertewas.

Allah SWT menyebut perihal kegagalan manusia dalam
mengekang nafsu, sebagai contoh dalam surah Al-Baqarah,
ayat 187 yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu pada
malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri kamu;
mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah
pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu
tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni
kamu dan memberi maaf kepadamu.”

Melalui ayat ini, sebahagian umat Islam gagal mengikat
nafsu syahwat kelaminnya hingga ‘bersama’ isterinya
di siang Ramadan.

Dengan segala kelemahan manusia, Allah SWT membenarkan
suami isteri untuk bersama di malam hari Ramadan, namun
masih ada juga yang ‘terlepas’ melakukannya di siang hari,
oleh itu Islam menetapkan cara dendanya.

Kifarah adalah satu bentuk denda dan apabila seseorang
melakukan dosa, taubat adalah jalannya.

Allah SWT menegaskan bahawasanya: “Sesungguhnya nafsu itu
selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang
diberi Rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf, 53)

Persoalan yang timbul ialah, bagaimana mengekang nafsu
yang ada dalam diri. Ringkasnya, saya ingin mengingatkan
individu yang menulis soalan ini bahawa mengekang dan
melawan kehendak nafsu syahwat sememangnya bukan mudah.

Itulah sifat ‘peperiksaan’ yang diberi oleh Allah SWT bagi
‘menapis’ dan mengenal pasti hamba-Nya yang bersungguh-sungguh,
ikhlas dan beriman serta yang kurang dan tidak beriman.
Bagi yang berjaya, ganjarannya sudah tentu sangat hebat,
yakni di Syurga Allah SWT.

Justeru, kita tidak perlu mengeluh dan hairan dengan
ketagihan nafsu, kedegilannya, kesukaran menanganinya
dan mengawalnya.

Sebaliknya, yang perlu dilakukan adalah mengukuhkan azam
untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan,
tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu untuk
bertindak.

Caranya, kenali sumber serta punca yang mampu membiakkan
‘kekuatan’ terhadap nafsu itu, dan sebaik dikenal pasti,
potong dan hapuskan ia.

Selain itu, kita perlu tahu cara, suasana, tempat dan
berdamping dengan individu yang dapat menarik diri kita
kepada kebaikan dan lupakan syahwat.

Kesimpulannya, proses ini memang memerlukan ‘pantang larang’
yang merujuk kepada perkara yang tidak boleh dibuat dan
‘kemestian’ yang merujuk kepada perkara yang perlu dibuat.

Ia proses ‘Sunnatullah’ untuk segala jenis penyembuhan,
sama ada hati dan iman berbentuk spiritual dan juga tubuh
fizikal.

Ini sama seperti menangani penyakit kencing manis daripada
sudut konsepnya, di mana mereka perlu menghadapi cabaran
mengawal nafsu makan yang tinggi dan terhalang daripada
menikmati juadah lazat.

Jadi jelas di sini, pantang larang ini perlu dilakukan
secara terpaksa itulah satu mujahadah (usaha).

Oleh itu, cuba fikirkan, bagaimana pantang larang ini
akhirnya mampu dipupuk serta diikuti dan itulah satu jalan
permulaan untuk mengawal nafsu dalam diri.

Ini sama bagi mengekang nafsu syahwat seks ‘gelap’, di mana
setiap umat Islam perlu meyakini bahawa setiap perbuatan
itu kelak pasti diazab oleh Allah SWT dengan mengingatkan
bahawa adanya azab neraka, azab kubur, mati dalam kehinaan
(suul khatimah) atau dalam kemaksiatan, tidak memperoleh
Rahmat Allah atau tiada peruntukan syafaat daripada
Rasulullah SAW.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal ghaib,
namun bukan itu saja, ada banyak pula implikasi buruk di
dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti,
ia mungkin membawa kepada perceraian, pasangan zina mengandung
anak luar nikah yang akhirnya boleh membawa kepada pembunuhan
terhadap anak luar nikah berkenaan bagi menutup aib, kejian
masyarakat atau dijangkiti penyakit kelamin seperti AIDS.

Disebabkan itu, tanam semua implikasi berbentuk spiritual
itu dalam minda dengan harapan ‘nyalaan’ nafsu itu tadi
dapat ditangani.

Sehubungan itu, tentu proses pertama untuk mengekang
nafsu syahwat seks ‘gelap’ adalah dengan meningkatkan
ilmu dan keyakinan terhadap kedua-dua ilmu, ghaib dan
fizikal, iaitu kesan buruknya.

Insya-Allah, ia akan mampu menjadi pendinding awal
sebelum berlakunya dosa dorongan syahwat nafsu itu.

Orang berilmu juga ramai yang menyeleweng?
Tidak dinafikan, ramai juga yang sudah punyai ilmu tetapi
masih ‘jatuh’ dan terlanjur melakukan maksiat sama ada
secara serius atau tidak, besar atau kecil.

Tatkala itu, datanglah fungsi taubat yang disebut oleh
Allah SWT di atas.

Berbekalkan kefahaman dan asas yang sudah ada, usaha
mengukuh dan menyuburkan kembali keimanan lebih mudah
daripada individu yang tiada asas dan pasak kukuh.

Kerana itu, binalah pasak dalam diri mengenai iman dan
ilmu dengan segera terlebih dulu kerana tanpanya,
perubahan kepada kebaikan akan terbantut di suku perjalanan.

Sebagai kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan
di atas, ada perlu mengetahui perkara yang perlu serta
tidak perlu dilakukan seperti:

•Fikirkan sasaran kehidupan dan berusaha melaksanakannya.
Jauhkan pemikiran berkenaan seks dan penuhkan masa dengan
berusaha mencapai sasaran itu.

•Wujudkan keyakinan bahawa Allah SWT melihat apa yang
dilakukan di ketika ramai mahupun kala sendirian.

•Sedarkan diri bahawa malaikat turut sentiasa bersama
kita mencatat apa yang dilakukan.

•Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.

•Putuskan hubungan ‘songsang’ dan ‘gelap’ sama ada yang
dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperoleh
melalui Internet atau fizikal, melalui laman sembang,
e-mel, web dan sebagainya. Jika berseorangan di depan
komputer boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, elak
berseorangan di depan komputer.

Jika berbual mesra dan makan tengah hari bersama rakan
sekerja lain jantina itu puncanya, elak melakukannya dan
makan sendirian atau bersama jantina yang sama.

•Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan
jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong
maksiat.

•Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan
keagamaan kerana dengannya, ia membuka ruang mendapat
rakan yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran
syahwat dapat dibendung.

•Ziarah kubur secara kerap supaya syahwat menjadi tawar
akibat pemikiran kepada kematian.

•Kalau komputer dan Internet kerap menjadi punca
peningkatan syahwat, banyakkan mendengar bacaan al-Quran
di depan komputer. Insya-Allah, dengannya rasa malu akan
timbul. Namun jika syahwat masih ‘menggila,’ segera
berhenti dan lihatlah awan, langit, pokok dan laut dan
ingatkan kebesaran Allah.

•Memastikan harta diperoleh daripada sumber halal kerana
sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih
kuat dan dahsyat. Ia ibarat mutasi virus yang lebih
berbahaya kepada kesihatan.

•Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisiplin setiap kali
(baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa
sebanyak mungkin ketika sujud di dalam solat supaya diberi
kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

•Segera beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam
maksiat berat sebagaimana dinyatakan dalam Surah Al-Imran,
bahawasanya: “dan bersegeralah kamu kepada keampunan
daripada Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit
dan bumi, disediakan bagi orang bertakwa.”

Tuesday, November 2, 2010

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita
dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk
beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan
sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan
rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang
saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam
perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak
terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk,
tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat
orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan
dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor
kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan
kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar
dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan
membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir:
Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat
oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak
datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita
mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang
seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan,
seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga.
Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan
kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani
kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga
kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar
kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali
selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan
kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat,
maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang
wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah
kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua
jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek,
kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan
perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di
samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus
langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring
di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan
kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya
terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan
walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita
bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah
adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita,
tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh
berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa
tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda
fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu
ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali
dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki
lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa
bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku
pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri
kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab
dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih
seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga
kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat
dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi
manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana
ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita,
kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,
tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak
juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada
rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat
bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi,
bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk
dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat
kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia,
disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin
lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan
hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang
boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi
angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus
bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga
ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung,
sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua
diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Biarlah Kesudahan Kita Dan Dia Di Syurga..

Ramai manusia diserang masalah berkaitan hati, cinta yang
diraih seringkali gagal.

Kadang-kadang kita juga sering salahkan takdir, sedangkan
kita sebenarnya gagal menempatkan hati pada langkah pertama lagi.

Mengalami masalah hati dan jiwa setiap hari, tapi tidak jumpa
solusi yang pasti, selalu membuat kesimpulan gunakan hati (nafsu),
bukan berdasarkan al-Quran dan al-Hadith.

Semua insan di dunia inginkan kesenangan dan kebahagiaan.

Justeru, kekadang bila kita melalui hari dengan mudah pada
satu-satu hari, rasa bersyukur teramat sangat.

Manakan tidak, setiap hari sebelum memulakan hari baru, kita (niat)
sentiasa berdoa demi kebaikan sepanjang hari pada hari tersebut,
bermula pada langkah pertama.

Kekadang kita terlalu takut jika Allah Taala tidak menyayangi kita,
bila mana kita tidak ditimpakan ujian walau sebutir zarah pada
hari-hari yang kita hadapi.

Ujian ini, bukan untuk menakutkan diri, tapi mencari hikmah
yang tersembunyi.

Berterima kasihlah kepada Allah Taala kerana masih ditarbiah hati ini.

Cinta melulu hanyalah cinta buat orang yang lemah imannya. Itulah
yang berlaku dalam kehidupan kita selama ini.

Terlalu sayang, sayang hingga bisu untuk menegur kesalahan.
Sudah ketara, tapi buat-buat lupa, sudah tahu dan nyata,
tetapi pura-pura buat buta.

Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama jadi buta,
gelap gelita.

Ya, bila ujian Allah Taala datang mendidik diri, baru sedar,
baru terngadah.

Tapi syukur Allah Taala datangkan jua rasa redha di hati ini.

Mujurlah jua Allah Taala tunjukkan jalan mengajar hati redha,
terima hakikat.

Allah Taala berfirman;

Bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan
dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan
iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang
yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan
terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)
" asy-Syam (91:9-10)

Pasti kalian pernah merasai saat genting ini. Ada yang
selepas berumahtangga, pengamalan agama dianggap enteng.

Jika dahulu impian ingin membina bait-muslim itu cukup tinggi
tetapi apabila ada kelemahan, kekurangan dan kesilapan yang
dilakukan, pasangan hanya mengambil langkah berdiam diri
hanya kerana cinta, inilah cinta buta tidak nampak akan
kesalahan, matlamat pula menghalalkan cara.

Bila cinta Tuhan diketepikan dan kasih sayang makhluk mendasari
hati, nafsu menjadi raja dalam diri, kalam Tuhan tidak lagi
diikuti. Sesungguhnya manusia apabila mencintai makhlukNya
dan mendahului mereka dari Allah, maka tunggulah janjiNya.

Kadang-kadang untuk menyeru kepada kebaikan agak sukar kerana
sesetengah orang akan lebih nampak kepada keburukan.

Namun begitu, kita boleh terus berusaha dan istiqamah dalam
membuat kebaikan.

Kebaikan tidak semestinya melalui lisan, tetapi boleh juga
melalui perbuatan. Kadang-kadang apa yang kita buat lebih
memberi kesan berbanding dengan apa yang kita cakapkan.
Dunia ini adalah madrasah cinta kita cari.

Allah Taala sedang mengajar dan mendidik kita. Suatu ketika
dulu saya juga pernah mengalami perkara yang sama.

Namun diteruskan juga menadah, meminta pertolongan Allah.

Allah Taala akan terus mengajar dan mendidik kita dengan
syarat kita mahu belajar sama ada dari pengalaman yang kita
lalui, muhasabah diri seterusnya belajar ilmu-ilmu Islami.

Manusia bijak akan menjadi orang lain bergantung kepadanya,
bukan sebaliknya. Dia tidak pernah bersikap dan mengambil
keputusan dengan mengharapkan orang lain turut sama berendam
dalam masalah peribadinya.

Bahawasanya seorang muslim itu mempunyai falsafah hidup,
prinsip, risalah, dan ketentuan yang lebih agung daripada
hanya sekadar mengharap, balas dendam, dan benci.

Perjalanan hidup berumahtangga sebahagian surat cinta Ilahi.
Bahawa dugaan, kepahitan, perpisahan adalah antara isi
kandungan surat cinta ini.

Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Mendepani surat cinta ini, inshaAllah akan menyuburkan
cinta, sekiranya kita menerimanya sebagai satu tarbiah
daripada Allah.

Percayalah, kita pasti akan bertemu dalam suasana yang lebih
indah dan manis selepas kebahagian.

Kesulitan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.

Berbahagialah isteri-isteri yang menjadi solehah hasil bimbingan
dan pimpinan para suami soleh.

Beruntunglah isteri-isteri meredhai kehidupan rumahtangga yang
dibina.

Kesusahan dan kesulitan sudah menjadi pakaian harian, nilai
kasih sayang antara penghuni rumahtangga didahulukan.

Mempunyai peranan.

Peranan takwa dan iman itulah, yang menjadi pasak melahirkan
serta mengekalkan konsisten keharmonian cinta yang dirasai
dengan cara dan sudut yang pelbagai nantinya.

Banyak versi dan variasi.

Kursus perkahwinan pastinya belum memadai membenihkan nilai-nilai
yang perlu kepada bakal pasangan, jika sahaja kayu ukur sebaik
para pejuang agama sebahagiannya juga ditakdirkan untuk kecundang.

Ingatlah, ramai pasangan berpisah kerana putus cinta.

Cinta yang matang itu, tidak buta dengan kesalahan dan
kekurangan orang lain.

Celik, tetapi hati yang cinta akan berdoa dan berusaha untuk
memperbaikinya. Kita terima seadanya.

Dia hamba, kita juga hamba.

Hamba itu lemah dan sentiasa bersalah. Pohonlah kemaafan dan
bersedia memaafkan.

15 Ciri Wanita Syurga

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya,
kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman
kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah,
bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya,
mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan,
dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah,
jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah
melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada
Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah,
mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas
segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang
diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir
mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan
sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga
dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim,
fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik
terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang
memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian
kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap
seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu
dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat
terdekat dan jauh.

ISLAM DI HINA DI MALAYSIA!!!

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu
ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam
wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan
minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature
sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3].
Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua
ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib,
supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di
atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah
musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan
dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita
langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak
boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun,
baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita,
'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak jadi hindu,
maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan
kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada
kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan
orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada
masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan
dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup
aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama
lain, mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan...
Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah
yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan,
masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa
semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya,
perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya,
perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam,
maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan
tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak
bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah
Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani
tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut
supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...
Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti,
tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah
'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat
Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi
sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut
sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil
daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk
mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku
menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang
berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran
dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang
diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab
Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka
dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali
kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain
daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70.
Cetakan Beirut)

Monday, November 1, 2010

Buang toksin dalam tubuh



SEMENJAK malapetaka ekologi membabitkan Chisso Corporation, sebuah kilang memproses baja di Minamata, Jepun pada tahun 1932, isu pencemaran bahan kimia di dalam makanan khususnya hidupan laut seperti ikan dan kerang terus diperkatakan hingga kini.

Sehingga tahun 2001, seramai 2,265 mangsa dikesan menghidap penyakit Minamata yang menyebabkan kematian atau kecacatan kekal.

Penyakit itu berpunca daripada pembuangan methylmercuri secara terus ke dalam laut oleh Chisso dari tahun 1932 hingga 1968.

Dalam insiden tersebut, hidupan laut khususnya ikan dan kerang yang menjadi makanan ruji penduduk Teluk Minamata tercemar dengan bahan kimia bertoksik tinggi itu.

Bagaimanapun, peristiwa tersebut menyebabkan para saintis lebih giat mengkaji kehadiran logam berat berbahaya di dalam hidupan laut yang menjadi makanan masyarakat dunia.

Persatuan Kehamilan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini pernah memberi amaran kepada ibu mengandung agar tidak mengambil ikan tuna, merlin serta mackerel kerana ia tercemar dengan merkuri.

Tahap radiasi merkuri ikan tuna dikenal pasti berdasarkan jenis dan tempat ia ditangkap. Keracunan merkuri mampu merosakkan perkembangan otak serta fizikal janin.

Pada umumnya, siapa pun tahu racun memang mudarat untuk tubuh. Racun yang terkumpul di dalam badan boleh datang daripada mana sahaja.

Ia mungkin daripada air atau makanan yang ditelan, udara yang dihirup atau sesuatu yang disentuh oleh tangan.

Antara logam berat yang sering ditemui di dalam tubuh ialah merkuri, aluminium kadmium, dan plumbum.

Semula jadi

BEKAM penyahtoksin ialah antara kaedah alternatif untuk membuang toksin daripada dalam tubuh.

Menurut Pusat Racun Negara (PRN), Universiti Sains Malaysia, sebanyak 43 peratus daripada kes keracunan di negara ini yang dilaporkan pada tahun 2008 berpunca daripada kandungan isi rumah.

Jelas Ahli Farmasi PRN, Sulastri Samsudin, penyebaran utama bahan toksik berlaku melalui saluran makanan iaitu mulut, saluran pernafasan (hidung), kulit dan mata.

Menurut beliau, makanan sendiri terhasil melalui gabungan beberapa jenis bahan kimia dan menjadi sumber nutrisi seperti protein, karbohidrat, vitamin, serat dan antioksidan.

Namun, terdapat bahan beracun seperti cyanogenic glycoside di dalam sesetengah ubi.

Sesetengah teknik pemprosesan masakan juga menghasilkan bahan sampingan bertoksik seperti polycylic aromatic hydrocarbon atau acrylamide.

Selain itu, bahan pencemar alam sekitar seperti plumbum dan bahan berklorin, kadmium daripada kerak bumi serta alga dan kulat seperti aflatoksin dan racun daripada kerang-kerangan boleh didapati dalam bekalan makanan pada tahap berbeza-beza.

Dalam pada itu, daripada kesemua sampel produk kosmetik serta bahan makanan dan minuman yang diuji Pengguna Pulau Pinang (CAP) setakat ini, hampir 99 peratus daripadanya mengandungi bahan beracun di dalamnya.

Ini termasuk bekas polisterina, asid borik, bedak talkum, botol susu Bisphenol A (BPA), bekas air polikarbonat, sotong kering serta perasa tambahan Rhodamine B.

Kesannya, setiap pengguna akan berdepan dengan risiko penyakit berbahaya seperti kanser, perubahan genetik, diabetes, kerosakan buah pinggang dan koronari jantung.

Risiko

SESETENGAH jenis ikan mungkin dicemari logam berat, bergantung pada tempat ia ditangkap.

Presidennya, S.M Mohamed Idris berkata, pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa bahan-bahan tersebut didapati bahaya untuk kesihatan badan dan seeloknya diharamkan penjualannya.

Malangnya, kata beliau, sehingga kini asid borik masih digunakan dalam produk makanan walaupun pihaknya telah beberapa kali menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengambil tindakan terhadap isu tersebut.

“Ujian yang dilakukan ke atas pelbagai makanan seperti mi kuning, bak chang (ladu Cina) dan kuih Nyonya yang dibeli di pasar basah di Pulau Pinang mendapati ia mengandungi asid borik dalam semua sampel.

“Satu sampel bak chang didapati mengandungi 569 bps (bahagian per sejuta) asid borik, mi kuning (6.51 hingga 296 bps) manakala kuih Nyonya (0.78 hingga 13.5 bps) asid borik.

“Asid borik amat toksin. Walaupun diambil dalam jumlah yang kecil, ia boleh membawa kepada keracunan, penyakit gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hilang selera makan,” katanya kepada Jurnal.

Selain itu, kata Mohamed, bagi penggemar sotong kering, mereka dinasihati agar tidak memakannya berikutan ujian terbaru yang mendapati ia dicemari kadmium.

Sebelum ini, kadmium digunakan dalam galvani dan elektropenyaduran, dalam bateri, konduktor elektrik dan dalam pembuatan aloi serta plastik.

Selain itu, racun makhluk perosak endosulfan yang digunakan oleh para petani juga didapati berbahaya untuk kesihatan.

Endosulfan ialah sejenis toksin yang sangat beracun dan disyaki boleh menjejaskan sistem endokrin.

Walaupun telah diharamkan pengeluarannya pada tahun 2006 di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974, penjualannya masih berleluasa di sekitar negeri Kedah.

Biasanya tubuh memproses racun-racun yang dikenali sebagai toksin itu menerusi hati dan buah pinggang sebelum mengeluarkannya melalui air kencing, peluh dan pembuangan air besar.

Tetapi bagaimana jika sistem perkumuhan semula jadi itu gagal berfungsi?

Nyahtoksin

Disebabkan sumber racun yang memasuki tubuh terlalu banyak, sesetengah orang mencari penyelesaian alternatif bagi membuang kekotoran atau toksin yang terperangkap itu dengan pelbagai cara.

Antaranya ialah mengambil pil, pelekat, minuman serta makanan yang dikatakan mampu membuang toksin daripada tubuh.

Bagaimanapun, menurut pakar terapi nutrisi di My Life Center, Esther Peh, cara terbaik untuk menyahtoksik ialah melalui proses semula jadi oleh organ tubuh.

“Organ penting seperti buah pinggang, hati, kulit dan kolon mempunyai sistem yang tersendiri untuk membuang kekotoran yang mendap di dalam tubuh,” terang beliau.

Namun, atas faktor usia, kecekapan organ tersebut kadangkala berkurangan. Justeru, penggunaan rawatan penyahtoksin seperti terapi chelation yang ditawarkan My Life Center dapat melancarkan proses tersebut, katanya.

BUAH-BUAHAN dapat membantu mengeluarkan toksin daripada tubuh tetapi awas ia juga mungkin telah dicemari racun.

Jelas beliau, antara simptom utama tubuh manusia diserang oleh toksin ialah hilang selera makan, keletihan melampau atau sukar untuk tidur.

Esther berpendapat seseorang individu perlu melakukan rejim nyahtoksin setiap tiga atau enam bulan sekali.

“Dengan risiko terdedah pada pelbagai punca dan jenis toksin, amat perlu untuk memastikan toksik keluar daripada tubuh.

“Ini penting bagi mengelakkan kerosakan organ seperti usus, buah pinggang atau hati di samping berlakunya dehidrasi,” katanya.

Sambung Esther, disebabkan toksin amat berkait rapat dengan lemak, individu perlu melakukan rutin senaman secara teratur.

Selulit, jelasnya, merupakan ukuran mudah untuk mengetahui tahap toksin di dalam tubuh seseorang kerana toksin sentiasa ‘melekat’ pada lemak.

Selain itu, tubuh turut memerlukan agen pemulihan.

“Pengambilan antioksida seperti makanan tinggi serat atau lengai anggur boleh membantu memulihkan organ yang luka akibat proses nyahtoksin,” kata Esther.

AZAB WANITA

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat

Renungan

khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat

Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis.
Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai
siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat
ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya,
otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat
ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat
tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di
bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan
yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,
dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya
keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit
sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,

beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang

rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan
keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan
pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?
*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang
tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah
wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat
oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang
'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan
yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin
suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia
berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat
orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting
api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang
yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya
kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas
ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya
karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan
tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya
seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan
yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka
memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu,
Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.