Tuesday, July 5, 2011

Taubat Raih Kemenangan

Manusia mudah lalai dan lupa. Itu fitrah manusia. Sebab itulah
ada kalanya kita senang tergelincir sekali gus terperangkap
dengan bisikan syaitan. Akibatnya kita terjerumus di lembah
dosa seperti zina.

Namun, apabila tersedar diri telah tersalah langkah, apa salahnya
kita cepat-cepat berpatah balik. Sama seperti kita memandu
kenderaan di jalan raya. Jikalau enggan membuat 'u-turn'
selepas tersedar sudah tersalah jalan, tentu semakin jauh
kita tersasar dan bertambah banyak pula yang kita bakal rugikan.

Bagaimanapun, berpatah balik sahaja tidak cukup. Sebaliknya kita
perlu bertaubat dan 'menyuci' diri. Menurut pensyarah di Jabatan
Pengajian Al-Quran dan Sunnah, Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains
Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr
Nadzirah Mohd, hidayah datang dari Allah. Justeru, jikalau
tiba-tiba rasa tersedar dan terdetik untuk berubah, maka
bertaubatlah kerana Dia Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

Dalam surah An-Nur ayat 31 Allah ada berfirman: "Bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang beriman, mudah-
mudahan kamu mendapat kemenangan." Jelas Dr Nadzirah ayat
tersebut cukup istimewa. Ini kerana selain Dia menyeru
hamba-Nya supaya bertaubat, Allah turut meletakkan harapan
di situ.

"Pada penghujung ayat itu ada diselitkan pengharapan – dengan
harapan orang yang bertaubat itu akan beruntung dan berjaya
iaitu berjaya melawan hawa nafsu dan mengatasi segala masalah.
Tambah beruntung kalau taubat itu berpanjangan hingga ke
akhirat. Dalam ayat tersebut, Allah bukan sahaja menyuarakan
perintah-Nya supaya bertaubat, tetapi juga ada motivasi ke
arah melakukan taubat," terang beliau.

Mengulas lanjut perihal taubat, Dr Nadzirah menjelaskan sifat
taubat ada dinyatakan oleh Allah dalam kitab-Nya. Firman-Nya:
"Hai orang-orang yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah
dengan taubat nasuha." (At-Tahrim : 8).

No comments:

Post a Comment