Monday, May 30, 2011

Tips/Panduan Atasi Zina Hati

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka
mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih
cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula
rindu berlebihan.

Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka,
penyakit menyebabkan kelemahan hati.

Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang
Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan,
kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.

Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu
berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa
cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya
membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah
jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah
iblis."

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk
daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang
bermaksud:

"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran
dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami
yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)

Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :

Ikhlas kepada Allah.

Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna
selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan
daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan
menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak
pernah terdetik di hati.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:

"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada
Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai
hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada
Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya,
melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan
Allah.

Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika
kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam
berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan.

Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan
api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang
berasakan hati terusik dan jatuh.

Ibnu Qayyim menyatakan:

"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu,
dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun
ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri,
tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan
berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu
meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh
mencengkam jiwanya."

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.

Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan
orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan
tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

No comments:

Post a Comment