Monday, May 30, 2011

Petua Untuk Hati

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka,
minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat
resah dan gundah:

Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan
oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi
orang mukmin.

Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh
melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran
& pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah,
kemasyarakatan dan sebagainya.

Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk
meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya
(sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam
agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan
sebagainya.

Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum.
Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang
tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

No comments:

Post a Comment