Menjaga kesihatan adalah dituntut dalam Islam kerana
dengan badan yang sihat maka mudahlah kita untuk
menunaikan tanggunjawab seperti bekerja dan mengerjakan
ibadah.
Terdapat berbagai cara yang boleh di lakukan untuk
menjaga kesihatan tubuh badan kita. Di dalam kitab
Al-Quran juga ada menunjukkan kaedah menjaga kesihatan
yang kemudiannya telah dibuktikan kebenarannya oleh
para saintis. Diantaranya adalah seperti “Bersenam/
Beriadah” dan “Mengawal pemakanan“.
Di antara amalan-amalan yang disarankan dalam Islam
ialah:-
1) Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya
sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap
kedalam badan boleh mengurangkan lemak daripada berkumpul.
Anda boleh perhatikan sendiri di kalangan saudara
atau rakan yang mengamalkan mandi sebelum waktu subuh
kebanyakannya tidak gemuk.
2) Amalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya
InsayAllah jauh daripada terkena penyakit.
3) Solat Malam. Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat
atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya:
“Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan
khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara,
lima di dunia dan empat di akhirat.
5 kelebihan yang diperoleh di dunia:
*Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
*Tanda berkat pada wajahnya
*Disukai oleh ramai manusia
*Allah jadikannya seorang yang bijaksana
*Bila bercakap penuh hikmah
4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:
*Wajahnya bercahaya
*Diringankan hisab
*Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
*Dapat buku amalan dengan tangan kanan
Lagi tentang kelebihan solat malam.
4) Selepas solat subuh disunatkan kita bertafakur
(iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas
membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit kepala atau
migrane. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat
kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli
sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam
saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah.
Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang udara
berkenaan.
5) Di dalam kitab-kitab yang di karang oleh ulamak
muktabar juga ada melarang kita makan makanan darat
bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah
kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat
mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang
menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+)
manakala ikan ada mengandungi ion (-). Jika dalam suapan
ada terdapat daging bercampur dengan ikan maka terjadi
tindak balas biokimia yang boleh merosakkan usus seseorang.
Seelok-eloknya, selang-selikan menu harian anda diantara
ikan dan daging pada hari yang berlainan.
6) Rasulullah S.A.W ada mengajar kita makan dengan tangan
dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli
sains telah membuktikan bahawa enzime banyak terkandung
di celah jari-jemari, iaitu 10 kali ganda berbanding dari
apa yang terdapat dalam air liur. (Enzime ini sejenis
bendalir percerna makanan. Tanpa enzim ini, maka makanan
sukar untuk di hadamkan)
7) Amalan berpuasa mengandungi banyak rahsia di sebaliknya.
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya: ” Berpuasalah kamu,
nescaya kamu menjadi sihat” (Riwayat Abu Hurairah)
8 ) Bersiwak atau menggosok gigi. Sabda Rasulullah S.A.W,
maksudnya: “Bersiwaklah kamu semua, kerana bersiwak itu akan
membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali
Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak”
(Riwayat Ibnu Majah)
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment