"Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya
siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV,
itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang.
Saya pun penat macam abang juga. Sekurang-kurangnya buatlah
air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin
anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi.
Abang juga yang nak makan nanti..pot..pet..pot..pet..
"leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat
masing-masing."
Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya
meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi
perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan
menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai
kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan
merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri
suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami.
Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi
kebanyakkan pasangan, tanpa sedikit pun merasa
bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.
Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan
isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan
bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.
Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada
anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.
Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang
membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami,
selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.
Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya
aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang
yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud
kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa
kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi
kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya
sebagai pemimpin rumahtangga.
Demikian juga halnya ketika junjungan besar
Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda
telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya
yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.
Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah
Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis
tersedu-sedan."Akubertanya,"Ya Rasulullah, apa yang
membuat anda menangis? "
Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit,
aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka
dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu
berat seksaan mereka yang aku lihat. "
MENGHERDIK
Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan
lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya
kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.
Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik
suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti
barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata
29 inci yang menjadi trend semasa.
Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan
suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan
terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali.
Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada
suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti
kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.
Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang
meraih keredhaan Allah.
Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah
tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur
kepada suaminya. "
Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala
isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada,
yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah
lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.
Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi
isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja
akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar,
jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.
Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda
kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra
yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang
surirumah tangga secara sendirian tanpa pembantu.
Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali
pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa
baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan
perang sebagai pembantu rumah.
Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan
permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang
termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda,
tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.
Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.
Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana
tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi
disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang
tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.
Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah
Fatimah dan menyatakan kepadanya: "Apakah kamu berdua
(Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan
ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripadaapa
yang kamu minta siang hari tadi?"
Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut
sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah
menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca
Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing
sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.
Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah
menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah
mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi
apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa
cukup bahagia melakukannya.
Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai
seorang surirumah merupakan satu amalan yang solehah.
Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana
sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan
memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah
sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.
Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman
moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar
besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi
sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.
Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki
tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi
tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami
bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya.
Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya
para suami berbuat baik kepada isteri mereka.
Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah
pula menyusahkan mereka.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang ertinya:
"Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah
yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya
adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku."
Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah
kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan
beban pasangan kita.
Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua..insya'Allah.
SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL
MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI
mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.
TABIAT ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT SUAMI yang suka
meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri
semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT
kita ke suatu BUDAYA IBADAT.
No comments:
Post a Comment