Tuesday, October 12, 2010

Di Kala Rindu Menyelubungi..

Angin..di mana dirimu

Tolonglah aku

Sampaikan salam rinduku

Buat dirinya yang jauh di sana

Aku terlalu merana

Menahan gelodak rindu yang tiada bertepian

Tidakkah dirimu rasa apa yang aku rasa

Tidakkah dirimu mencariku di saat ini

Oh..rindu, mengapa kau hadir menjelma dalam jiwaku ini

Jika hanya diriku saja yang merasai

Aku ingin membaluti rindu ini dengan senyum tawa

Tapi ternyata sementara

Setelah balutan itu terungkai

Rindu itu kembali

Membuatkan diriku terasa

Sesak..

Dimana dirimu...

Mengapa ianya sentiasa terjadi terhadap diriku

Aku sudah tidak mampu lagi melawan

Perasaan ini

Bila...bagaimana ianya akan berakhir...

Aku betul-betul buntu

Ada ke sedikit ruang untuk aku...oh!

Betapa sakitnya, sesaknya dada menahan sedih, pedih

Tidak tertanggung rasa..

Friday, October 8, 2010

Kenapa Tak Rogol Saya??

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US.
Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.
Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan
dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika)
bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa
ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka
lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang
seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam
hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.
Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat
aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut
adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak
jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.
Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki
tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right
side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah
kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga
berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya,
Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang
yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu
adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di
tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan
senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Thank You Allah

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you

Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you

Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Wednesday, September 29, 2010

Bukan sengaja malas

SDEPRESI atau stres juga boleh menyebabkan individu menjadi malas.

ANDA seorang pemalas? Atau anda seorang bos yang kecewa
dengan sikap pekerja-pekerja anda yang malas dan lembap
dalam melaksanakan tindakan? Jangan marah-marah. Mungkin
anda perlu melihat malas dalam horizon yang lebih luas.

Selain melihat malas lebih kepada masalah psikologi atau
sikap individu, malas juga boleh dilihat dari sudut kesihatan.
Seseorang itu mungkin malas kerana mempunyai penyakit yang
bersimptom kemalasan atau melibatkan hormon.

Menurut pakar kesihatan pekerjaan, Hospital Pakar An-Nur,
Dr. Azrul Rozaiman Datuk Abdullah, malas bukan sekadar
keengganan untuk melakukan sesuatu aktiviti tetapi ia adalah
koleksi sifat-sifat buruk merangkumi sikap gemar bertangguh,
tidak menepati waktu, tidak pandai mengurus masa dan lemah
untuk mengenal pasti apa yang perlu diutamakan.

Dalam konteks kesihatan pekerjaan, Azrul yang mempunyai kepakaran
dalam bidang penyakit pekerja atau risiko penyakit yang boleh
didapati pekerja daripada penggunaan bahan kimia serta psikologi,
menyifatkan malas diistilahkan sebagai kurang produktiviti.

SESEORANG itu mungkin malas kerana kurang pengetahuan tentang
apa yang sepatutnya dilakukan.

Tapi, ujarnya, malas juga bersifat subjektif kerana ia bergantung
kepada perspektif individu.

Misalnya, jika seorang itu boleh menghasilkan 10 bahan dalam
seminggu sedangkan rakannya boleh menghasilkan 100 bahan dalam
tempoh yang sama, dia mungkin dianggap malas.

Tetapi dia mungkin tidak dianggap malas oleh bosnya sekiranya
bosnya sendiri hanya mampu menghasilkan lima kerja dalam
seminggu. Begitulah penjelasan Azrul bagaimana kayu ukur
malas boleh berubah.

Jelasnya, daripada konteks kesihatan, malas boleh berlaku dalam dua
keadaan iaitu malas yang merupakan simptom kepada sesuatu
penyakit atau malas kerana kesan sampingan ubat-ubatan.

Azrul memberitahu, memang terdapat beberapa penyakit yang boleh
menjurus kepada sifat malas seperti penyakit hipotiroid yang
disebabkan oleh kekurangan hormon tiroid.

“Apabila hormon tiroid kurang dalam diri seseorang individu, maka
ia biasanya akan memperlihatkan simptom malas seperti mentalnya
lambat memproses maklumat, lesu, pergerakan turut menjadi lambat
dan aktiviti metabolisme badan menjadi perlahan,” ujarnya.

Hormon tiroid dikeluarkan oleh kelenjar tiroid yang terletak di
bahagian leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan.

Hormon tiroid berkurangan boleh jadi disebabkan oleh kekurangan
pengambilan makanan beriodin seperti ikan.

Beban kerja

Jelas Azrul, penyakit ini hanya boleh dikenal pasti doktor dengan
membuat ujian darah. Rawatannya ialah dengan memberi ubat yang
boleh meningkatkan kembali paras hormon tiroid dalam diri.

Selain daripada itu, kesan sampingan daripada pengambilan
ubat juga boleh membawa kepada rasa malas.

Menurut Azrul, kurang daripada lima peratus pengambil sejenis ubat
darah tinggi atau hipertensi boleh mengalami kesan sampingan
seperti kelembapan mental dan fizikal.

Depresi atau stres juga boleh mendorong kepada rasa malas.

Berkenaan stres atau depresi jika disebabkan beban kerja yang
terlalu banyak melepasi batasan kemampuan diri, Azrul
menyarankan supaya wujudnya interaksi antara bos dan pekerja.

“Dalam hal ini, pekerja itu dilihat seperti malas tapi
sebenarnya bukan malas.

“Dia mungkin tertekan ekoran beban kerja yang melampaui
kemampuan dirinya atau beban kerja yang tidak seimbang
antara pekerja-pekerja. Interaksi antara bos dan pekerja
mungkin boleh memperbaiki keadaan,” ujarnya.

Dari sudut psikologi, malas boleh jadi disebabkan oleh cara
individu dibesarkan, pengaruh sekeliling dan kekurangan pengetahuan.

Amalan bertangguh-tangguh atau melengah-lengahkan kerja juga
menjadi penyakit masyarakat moden kerana tekanan hambatan masa.

Menurut sebuah majalah kesihatan, kajian terbaru mendapati
20 hingga 25 peratus daripada manusia hari ini adalah seorang
yang gemar bertangguh berbanding hanya lima peratus pada
tahun 1978.

“Seorang itu menjadi pemalas mungkin juga kerana cara dia
dibesarkan yang mana semua yang dikehendaki tersedia untuknya.

Minat

“Seseorang itu juga mungkin menjadi malas kerana ia dipengaruhi
oleh orang sekelilingnya yang suka bermalas-malasan.

“Persekitaran turut mempengaruhi seseorang itu menjadi malas,”
ujarnya sambil menjelaskan terdapat dua kategori malas,
iaitu malas pada perkara tertentu dan malas pada melakukan
banyak perkara.

“Ada sesetengah orang itu kita lihat dia rajin di rumah tapi di
pejabat dia malas dan begitu juga sebaliknya. Mengapa ini berlaku?

“Ia mungkin kerana minat terhadap aktiviti berkenaan kurang kerana
kekurangan pendedahan atau pengetahuan,” katanya.

Justeru, untuk mengatasi masalah malas ialah dengan mendapatkan
pengetahuan secukupnya terhadap apa yang perlu dibuat.

“Para bos misalnya perlu peka dengan kondisi pekerja.
Mungkin mereka malas dan tidak produktif kerana mereka
tidak tahu atau jelas tentang kerja yang perlu dilakukan,”katanya.

INTERAKSI yang wujud antara bos dan para pekerja mampu
mendorong kepada peningkatan produktiviti.

Memberikan motivasi juga merupakan salah satu cara untuk
menyingkirkan sifat malas. Sebab itulah pengkaji-pengkaji dari
Australia pernah menyifatkan malas yang ekstrem sebagai
motivational deficiency disorder.

“Motivasi boleh datang daripada dalam diri individu itu sendiri
dan boleh diperoleh daripada dorongan motivasi orang lain.
Motivasi bagi diri sendiri boleh diperoleh dengan menetapkan
matlamat yang khusus,” ujarnya.

Selain daripada itu, bagi keadaan tertentu dan tujuan yang baik,
Azrul berkata, untuk menambah minat seseorang melakukan perkara
itu boleh juga menerusi paksaan.

“Adakalanya penyakit malas perlu diubati dengan paksaan.
Bukankah dalam hidup kita ada perkara yang kita pada awalnya
tidak berminat tetapi berubah minat apabila didorong atau
dipaksa untuk melakukannya?

“Seperti juga yang diajarkan dalam agama tentang hal solat.
Islam mendidik umatnya agar menyuruh anak sembahyang pada
umur tujuh tahun.

“Jika umur 10 tahun, mereka tidak sembahyang, mereka perlu
dipukul. Apabila mereka sudah biasa melakukannya, ia boleh
mendatangkan minat dan mereka membesar menjadi seorang yang
tidak malas untuk menunaikan solat,” katanya.

Tuesday, September 28, 2010

Hadirnya Dirimu.

Hadirnya dirimu

Memberi sinar di pagi hari

Umpama bunga-bungaan berkembang mekar

Nampak ceria dan meriah

Dengan warna yang penuh segar

Alangkah indahnya

Jika diriku bersemadi di dalam hatimu

Kekal hingga menjelang akhir nafas

Di dunia ini

Keindahan yang selalu diimpikan

Oleh insan yang bernama manusia

Aku ingin ia bukan khayalan semata-mata

Aku ingin ianya terjadi dalam hidupku yang hanya sementara ini

Ya Allah makbulkan..Aminnnnn

Friday, September 24, 2010

Kesepian vs Kenangan

Tiada cara mencipta kenangan

kecuali menghargai ruang waktu sebaik mungkin

sehingga lewat tidur...

suatu masa...

taman kenangan dipenuhi juga... didalam hati..

hukum alam adalah begitu

pasti ada pulangan setara atau lebih baik dari itu.

Ciptalah kenangan....

Bila kesepian suatu masa nanti...

Hiasilah kesepian itu dengan kenangan..

Sepi itu indah....

Untuk mereka yang menghargai masa.

Kesepian bukanlah kekosongan

Ianya adalah salah satu cabang dari kemahuan

Tidak perlu menoleh kebelakang

Kerana ianya sentiasa berada dihadapan...

Saturday, September 11, 2010

Raya & Kampung

Aku balik kampung pada 4/9/2010 bersama dgn mak untuk merayakan Hari Raya Adilfitri. Aku jarang balik, kalau balik pun aku cuma ambik masa 5 hari saje bercuti. Mungkin jiwaku tiada di kampung sbb kampungku ssh sgt utk mendapatkan air yg bersih. Org kampungku terpaksa mengambil air dari sungai, itupun bukan 100% bersih. Sekarang aku terpaksa membeli mineral water utk minuman aku sepanjang berada di kampung. Bukan aku sombong ataupun apa, tapi masa, hidup aku, habiskan kt semenanjung. Jd aku sudah terbiasa dgn kesenangan yg aku dapat dari bandar.

Raya, raya pertama mmg meriah sbb org kampungku saling berkunjungan antara satu dgn yg lain. Aku jd malu bila org kampung yg tidak aku kenali dtg berkunjung. Tp aku ttp melayan mereka dgn juadah yg sedia ada... Inilah yg aku suka ttg org kampungku. Cuma yg aku tidak berkenan, semua perkara bila mereka tau akan menjadi kecoh satu kampung. Kalau sesuatu perkara tersebut tidak jd, bukankah malu jdnya..

Kali ini adalah pertama kali aku beraya dikampungku dan juga di rumah baruku... Aku sedikit teruja dan berasa penat sgt mengurus segalanya. Begitu juga dgn makku, sampai dia selsema. Tp alhamdulillah semua berjalan dgn baik.

Tentang aku, hehehe..aku ingatkan ada perkara di luar jangkaan akan terjadi dlm hidupku, perkara yg membahagiakan, tp sedih tu tak sedih sgtla. Tidak sgt aku mengharap. Walaupun aku takut, tp aku ingin merasai seperti org lain. Tp takpela, mungkin jauh lg aku akan menggapaikannya. Yang penting rumah baruku boleh diduduki dan aku sedikit lega..melihat senyuman mak dgn pe yg de sekarang ni. Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur dgn segala pemberianMu...

Cuma sekarang aku ingin mengecapi kebahagiaan seprti org lain, bersama keluarga sendiri...