Thursday, December 15, 2011

Mengapa Doa Tidak Dimakbul

Selalunya Allah SWT akan mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan syarak. Tetapi jika pemberian itu tidak sampai ke tangan kita atau kita tidak menerimanya, maka itu bukanlah salah Allah SWT. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Di antara kemungkinan itu ialah:
  • Ada kalanya kita sudah terlalu jauh dengan Allah SWT.
  • Ada dinding yang membataskan kita dengan Allah SWT seperti dosa yang sudah bertimbun-timbun sehingga Allah SWT berasa tidak patut lagi kita menerima pemberian-Nya yang bernilai tinggi dan suci itu.
  • Kita selalu berdoa tetapi perbuatan maksiat tidak kita tinggalkan dan kita suka mengambil sesuatu melalui jalan yang haram.
  • Boleh jadi kerana salah kita melanggar syaratnya atau kerana salah satu sebab yang kita tahu atau sedar.

Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa. Ibrahim Adham menjawab: “Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu”:

  1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
  2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
  3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
  5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
  6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
  8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
  10. Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Daripada sepuluh sebab yang membutakan hati itu tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah. Sebab itu wajar sekali kita tidak mendapat keistimewaan yang melimpah ruah – setiap panggilan tak mungkin disahut dan setiap permintaan tak mungkin dikabulkan Allah.

Bey Ariffin dalam bukunya Samudra Al-Fatihah antara lain mengatakan; doa seseorang itu tidak akan dimakbulkan Allah walaupun ia merendah diri serendah-rendahnya (khusyu’ dan tawadhu’) sewaktu berdoa, serta memuliakan Allah dengan semulia-mulianya, tetapi apabila sebelum berdoa atau sesudahnya dia mengerjakan pekerjaan yang sangat dilarang dan dimurkai Allah.

Di sinilah letaknya rahsia mengapa Allah tidak mengabulkan doa sebahagian besar dari manusia yang berdoa dan di sinilah pula letaknya kenapa Allah selalu mengabulkan doa Rasul dan nabi, para sahabat dan tabi’iin, para wali dan orang soleh lainnya.

Untuk membolehkan doa itu dimakbulkan Allah s.w.t maka ia hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab- adab berdoa. Di antara adab-adab berdoa ialah:

  • Doa hendaklah dilakukan dalam waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, ketika Ramadhan, Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur.
  • Berdoa dalam keadaan yang mulia seperti ketika sujud dalam sembahyang, ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah.
  • Berdoa dengan menghadap kiblat.
  • Berdoa dengan merendahkan suara antara terdengar dan tidak oleh orang yang berada di sisi kita.
  • Berdoa dengan tidak menggunakan kata-kata yang bersajak. Memadai dengan kata-kata biasa dan sederhana, sopan dan tepat dengan apa yang dihajati dan tidak perlu dilagukan dan amat baik dipilih lafaz-lafaz doa Rasulullah s.a.w yang bersesuaian.
  • Berdoa dalam keadaan khusyu’ dan tawadhu’ dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dalam jiwa.
  • Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan dimakbulkan Allah dan tidak sedikitpun berasa gelisah jika tidak diperkenankan Allah s.w.t.
  • Mengulangkan doa yang diutamakan dua hingga tiga kali.
  • Memuji Allah di permulaan dan pengakhiran doa.
  • Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah s.w.t.

Thursday, December 1, 2011

Ya Allah, Betul Ke...

Aduh, betul ke aku ni, telah jatuh hati pada seseorang....huhuhu.. Camner ni? Apa aku nak buat? Dah macam orang tak waras, senyum sana senyum sini...gila. Apa kena dengan aku, Ya Allah..
Hari ini aku rasa bersemangat dan rasa gembira, susah aku gambarkan...sampaikan masa kat Imigrasen Putrajaya tadi masa nak berbaris untuk masuk dalam dewan aku tengok dia, aku ikut dia tanpa aku sedar, sampaikan client tegur "sinilah berbaris'. Aku dah teruk dah aku rasa :). Dalam hati hanya mampu tersenyum malu...hehehe.. Aku memang betul-betul telah jatuh hati, jatuh cinta (betul) padanya... Ya Allah hanya Engkau saja yang tau betapa teruknya aku ini...huhuu. Tadi aku sempat borak dengan dia itupun alasan kerja..hehe. Aku tenung wajah, pandang matanya, Ya Allah, his so sweet. Aku rasa nak borak lama dengan dia....hehehe..gatal!. Lepas tu masa makan kat kantin, dia tegur aku, bestnya, tapi malangnya aku tak dengar, sebab aku pandang tempat lain. Tapi aku tau sebab kawan bersama aku tadi bagitau dia ada tegur..senyum dalam hati, lebar, bestttttttttttnya... Aku sempat pandang dia dari jauh jer..huhu.. Aku tak tau lagi namanya...bila ya?:(

Thursday, November 10, 2011

Kenapa Harus...

Kadang-kadang aku terfikir kenapa begini jadinya
hidupku. aku tak tahu besar mana dosaku, kesalahanku
sehingga keadaannya begini. Betul aku tak faham kenapa
harus begini yang aku terima. Kenapa aku sentiasa saja
berada di belakang orang lain. Aku juga ingin melalui
kehidupan yang lebih baik sejajar denga perubahan
sekarang. Sampai bila...aku sendiri pun tak tau..

Friday, October 21, 2011

10 Perkara yang Yahudi Seboleh-bolehnya Tidak Mahu Dunia Tahu

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Friday, October 14, 2011

Penggunaan MasyaAllah dan Astaghfirullah

Saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang perkara ini yang pada kebelakangan ini terlalu banyak digunakan salah pada tempatnya terutamanya di dalam cerita-cerita/drama-drama di dalam TV dan juga di dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak blog yang telah menulis tentang ini tetapi saya terpanggil juga untuk menegur atau membetulkan apa yang salah. Mari kita memahami maksud-maksud ayat di bawah:

  • MasyaAllah – Allah Maha Agung
  • Astaghfirullahhal’azim – Aku memohon keampunan Allah
  • SubhanAllah – Maha Suci Allah
  • Nauzubillah – Kami memohon perlindungan Allah

Jadi penggunaan “MasyaAllah” ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak diajarkan. Yang patut kita lafazkan ialah “Astagfirrullahhalazim” ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali) ataupun “Nauzubillah”.
Kebanyakkan yang saya perhatikan, menggunakan “MasyaAllah” ketika terlihat perkara-perkara maksiat terutamanya wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Ini banyak berlaku di dalam TV. Sepatutnya, kita beristighfar (memohon keampunan Allah) apabila melihat perkara-perkara yang di tegah Allah.
Jika kita melalui/melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib, maka sebutlah “SubhanAllah”.
Jadi, jom kita sama-sama menggunakan perkataan-perkataan tersebut di tempat yang sepatutnya.

KebijaksanaanYahudi dan Pemakanan

Kita sering kali terbaca dan terlihat di mana-mana saja tentang ‘BOIKOT BARANG USA DAN ISRAEL.’. Serta kita juda dapat perhatikan hampir 70-80% perniagaan di dunia ini di kuasai oleh kaum Yahudi. Malah pentadbiran Amerika itu sendiri di bayangi oleh kaum Yahudi. Dalam Quran dan beberapa kitab-kitab ada menyatakan kaum Yahudi atau Bani Israel adalah golongan yang bijaksana, pandai berniaga walaupun sikap mereka yang sentiasa takbur sehinggakan di laknat oleh ALLAH.

Penulisan ini bukan untuk bercerita tentang ke’Takbur’an, Kezaliman dan Keganasan mereka. Namun di sini saya ingin anda semua termasuklah diri saya sendiri berfikir Kenapa mereka bijak dan mampu mengusai perniagaan dunia serta melahirkan ramai cendiakawan. Sedangkan kita orang Melayu sejak dari tahun 1970 sampai sekrang hanya dapat melahirkan kurang 20% usahawan daripada sasaran 30% walaupun dengan pelbagai dasar telah di unjurkan dan di laksanakan.

Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel yang di tulis oleh Dr Stephan Carr tentang bagaimana kaum Yahudi dapat melahirkan ramai cendiakawan dari pelbagai bidang. Artikel ini bertajuk “WHY THE JEWS SO SMART?”. Saya terbaca pun setelah rakan saya ‘print’ dan menghebahkannya. Amat menarik kerana artikel membincangkan tentang adakah kaum Yahudi ini di lahirkan untuk menjadi pintar, suatu kebetulan atau atas usaha mereka sendiri? Selepas saya membaca artikel ini, saya ada membuat sedikit kajian dan membaca artikel-artikel lain bagi menyokongnya seterusnya melakukan perbezaan dalam kehidupan kita terutama Bangsa Melayu. Artikel ini beliau menulis setelah beliau melakukan pelbagai kajian yang mengambil masa berbelas tahun. Di sini saya ingin sedikit menguraikannya supaya kita semua dapat berfikir bersama.

Permulaan artikel ini, beliau menerangkan bagaimana proses ‘Kebijaksanaan’ Yahudi itu bermula. Menurut kajian Dr Stephan, apabila kaum Wanita Yahudi (si Ibu) mengandung, si Lelaki (Ayah) dan ibu tadi akan membeli buku matematik, menyanyi dan bermain piano. Dan semua perkara ini mereka akan lakukan bersama terutama menyelesaikan masalah matematik. Ini kerana keinginan mereka ingin melahirkan zuriat Yahudi yang genius dan bijaksana. Bagi saya ia amat menarik sekali. Jarang kita lihat perkara ini berlaku di kalangan orang kita. Dalam beberapa artikel lain yang saya baca, sekiranya si Ibu banyak berfikir tak kira yang bagus atau tidak, ia akan di ‘pindahkan’ kepada si anak dalam kandungan itu. Jadi sekiranya si ibu berfikir tentang menyelesaikan masalah matematik atau apa saja ilmu-ilmu, insya Allah dengan izinNYA ilmu itu akan di pindahkan kepada si bayi tadi. Itu sebabnya Islam amat menggalakkan kita membaca Al Quran, melakukan perkara yang baik lagi yang bijaksana supaya anak kita nanti akan berjaya dan menjadi seorang ‘MANUSIA’. Kaedah seperti meletakkan ‘head-phone’ ke perut dan mendendangkan lagu-lagu berilmu serta bacaan ayat Suci Al Quran pun amat berkesan kerana dengan sumber yang terus mampu merangsangkan otak si bayi.

Itu dari segi perbuatan semasa mengandung. Bagaimana dengan pemakanan si Ibu pula? Menurut artikel beliau, kebanyakkan ibu-ibu Yahudi yang mengandung lebih banyak memakan kekacang terutama kacang badam dan kurma dengan susu. Kajian menyatakan protein kacang terutama kacang badam amat baik untuk merangsang pertumbuhan otak bayi. Manakala kurma dan susu saya rasa tak perlu la say ajelaskannya lagi kerana Rasullullah sendiri telah menjelaskan khasiatnya. Di samping itu, si ibu tadi di galakkan makan roti dan ikan tanpa kepala serta salad. Di tambahkan pula dengan mengambil pil minyak ikan sebagai pil tambahan (supplementary).

Ini semua cukup jarang berlaku di kalangan masyarakat Melayu. Kita masih lagi terikat dengan pantang larang yang di buat oleh orang dulu. Memang ada pantang larang itu bagus tapi kenapa kita tak nak cuba melakukan perkara yang memberi sedikit kelainan. Namun ada ibu-ibu moden sekarang melakukan perubahan. Lebih banyak mengambil supplement yang memberi khasiat kepada bayi dan diri sendiri, minum susu dan memakan kekacang. Untuk pengetahuan, susu amat bagus untuk kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan kerana ia mampu mempercepatkan pembesaran tulang, sel-sel otak dan mencerahkan kulit bayi iaitu merangsang sel-sel kulit bayi. Itu sebabnya orang Yahudi putih. Kenapa orang Yahudi amat melarang memakan kepala ikan terutama kepada ibu mengandung? Ini kerana menurut kajian saintis-saintis kepala ikan mempunyai beberapa jenis bahan kimia yang boleh merencatkan sel-sel otak dan saraf manusia terutama bayi yang sedang membesar. Jadi, macamana dengan Kari Kepala Ikan? Mmmm. Anda fikirkanlah.

Bagaimana dengan cara pemakanan orang Yahudi itu sendiri. Seperti saya katakan tadi, mereka suka makan ikan terutama fillet dan salad serta kekacang. Seperti orang kita, mereka amat melarang memakan daging dan ikan bersama. Sebabnya kita sendiri pun mengatahuinya. Kalau tak tahu, Tanya ibubapa kita. DI samping itu, mereka amat suka dan menggalakkan memakan buah-buahan dulu sebelum memakan hidangan utama.

Kajian menunjukkan ikan amat bagus untuk perangsangan minda dan ia sendiri telah terbukti di Malaysia. Kenapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM) amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu. Satu kajian tak rasmi, menyatakan bahawa penduduk di dua buah negeri ini menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan tongkol (Ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama. Ikan tongkol ini adalah sama spesis dengan ikan Solomon dan saya rasa anda semua sendiri tahu khasiat ikan Solomon. Sekiranya tak tahu, ikan Solomon mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda kita. Jadi khasiat ikan Tongkol adalah lebih kurang sama dengan ikan Solomon. Memakan buah-buahan sebelum memakan makanan utama memang bagus untuk kesihatan. Islam dan Rasulullah sendiri telah mengajarkannya kepada kita. Cuma orang kita yang tak mahu mengikutnya dan lebih suka memakan buah selepas makan berat. Menurut kajian orang Yahudi sendiri, makan buah selepas makan hidangan utama terutama hidangan karbohidrat menyebabkan kita akan rasa mengantuk, lemah dan sukar memahami pelajaran atau ilmu. Di samping itu juga ia tidak baik untuk kesihatan badan kita. Betul tak lepas makan kita akan rasa mengantuk?

Bagaimana pula sistem pembelajaran anak-anak mereka? Dalam artikel ini serta artikel lain, kerajaan Yahudi itu sendiri amat menitikberatkan pendidikan. Pembelajaran mereka lebih menumpukan kepada sains, perniagaan dan musik serta penumpuan kepada sukan atau aktiviti luar darjah. Jadi tak hairanlah sekiranya mereka berjaya dalam bidang sains dan perniagaan kerana kerajaan mereka sendiri memberi begitu penekanan sehingga melahirkan ramai cendiakawan serta memonopoli perniagaan dunia seperti Starbuck, DKNY, Levi’s, Dunkin Donut dan banyak lagi. Mereka amat mengalakkan anak-anak mereka mencuba perkara-perkara baru, mencipta projek-projek sains sendiri walaupun ia Nampak mengarut dan lucu kadang-kadang tetapi mereka di beri peluang berfikir dan sekiranya projek mereka seperti berpotensi maka pihak sekolah akan beri lebih ketelitian.

Kenapa mereka memilh musik? Menurut mereka, bermain musik dan memahami nota musik dapat meningkat IQ dan merangsang otak. Dan mereka juga mengalakkan atau mewajibkan kanak-kanak bermain piano dan biola. Bidang sukan juga turut di beri penekanan dan sukan memanah, menembak dan balapan. Bagi mereka, sukan-sukan terutama memanah dapat melatih otak memfokuskan sesuatu. Di samping itu, ibubapa amat mengawal pemakanan anak-anak mereka. Kanak-kanak di sana di haruskan makan buah-buahan bersama kacang badam dan memakan pil minyak ikan. Menurut beberapa pengkaji, orang Yahudi rata-rata memahami 3 jenis bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris.

Berbalik kepada masyarakat kita. Bagaimana sistem pendidikan kita? Bagaimana dengan pembelajaran anak-anak kita sekarang? Apa yang saya boleh rumuskan adalah masih lemah. Walaupun pelbagai kaedah pembelajaran, pembaharuan dasar atau apa sekalipun ia masih belum menunjukkan sebarang peningkatan. Kalau kita perhatikan sistem pendidikan kita, tidak ada penekanan dalam mana-mana bidang. Anak-anak kita seperti tidak haluan untuk maju. Kita lebih menekankan sistem hafalan atau mengingat daripada pemahaman serta penelitian. Dan ini merupakan salah satu sebab kurangnya lelaki di institusi-institusi tinggi di Negara kita. Pengkhususan bidang hanya bermula apabila pelajar tersebut selesai mengambil PMR. Namun yang menjadi kehairanannya sekarang pelajar-pelajar yang keputusan PMR mereka lemah di suruh ambil bidang SASTERA. Tidakkah kita terfikir yang bidang sastera ini perlu banyak membaca. Kalau mereka ini rajin membaca keputusan mereka taklah LEMAH. Sekarang ada pengkhususan bidang seperti IT, Kejuruteraan, Lukisan dan lain-lain tetapi lebih kepada di sekolah-sekolah asrama penuh. Kalau dulu para pelajar yang lemah ini boleh mengharapkan aliran Vokasional tetapi sekarang Vokasional pun perlu kelulusan sederhana.

Itu sistem pembelajaran, di tambahkan para pelajar sekarang kurang aktif dalam bidang sukan mahupun ko-kurikulum. Walaupun pihak sekolah, guru-guru begitu mengalakkan penglibatan para pelajar dalam bidang sukan mahupun kokurikulm tapi sambutannya dingin. Para remaja atau pelajar sekarang lebih suka melepak di pusat-pusat membeli belah, merempit, dan aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah. Itu kalau yang sederhana dan lemah, bagi pelajar cerdik pandai lebih suka duduk di rumah dan mengulangkaji pelajaran atau membaca buku. Bagus itu memang bagus tapi kurang sihat untuk otak kerana otak perlu juga untuk beraktiviti dan melakukan kerja lain selain mengingat segala huruf-huruf atau ayat-ayat. Sekarang di zaman moden dan serba canggih ini, semua orang perlu cepat kerana cepat hasilnya duit. Jadi apabila ibubapa terlalu sibuk dengan kerja atau mencari duit menyebabkan anak-anak di abaikan. Kurangnya sikap ambil berat tentang perilaku anak-anak menjadi faktor peningkatan jenayah juvana, hisap rokok dan lain-lain lagi. Daripada sini, macammana pemakanan anak-anak? Ibubapa sekarang terlampau meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada anak mereka sehingga berlakunya tekanan terhadap anak-anak. Mengharapkan anak-anak berjaya dalam peperiksaan, berjaya dalam kehidupan dan harap mendapat kerja yang hebat bila besar tetapi harapan yang di beri tanpa sedikit pun usaha mahupun penjagaan yang rapi menjadikan hasilnya,0. Itu sebabnya lahirnya mat-mat dan minah-minah rempit dan banyak lagi. Berbanding anak-anak Yahudi, mereka cukup di beri pemantauan dan pendidikan yang hampir sempurna oleh ibubapa mereka. Isu masalah remaja ini nanti saya akan utarakan kelak dalam penulisan saya seterusnya.

Dalam artikel Dr Stephan ini juga ada satu perkara yang begitu menarik minat saya. MEROKOK. Menurut beliau, orang Yahudi tak suka merokok dan mereka menganggap merokok ini adalah TABOO. Dan ada beberapa lagi artikel lagi menyokong kenyataan ini. Kebanyakkan daripada rakyat Yahudi ini tak suka kepada rokok dan juga perokok. Menurut penulisan Dr Stephan ini, para saintis Yahudi menjalankan satu kajian di mana Nikotin yang terdapat dalam rokok dapat merosakkan sel-sel utama otak dan seterusnya melekat ataupun kerosakkan ini akan menjadi keturunan atau Hereditary. Jadi kesimpulan yang ringkas, perokok akan sentiasa membawa gen yang rosak otak seterusnya menghasilkan generasi yang ‘cacat’ otak. Dalam artikel ‘Prices Of Cigarettes’ menunjukkan harga sekotak rokok di Israel adalah lingkungan USD 25-30(RM 80-95) dan satu kajian yang terperinci oleh WHO mendapati rakyat Israel paling kurang menghisap rokok di dunia. Namun pengeluar dan pemilik rokok terbesar di dunia adalah dari kaum Yahudi dan hampir 100% keuntungan rokok dunia di salurkan ke Israel. Jadi kenapa semasa kempen boikot-memboikot barang USA dan Yahudi, jenama rokok terkenal tidak di boikot bersama? Anda fikirkan?

Jadi bagi perokok di luar sana, adakah anda tahu yang anda membawa gen-gen ‘cacat otak? Jangan marah kerana ini kenyataan. Memang sekarang anda tak nampak permasalahannya tetapi cuba lihat anak anda dan dua generasi anda seterusnya. Pernahkah kita terfikir kenapa anak-anak sekarang degil, suka memberontak, panas baran, tak dengar cakap ibubapa serta sukar untuk mempelajari dan memahami perkara-perkara baru. Betul ramai pelajar yang berjaya dalam SPM, dari 9A1 hingga 20A1 dan juga ramai yang berjaya memasuki IPTA atau IPTS. Adakah ini kualiti yang Negara mahukan. Tidakkah kita lihat lagi ramai para remaja yang ‘rosak’ daripada yang berjaya. Kajian WHO juga boleh menyokong kajian Dr Stephan ini di mana ia menyatakan bahawa masyarakat Asia khususnya Asia Tenggara adalah masyarakat yang paling banyak menghisap rokok berbanding di Negara lain. Bolehkah kita mengaitkan bahawa faktor rokok merupakan salah satu faktor di mana Negara-negara di Asia Tenggara kurang maju dan agak kebelakang.

Mari kita kita bandingkan, negara-negara Asia Tenggara yang lain selain SIngapura dengan hanya berkenaan rokok. Kebanyakkan Negara-negara di Asia Tenggara tidak mempunyai undang-undang yang ketat berkenaan rokok. Malahan harga rokok pun tidaklah mahal sangat berbanding di Singapura. Di sana, hanya 10-17% rakyatnya merokok. Di samping itu juga untuk merokok hanya di kawasan tertentu saja dan sekiranya mereka merokok di kawasan terbuka mereka akan di kenakan kompaun dan akan di hadapkan ke mahkamah. Itu baru merokok, tak termasuk buang punting rokok merata-rata. Di Malaysia memang ada undang-undang untuk perokok tapi kurang atau tidak ada langsung penguatkuasaan.Walaupun kompaun sampai RM25,000 sekiranya merokok di kawasan larangan merokok tapi pernah kita melihat perokok di tangkap dan di kenakan saman atas kesalahan merokok.

Sedikit pengetahuan, kebanyakkan remaja Singapura di kategorikan antara remaja mempunyai IQ tinggi di dunia dan rakyat INDIA mempunyai IQ paling bagus di dunia. Jadi tak hairanlah Singapore National University antara 50 universiti terbaik di dunia dan berjaya melahirkan graduan yang hebat. Berbanding di Negara kita dan Negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Jadi, mari kita berfikir tentang kehebatan kaum Yahudi berbanding bangsa kita. Memang mereka adalah kaum yang di laknat oleh ALLAH buat selama-lamanya tapi kenapa perkara yang baik kita tak boleh nak contohi, demi melahirkan generasi yang hebat, cerdik dan taat. Masih banyak perkara lagi yang saya tak sentuh terutama bab cara mereka membantu kaum mereka dalam perniagaan, bidang penumpuan di IPT, kesungguhan memartabatkan bangsa dan agama mereka dan banyak lagi. Jadi kesimpulannya adakah kaum Yahudi ini menjadi hebat kerana kurniaan daripada Tuhan atau pun atas usaha dan kesungguhan mereka sendiri. Ingatlah Allah sentiasa membantu orang bersungguh-sungguh. Anda fikirkanlah sendiri. Saya bukan menyokong mereka tapi hanya untuk kita semua berfikir dan sedar yang Islam kebelakang dan di tindas kerana kita tidak ada generasi yang hebat lagi cerdik pandai. Semoga Malaysia dan Islam terus maju kehadapan.

· Sedikit santapan – Satu kajian yang di lakukan bahagian Kardiologi PPUM di ketuai oleh Prof. Wan Azman menyatakan apabila kita sujud semasa sembahyang, pada ketika itu denyutan jantung kita akan menjadi perlahan dan stabil. Sekiranya jantung kita sentiasa berdenyut dalam keadaan yang biasa dan stabil, Insya Allah ia akan memanjangkan umur kita dan kualiti jantung kita. Fikir-fikirkan……

Wednesday, October 12, 2011

Makhluk Perosak


Makhluk Perosak yang berkterampilan, segak dan bergaya

Perkhabaran yang telah disampaikan kepada kita menunjukkan "makhluk perosak" yang yang bakal menghancurkan muka bumi ini amat merbahaya, buas dan rakus seumpama haiwan liar. Mereka memakan apa sahaja yang dijumpai termasuklah bukit bukau dan gunung ganang. Melakukan keganasan dan kemusnahan seolah-olah mereka itu makhluk gergasi yang cukup menggerunkan. Mereka akan berduyun-duyun (gambaran: terlalu banyak) meluru dari segenap tempat yang tinggi. Melakukan kerosakan demi kerosakan ke atas muka bumi ini. Tidak pula ada sebarang cerita tentang kebaikan mereka.

Tiada siapa yang berupaya menghalang apa lagi untuk menghapuskan mereka. Walaupun seorang maharaja yang gagah perkasa serta mempunyai bilangan tentera yang ramai (Zulkarnain, seorang raja yang mempunyai kerajaan besar dari barat hingga ke timur. Memerintah satu pertiga bumi).

Apakah kerana terlalu ramainya bilangan mereka atau kerana sifat ganas yang mereka miliki menghalang Zulkarnain menghancurkan manusia perosak ini? Adakah mereka ini amat kuat dan "sakti" sehingga tidak terkalahkan? Tidak !! Sememangnya Allah telah menetapkan sedemikian. Begitu juga Dajjal, tiada siapa yang mampu membunuhnya melainkan Nabi Isa as.

Makhluk perosak ini dikatakan akan meminum air danau yang dijumpai dalam laluannya sehingga kering. Sementara itu, untuk menghindari dari kekejaman makhluk ini, orang-orang yang beriman dan taat terpaksa menyelamatkan diri dibukit-bukit yang tinggi. (Saya akan huraikan maksud tersembunyi dari maksud hadis tersebut di post-post akan datang, insyaallah).

Apakah yang kita dapat bayangkan jika kita mendengar khabar sebegitu? Tentunya terlintas difikiran kita wajah-wajah hodoh dan menjijikkan, bentuk tubuh badan yang tentunya tidak menarik serta meloyakan (pernah saksikan filen-filem allien?) dan perlakuan mereka pula semestinya amat menakutkan. Nota: Ada sebab tertentu kenapa filem-filem allien direka dan dipopularkan.

Bagaimana pula jika kita diberitahu bahawa makhluk ini cukup mempesonakan, segak dan jelita. Apa reaksi kita? Adakah kita akan percaya bahawa makhluk yang dikatakan "perosak" ini adalah manusia yang berwajah tampan dan bergaya, bijak dan glamour. Pastinya kita menggeleng-geleng kepala kerana tidak masuk akal.

Walaupun pada peringkat awalnya kita mengandaikan makhluk perosak ini adalah makhluk yang amat di geruni oleh seluruh manusia pada akhir zaman, namun hasil kajian para pemikir masa kini menemui fakta sebaliknya. Makhluk ini telah lama menguasai dunia dan sudah sekian lama pula melakukan pelbagai kerosakan yang dahsyat ke atas muka bumi tanpa kita sedari. Atas alasan kemodenan dan tamadun.

Mereka berada ditiap-tiap tempat yang tinggi (?) dan berduyun-duyun turun menguasai bukit dan lurah. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan tiap-tiap tempat ? Bermaksud semua, segenap tempat yang tinggi adalah milik mereka. Siapakah mereka yang bermukim di setiap tempat yang tinggi? Memang benar mereka berada di kedudukan yang tinggi ketika ini. Ketinggian yang dimaksudkan ialah kekuasaan ekonomi, meneraju pusat pendidikan tinggi, bernegara maju dan berpengaruh, ketinggian taraf hidup, menguasai teknologi dan kejuruteran yang hebat dan yang paling penting ialah mendapat pengiktirafan dan sanjungan penduduk dunia. Apa pula maksud "meluru turun"?

Malah mereka juga adalah super power. Amat gagah dan berkuasa, tiada siapa yang mampu menghalangnya. Sebenarnya mereka adalah pemangsa dan kita semua telah pun menjadi mangsa makhluk ini sejak zaman penjajahan. Selama ini kita gagal mengenali mereka atas sifat luaran mereka yang amat segak dan menawan, penuh gaya. Sehingga kita tidak terlintas bahawa hakikatnya merekalah makhluk perosak yang dimaksudkan dalam nas.

Saya percaya ada sesuatu yang disembunyikan dalam perkhabaran yang disampaikan kepada kita mengenai makhluk ini. Mungkin ia menjadi satu keperluan untuk menguji keimanan disamping membolehkan segala yang telah ditetapkan itu berlaku seadanya.

Jika manusia tahu dan kenal akan makhluk ini, ia tidak lagi menjadi ujian kepada mereka kerana masing-masing akan kembali kepada agama selepas tanda akhir zaman itu nyata. Itu merupakan hikmah kenapa hanya sedikit maklumat sahaja yang disampaikan. Sedikit pula hamba Allah yang menyedarinya. Amat sedikit yang terselamat kerana bukan mudah untuk menjaga iman pada masa fitnah menguasai seluruh kehidupan. Tidak salah jika kita terus berfikir untuk mengetahui rahsia ini kerana ia penting untuk kita melihat kebenaran disamping dapat menghidu kepalsuan. Tanpa kekuhuhan iman, manusia akan terjerumus ke dalam gaung yang amat licin dan curam, tentunya amat sukar untuk kembali lagi melainkan mendapat kurnia rahmat dan pertolongan dari Allah.

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam baraapi”. (Riwayat Tirmizi)

Kebanyakan manusia masih mendakwa mereka adalah orang beriman, sedangkan mereka telah menjadi hamba kepada makhluk perosak ini dengan menerima cara hidup, sistem pendidikan dan sistem pemerintahan yang mereka anjurkan (sekular).

Mendiamkan diri membisu seribu bahasa ketika melihat kerosakan agama yang berlaku di depan mata (kerosakan akhlak, sosial dan budi). Sekiranya kita tidak terasa menderita kepayahan, kepahitan dan kesakitan memelihara agama, adakah kita masih menganggap diri kita "orang beriman"?
Sayangnya para ulama solihin membawa diri ke gunung dan gua (menyisih diri) kerana tidak sanggup melihat kerosakan yang berlaku dan yang tinggal hanyalah ulama fasikin yang lantang menyokong sistem Yakjuj dan Makjuj ini (sistem Dajjal?).

Dalam kisah Zulkarnain ada dinyatakan makhluk ini telah dihalang oleh seorang raja yang soleh dan diredhai Allah dengan bembuat benteng (tembok) antara dua gunung. Yang jelasnya mereka berada di utara dunia dikawasan Rusia sekarang. Mereka tidak keluar dari lobang yang dikorek pada tembok tersebut tetapi turun dari "tiap-tiap tempat yang tinggi" . Inilah rahsia yang cuba hendak disampaikan oleh Allah SWT. Jika mereka boleh turun dari atas gunung, kenapa mereka perlu mengorek lubang? Adalah jelas, ia hanya bahasa kiasan yang memerlukan daya fikir dan kajian mendalam disamping mengharapkan hidayah dari Allah untuk merungkaikannya.

“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj & Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96

“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi,
“Negeri” adalah Baitul-Maqdis,
“Yakjuj dan Makjuj” adalah Yahudi (Khazars), dan
“Meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Yakjuj dan Makjuj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.
dipetik dari artikel Imran Hosein.

Saya sependapat dengan Syeikh Imran Hosein dalam huraiannya mengenai "tempat-tempat yang tinggi" itu. Maksudnya ialah "kekuasaan", bukannya permukaan bumi. Mereka mempunyai kekuatan dan peralatan serta kepandaian dalam semua bidang (maksud kepada: tiap-tiap tempat) yang mana jauh lebih baik dari bangsa-bangsa lain. Melaluinya mereka menjelajah dan menjajah, menjarah dunia sesuka hati mereka. Ia didorong oleh "tekanan" kepada keperluan bahan mentah untuk industri-industri pembuatan dalam negara mereka, mengganas menyerang dan menawan negara-negara yang lebih lemah, segala hasil mahsul diangkut pulang ke negara asal. Merekalah makhluk yang melakukan banyak kerosakan di akhir zaman. Yakjuj dan Makjuj atau Gog and Land of Magog.

Bertebaranlah mereka diseluruh pelusuk bumi. Menyerang, membunuh dan merampas hasil bumi bangsa lain semahunya. Agak unik dan anih, mereka bangkit serentak melakukan kerosakan ini. Bangsa penjajah ini ialah kaum manusia yang menghuni utara dunia dari arah sebelah barat. Inilah maksud ayat di atas melalui perkataan "meluru turun".

Sebetulnya kesemua bangsa-bangsa di utara dunia ini adalah penakluk dan perampas hakmilik bangsa-bangsa yang lain. Melakukan penindasan dan pelbagai kezaliman. Siapakah sebenarnya mereka? Dari catatan sejarah, bangsa-bangsa ini ialah German, Perancis, Belanda, Italy, Inggeris, Sepanyol dan Russia. Sebelum mereka ini, bangsa monggol juga dari sebelah utara dunia telah mengganas, merompak dan memusnahkan kerajaan-kerajaan di selatan. Akhir sekali Russia menjajah benua tengah termasuk Khurasan sebuah penempatan Islam yang luas pada satu ketika dahulu. Dari keseluruhan kaum perosak ini, hanya bangsa Inggeris yang paling handal kerana berjaya menduduki bumi Amerika, Australia dan New Zealand sehingga ke hari ini - melakukan penghapusan etnik peribumi. Secara kebetulan pula, bangsa China dan Jepun juga dari utara dunia, mempunyai karektor yang hampir sama.

Mereka "meluru" secara berasingan, bersaing antara satu sama lain, berperang sesama mereka, tetapi mempunyai matlamat yang satu iaitu menawan dan merosakkan muka bumi ini. Agama bukanlah menjadi keutamaan lagi dan mereka berkiblatkan kepada kekayaan dan kuasa. Walaupun mereka berbeza bangsa dan negara, asalnya mereka dari rumpun yang satu iaitu berakar asal dari induk Yakjuj dan Makjuj, bangsa Khazars. Kaum inilah yang dihalang oleh Zulkarnain satu masa dulu. Bangsa khazars ini menyusup ke dalam semua bangsa-bangsa purba di Eropah (bercampur gaul sehingga hari kiamat) dan membiak sebagai masyarakat baru yang dipanggil Kesatuan Eropah pada hari ini. Bangsa Khazars inilah yang dibentengi oleh tembok Zulkarnain disebelah utara Georgia sekarang. Hampir semua pemimpin dan pembesar di Eropah ada kaitan darah dengan kaum ini.

Kaum Khazars ini bukanlah Bani Israel sepertimana yang kita faham selama ini. Mereka adalah kelompok yang berasingan dan tiada kaitan dengan bangsa Yahudi (keturunan Nabi Ishaq). Mereka mengambil agama Yahudi sebagai agama anutan bangsa mereka atas sebab politik semata-mata dengan andaian Islam di selatan dan Kristian di Barat tidak akan memusnahkan mereka kerana Yahudi adalah agama Nabi Musa yang diiktiraf oleh kedua-dua agama samawi itu. Mereka asalnya penganut Pagan yang tegar. Akhirnya mereka kembali kepada penyembahan pagan secara berselindung disebalik agama Yahudi. Mereka meninggalkan ajaran nabi Musa as dengan menjadikan kitab ciptaan mereka sendiri (Thalmud) sebagai "Kitab Suci". Disusuli dengan ajaran "zionis" yang memberi kelebihan dan keutamaan kepada kaum Yahudi sebagai bangsa pilihan tuhan. 90 peratus daripada Yahudi di dunia sekarang adalah Yahudi Khazars ini.

Ramai kalangan kaum bani Israel (keturunan nabi Ishaq dan Yakkob) di bunuh dan yang paling masyhur ialah peristiwa penghapusan Yahudi oleh Hitler (holocaust). Ia sebenarnya pembunuhan beramai-ramai itu dirancang dan diatur oleh Yahudi Khazars atau Zion ini untuk menghapuskan bani Ishaq (Yahudi sebenar). Kini mereka pula mengaku sebagai bani Israel (anak-anak Yaakob). Sikap dan perangai mereka sememangnya serasi dan seiring dengan watak jahat malah lebih jahat dari Bani Israel, bangsa yang di kutuk oleh Nabi-Nabi mereka sendiri kerana kejahatan dan kesombongan mereka.

Dalam soal ini puak Khazars bimbang kekuasaan akan hilang dari mereka dan beralih ke tangan bani Ishaq, lagi pun kebanyakan orang Yahudi bani Ishaq ini tidak begitu bersetuju dengan dasar zionis yang diketengahkan oleh bangsa Khazars. Terutama kumpulan Yahudi orthodox, Holocaust ini juga digunakan sebagai propaganda mereka untuk mendapat simpati dunia. Hitler adalah keturunan dari Yahudi Khazars.

Bangsa yang suka melakukan onar ini amat mementingkan diri dan kaumnya. Merekalah yang akan membantu (sedang berlaku sekarang) Dajjal kerana Dajjal juga adalah dari keturunan Yahudi dan mempunyai kuasa sihir yang hebat. Fitnah-fitnah mereka juga seiring dan senada dengan apa yang akan dibawakan oleh Dajjal. Adakah mereka ini bekerja untuk Dajjal sebelum Dajjal menzahirkan diri? Memang ada kebenarannya, mereka sedang menanti "raja" mereka yang terlaknat itu. Banyak bukti telah dikumpulkan oleh pengkaji phenomena akhir zaman dan dapat menunjukkan ianya adalah benar. Jika benar andaian ini, ia menunjukkan Dajjal sudah wujud dan hanya menanti saat yang ditetapkan untuk muncul.

Di Israel ketika ini usaha giat sedang dilakukan untuk menyiapkan kediaman Dajjal dan rumah ibadat mereka (sembahan syaitan). Masjidil Aqsa dan Masjid Saidina Omar akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan "temple" mereka. Pembinaan bangunan-bangunan ibadat yang hebat sehebat kepunyaan kerajaan Nabi Sulaiman as. satu ketika dahulu. Mereka impikan sebuah kerajaan besar yang akan mengambil alih peranan USA menguasai dunia. Berpusat di Jurusalem setaraf dengan kerajaan King David dan Solomon satu masa dahulu. Rumah ibadat utama dinamakan Solomon Temple di bukit Moriah dan juga akan menjadi istana Dajjal nanti.

Satu kebetulan pula ayat-ayat alQuran dalan Surah alKahfi kebanyakannya merujuk kepada perkara ghaib iaitu kisah ashabul kahfi, nabi Musa dan Khaidir, Padang Mahsyar, sikap kufur, perangai golongan Yakjuj dan Makjuj ini.

Kecenderungan mereka mencipta barangan menjadikan hati mereka "kusyuk" terhadap kerja mereka serta bersungguh-sungguh meneroka teknologi baru sehingga mereka tidak lagi mengingati Maha Pencipta (kufur).

Bayangan dan kiasan yang disampaikan oleh para rasul kepada manusia sebenarnya jelas, akan tetapi keupayaan akal manusia yang terhad ditambah pula sikap cintakan dunia menyebabkan manusia kebanyakannya gagal mengesan kehadiran makhluk ini. Tidak semudah itu manusia akan terlepas dari ujian dan hanya mereka yang benar-benar ikhlas dan jujur kepada diri sendiri sahaja yang bakal mendapat sinaran kebenaran. Selebihnya adalah gulungan yang terpedaya. Anihnya, makhluk itu sendiri pun tidak tahu bahawa merekalah sebenarnya makhluk perosak itu.

Rasulullah berpesan kepada setiap umatnya supaya sentiasa mengamalkan ayat-ayat surah alKahfi sebagai pelindung dari fitnah Dajjal. Walaupun tahu mengenai pesanan ini, ramai dikalangan Muslimin tidak berbuat demikian (seolah mengingkari arahan baginda) hanya kerana Dajjal belum muncul. Tiada siapa yang tahu bila Dajjal akan menzahirkan dirinya, tetapi kita harus ingat bahawa Rasulullah tidak pernah menyatakan fitnah Dajjal itu hanya akan tersebar selepas kemunculannnya.

Seperkara lagi yang tidak pernah terlintas difikiran ialah kenapa surah ini (alKahfi) dijadikan "doa" pelindung dari fitnah Dajjal padahal isi kandungan surah ini tidak menceritakan perihal Dajjal sebaliknya berkisar mengenai perbuatan zalim dan ingkar sebahagian makhluk Allah dan berita mengenai Yakjuj dan Makjuj (senonim dengan perangai dan perlakuan masyarakat barat). Ini adalah bukti kukuh bahawa makhluk yang bergelar Yakjud dan Makjud ini adalah bangsa Eropah yang diterajui kaum Khazars dan perkaitan rapat dengan kemunculan Dajjal.


hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata:

"Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal." (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)

Dari sini kita dapat meneroka lebih jauh teori ini. Semakin lama semakin jelas petunjuk dalam membuka rahsia berita ghaib ini. Sememangnya apa yang disebut dalam surah alKahfi adalah hal yang berkaitan dengan perbuatan makhluk perosak ini supaya dihindari oleh orang-orang yang beriman. Fitnah yang dibawa oleh Yakjuj dan Makjuj itu juga adalah fitnah Dajjal. Wujud keadaan yang menasabah dan meyakinkan bahawa Yakjuj dan Makjuj itu telah menyebarkan fitnah yang disebut Fitnah Dajjal itu. Perkhabaran mengenai Ashabul Kahfi juga merupakan petunjuk kearah itu.

Ashabul kahfi adalah para pemuda yang beriman kepada Allah yang berada di dalam negeri syirik, mereka keluar dari negeri itu guna menyelamatkan aqidah lalu Allah mudahkan untuk mereka hingga menjumpai sebuah gua, mereka pun masuk ke dalamnya dan tertidur di dalamnya sampai waktu yang sangat panjang sekira tiga ratus sembilan tahun.

Dimanakah perkaitannya? Cuba kita renungkan kesah tersebut. Ia sama seperti keadaan kita sekarang apabila kerosakan telah berlaku dan banyaknya fitnah (TV, filem, akhbar, majallah, internet, iklan, hiburan, kospirasi illuminati, riba, kerosakam akhlak, hilangnya nur syahadah, pergaulan melebihi batas, mengingkari sunnah nabi, suka kepada perbuatan dan sumber haram, membenci orang alim, mempersenda agama, lalai leka, malas, suka keseronokan, hilangnya kasih kepada keluarga, rasuah, sex luar tabii, sex bebas, menyembah keduniaan, luput budi pekerti, tidak menghormati orang tua dan beratus-ratus lagi hal yang seumpama dengannya). Cuma keadaannya tidak serupa kerana penceritaan itu berdasar pada satu zalam silam dimana tidak wujud bentuk kehidupan seperti sekarang. Kita juga dikerumuni oleh kuffar terutama makhluk yang sedang kita bincangkan. Tindakan mereka melarikan diri untuk menyelamatkan iman adalah satu tauladan kepada kita hari ini (untuk siapa yang berfiki)r. Jika kita ingin selamat jauhi hati kita (tidur) dari menghampiri, melihat atau memikirkan hal-hal yang berunsur syirik dan haram. Insyaallah, Allah akan tidurkan kita dengan melekakan hati kita hanya padaNya. Saudara sudah nampak perkaitannya? Begitulah Allah menyuruh kita memikirkan setiap firmannya supaya kita tidak tersasar. Kerana itu banyak ayat-ayat yang berbunyi: "beruntunglah kepada sesiapa yang berfikir" .

Manusia Yakjuj dan Makjuj ini sengaja mencipta dan mencerna fitnah untuk memberi kepuasan lahiriah mereka, malahan sering memberi gambaran buruk terhadap perkara yang baik dan benar, menyanjung tinggi kepalsuan. Pembohongan dan muslihat menjadi amalan bahkan ianya seperti suatu kemestian dalam kehidupan seharian mereka. "Kebahagian" ditafsirkan sebagai kehidupan mewah, bebas melakukan apa sahaja, dapat melepaskan diri hukum atau tidak terikat dengan peraturan. Kebahagiaan itu ia hanya akan dapat dicapai melalui keseronokan dan kepuasan.

Sementara itu, gulungan sahabat kepada makhluk ini telah dengan mudah diperdaya, mereka dengan senang hati mengiktiraf fahaman ini sebagai satu pemodenan dan peradaban dan akhirnya menjadi agama mereka tanpa mereka sedari. Dengan itu mereka akan terus tersesat di dalam hayalan dan pemikiran palsu. Bagi mencapai kepuasan hidup, mereka akan bersungguh-sungguh berusaha mengumpul sebanyak-banyak harta kekayaan agar dapat berhibur disana sini mencari keseronokan. Sanggup menghalalkan penipuan dan kezaliman kerananya. Hukum agama sering diperbahaskan untuk mempersetujui pandangan mereka.

Walaupun mereka asalnya bukan makhluk perosak yang sebenar, tetapi kini telahbersatu dan bersubahat menjayakan corak pemikiran dan budaya yang di imani oleh makhluk perosak berkenaan. Memuja dan memuji apa sahaja yang telah dilakukan oleh idola mereka. Sering meniru dan menggayakan cara hidup yang disangkakan moden dan mewah itu. Amat malang bagi mereka yang tidak bernasib baik, mereka yang gagal mencapai kekayaan walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh. Mereka menyalahkan nasib dan takdir atas kegagalan itu. Mereka juga ikut terpedaya dan terpaksa melakukan tindakan agresif termasuk jenayah. Terjadilah persengketaan, permusuhan, marah serta dendam terhadap sebahagian yang lain iaitu gulungan yang berada. Saling salah menyalahkan dan tuduh menuduh. Inilah racun "fitnah" seperti yang dimaksudkan oleh alQuran dan hadis.

Wanita Yang Di Cintai Iblis


Wanita Yang Derhaka Kepada Allah

Wanita atau isteri yang tidak mengenali rasa cinta sedikitpun kepada Allah, dalam erti jauh daripada beribadat kepada Allah, tidak pernah sujud dan rukuk, jarang berbuat amal soleh, merupakan sebab-sebab mereka derhaka kepada Allah. Dengan jauhnya mereka daripada mengenali Allah, maka kehidupan mereka semakin dekat dengan maksiat, seterusnya dikawal sepenuhnya oleh iblis laknatullah.Inilah gambaran wanita atau isteri yang akhirnya dicintai Iblis, kerana telah mematuhi sepenuhnya arahan iblis agar berbuat kerosakan di muka bumi. Tidak hairan apabila gambaran rumah tangga suami isteri yang telah dicintai iblis merupakan gambaran rumah tangga yang penuh kehancuran, porak-peranda, bagaikan di dalam neraka.

1. Tidak Mengenal Allah

Untuk mengenal Allah, kita perlukan ilmu. Untuk mendapat ilmu, perlu belajar. Jika tidak mahu berusaha belajar tentang ilmu mengenal Allah, tidak mungkin seseorang itu dapat mencintai-Nya dengan sepenuh hati. Ia kerana bermula dari kenal itu baru datangnya cinta. Apabila kita sudah tidak mengenali Allah, bererti mudahlah bagi iblis untuk menghancurkan kita, seterusnya mengawal kehidupan kita. Sehingga kita melakukan sebarang perbuatan semata-mata kerana kehendak iblis dan mengharapkan habuan dari iblis.

2. Cinta dunia, takut mati

Cinta kepada nikmat kehidupan di dunia membawa kepada takut menghadapi mati. Tidak sanggup berpisah dengan nikmat yang dikecapi dan takut berhadapan dengan Allah lantaran sering mengabaikan aturan-Nya dalam kesibukan mengejar nikmat dunia. Cinta dunia dan takut mati ini, dengan sendirinya membuat seseorang itu sukar untuk mencintai Allah, malah merasa tidak perlu mencintai-Nya. Dia merasa boleh hidup tanpa Allah dan tanpa cinta-Nya. Suami sudah merasa ‘bahagia’ dapat memberi segala yang dimahukan oleh isteri. Isteri sudah merasa ‘bahagia’ mendapat apa yang dimahukan dari suami. Tidak salah mencari nimat dunia tetapi nikmat itu seharusnya mengingatkan kita kepada Pencipta nikmat dan nikmat itu seharusnya digunakan untuk memperolehi cinta-Nya.

3. Hati yang Kotor

Hati yang kotor adalah hati yang penuh dengan ‘najis’ sifat-sifat keji seperti pemarah, pendendam, hasad dengki, penakut dan tamak, akan disibukkan dengan urusan melayan bisikan-bisikan jahat dari nafsu dan syaitan. Hati begini tidak menyediakan ruang untuk diletakkan rasa cinta kepada Allah. Hati perlu dibersihkan dan dihiasi sifat-sifat terpuji seperti sabar, redha, merendah diri, berani, pemaaf dan mencukupi dengan paa yang ada. Hanya hati yang bersih dapat menjadi wadah untuk menampung cinta yang suci dan agung.

Tetapi bila hati kotor dan penuh hasad dengki, pendendam, tamak dan disibukkan melayan bisikan jahat, itulah ertinya hati telah dikawal sepenuhnya oleh iblis.

4. Melakukan Dosa

Jika seseorang itu tidak bertaubat dari dosa-dosa, atau terlalu banyak berbuat dosa hingga tidak lagi rasa berdosa, hatinya akan terdinding dari petunjuk Allah dan terhalang dari mencintai-Nya serta mendapat cinta-Nya. Sentiasa bertaubat dari dosa-dosa adalah antara syart untuk membina dan menyuburkan rasa cinta kepada Allah.

5. Tidak Mahu Berdoa

Berdoa adalah gambaran rasa lemah, hina dan jahil seorang hamba di depan Allah. Melalui doa, seorang hamba merendahkan diri memohon segala yang dihajati dan menjadi penyebab Allah sempurnakan hajat si hamba. Hamba yang memohon petunjuk akan diberi petunjuk. Hamba yang memohon kekuatan akan diberi kekuatan. Begitulah juga hamba yang memohon untuk mencinta-Nya, akan dipermudahkan menempuh jalan-jalan ke arah itu.

WANITA YANG PENDENDAM

1. Pengertian dendam

Dendam ialah apabila hati seseorang itu merasa sangat berat terhadap seseorang lain seperti membencinya, menjauhi diri darinya, dan sifat itu akan kekal bersemadi di dalam hati orang itu dan tidak padam-padam.

2. Keburukan-keburukan Dendam

Dengan itu jelaslah bahawa sifat dendam itu berpunca dari sifat marah yang tidak dikekang atau diredhakan dengan segera. Sifat dendam ini akan menimbulkan berbagai perkara mungkar antaranya:

Perasaan hasad atau dengki dalam diri, sehingga pendengki itu merasakan tidak senang bila melihat seseorang berada di dalam kenikmatan, lalu ia mengharapkan terhapusnya nikmat itu daripada orang itu. Dengan makna yang lain seorang yang menyimpan perasaan hasad tidak suka melihat orang yang didengkinya itu hidup senang lenang, sebaliknya merasa gembira apabila orang yang didengkinya itu ditimpa kesusahan. Kelakuan ini adalah contoh dari kelakuan orang-orang munafik.

Pendengki itu bukan saja menyimpan perasaan hasad dengki dalam dirinya, malah ia merasakan senang sekali apabila orang yang didengkinya itu ditimpa sesuatu kecelakaan atau bencana.

Pendengki akan menjauhi dan memutuskan perhubungan dengan orang yang didengkinya; tidak mahu bergaul dengannya.

Pendengki akan mengucapkan kata-kata yang tidak patut terhadap orang yang didengkinya, iaitu samada berbohong, mengumpat, mendedahkan rahsia lawanya, mengejek, menjatuhkan kehormatan dan sebagainya.

Pendengki akan menganiaya lawannya, samada dengan memukulnya atau sebagainya.

Pendengki akan menahan hak milik orang yang didengkinya, seperti menahan hutang yang patut dibaya, enggan mengembalikan amanah yang diserahkan kepadanya dan sebagainya. Sesungguhnya perbuatan seperti di atas itu adalah haram dilakukan dan ianya merupakan perbuatan iblis terkutuk.

3. Orang Pendendam Menjadi Rakan Iblis

Sekiranya orang yang berdendam itu dapat menguasai dirinya dari perbuatan-perbuatan buruk yang disebutkan di atas, tetapi masih memiliki perangai yang tidak baik seperti sengaja tidak mahu bermuka manis terhadap orang yang didendamnya itu, tidak belas kasihan terhadapnya, tidak mengambil berat terhadap dirinya dengan menunaikan segala keperluannya, tidak bersedia membantu pada perkara yang memberi kebaikan kepada orang itu, maka itu menandakan sifat dendamnya masih ada. Semua perkara yang disebutkan itu akan menjatuhkan darjat seseorang dan akan melenyapkan pahala yang banyak, seterusnya ia menjadi rakan-rakan iblis.

Pernah berlaku, apabila Saidina Abu Baka As-Siddiq r.a bersumpah tidak akan memberikan bantuan (harta) kepada Misthah yang masih tergolong kerabatnya, kerana suatu penganiayaan yang dilakukan oleh Misthah, maka Allah menurunkan ayat-Nya yang bermaksud:

“Janganlah sampai bersumpah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kekayaan di antara kamu, kerabat, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, tetapi hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, tidakkah kamu suka, Allah Maha Pengampun dan Penyayang,”

(An-Nur: 22)

Sebaik sahaja firman itu disampaikan kepada Saidina Abu Bakar, maka beliaupun akur dan redha dengan pengampunan Allah itu. Lalu beliaupun kembali menyambung semula bantuannya terhadap Misthah, meskipun Misthah telah melakukan penganiayaan terhadap beliau.

Ayat di atas memberikan pengajaran kepada kita supaya jangan menaruh dendam, yang perlu hendaklah berlapang dada dan suka memaafkan. Teruskanlah melakukan kebaikan sekalipun mendapat penganiayaan. Bahkan kalau boleh tambahkanlah kebaikan dari kebiasaan yang dilakukan, sebagai suatu cara untuk menundukkan hawa nafsu dan mengecewakan hasutan syaitan. Bilamana seseorang itu dapat melakukan seumpama itu, maka ia mencapai kedudukan dan darjat para siddiqin.

4. Dendam Perbuatan Haram

Nyatalah dari penjelasan di atas bahawa sifat dendam itu tidak dibenarkan dalam Islam. Mengenainya Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang mukmin itu bukanlah seorang yang pendendam.”

Walau bagaimanapun untuk memberikan penjelasan yang lebih mengenai sifat hasad, maka Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Tiada hasad (dibenarkan berhasad) kecuali dalam dua perkara sahaja, iaitu seseorang yang dikurniakan Allah harta yang banyak, lalu ia menaburkan harta itu pada perkara yang haq/benar, sehinggalah hartanya habis. Dan seorang lagi dikurniakan Allah ilmu, lalu ia mengamalkan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang ramai.”

Apa yang dapat disimpulkan dari maksud hadis di atas bahawa tidaklah dilarang kiranya lelaki mahupun wanita itu mengharap-harapkan sesuatu nikmat yang sama, yang ada pada orang lain untuk dirinya. Maka selagi ia menginginkan nikmat yang sama untuk dirinya dan tidak pula ia mengharapkan lenyapnya nikmat itu dari orang lain, ataupun ia tidak akan membenci kalau orang itu dapat mengecap nikmat itu terus-menerus, maka cita-citanya itu tidaklah dihukum haram, malah ada kalanya dituntut oleh syariat. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Dan dalam (mencari kelebihan) itu, maka hendaklah berlumba-lumba orang yang ingin perlumbaan.”

(Al-Muthaffifin: 26)

Menderhaka Kepada Ibu Bapa

WANITA yang derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam senarai mereka yang dicintai iblis. Oleh kerana ibu telah melahirkan kita, sehinggakan Allah menyebutkan bahawa redha Allah tergantung kepada redha ibu bapa. Allah SWT telah berfirman yang maksudnya:

“Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadahselain kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu-bapamu. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanyasampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan jangan kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Ya Rabbi, kasihanilah mereka kedua-duanya, sebagaimana mereka berdua telah menyantuni aku waktu kecil.”

(Al’Israk: 23-24)

Allah memerintahkan agar manusia berbakti kepada kedua ibu bapa mereka dan mentaati mereka. Bagi wanita ketaatan merekasebelum mereka berkahwin adalah kepada kedua ibu-bapa mereka dan selepas berkahwin, kepada suami mereka. Menyakiti hati kedua mereka adalah merupakan dosa yang amat besar.

1. Meninggikan Suara Di Hadapan Ibu Bapa

Ismail Ibnu Umayyah telah berkata: Seorang lelaki meminta nasihat:

Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat.” Rasul menjawab: “Janganlah engkau menyengutukan Allah dengan sesuatupun, sekalipun engkau dibakar atau dibelah dua. Ia berkata: “WahaiRasulullah, tambahkanlah.” Rasulullah menjawab: “Berbaktilah kepada kedua ibu-bapamu, jangan sekali-kali engkau meninggikan suara di hadapannya. Jika keduanya memerintahkan engkau untuk mengeluarkan hartamu, maka keluarkanlah bagi keduanya.”

Lelaki itu meminta kembali: “Wahai Rasulullah, tambah lagiselain itu.” Rasulullah menjawab, “Jangan engkau meminum khamar (arak), sebab khamar itu adalah kunci segala kejahatan.”Lelaki itu meminta kembali, “Wahai Rasulullah, tambahkanlah untukku selain itu.” Rasulullah menjawab, “Didiklah keluargamu dan berilah mereka nafkah sesuai dengan kemampuanmu, dan janganlah engkau mengangkat tongkat (lisan) mu namun berbuatlah agar mereka takut kepada Allah.”

(HR Imam Ibnu Majah)

2. Mengherdik Ibu Bapa

Mengherdik ibu bapa bererti telah berbuat derhaka kepada mereka, apalagi menganiaya mereka dengan cara melukai tubuh badan mereka. Perbuatan ini merupakan kebiadaban seorang anak yang tidak tahu berterima kasih kepada ibu bapa. Walaupun anak perempuan tidak lagi bertanggungjawab terhadap ibu bapanya sesudah berkahwin, namun tidak putus hubungan seorang perempuan dengan ibu bapanya. Cuma tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya tidaklah menjadi wajib seperti mana anak lelaki. Tetapi perhubungan ibu dengan anak tetap berjalan terus, sehingga tiada alasan bagi seorang anak perempuan untuk mengherdik ibu bapanya.

3. Memutuskan Hubungan Dengan Ibu Bapa

Oleh kerana mengherdik ibu bapa sudah termasuk perbuatan dosa besar, apalagi memutuskan hubungan dengan mereka. Ianya merupakan perbuatan seperti mana yang diumpamakan dalam sebuah peribahasa, “kacang lupakan kulitnya.”

Islam melarang memutuskan tali silaturrahim apalagi dengan ibu bapa. Kalau seorang anak perempuan memutuskan perhubungan dengan ibu bapanya, suaminya yang akan menanggung dosa sekiranya dilakukan dengan perintah suami.

4. Melupakan Jasa-jasa Ibu Bapa

Ibu telah melahirkan dalam keadaan yang payah dan sukar, manakala bapa pula bertungkus lumus dari pagi hingga petang mencari nafkah demi anak-anak. Memandangkan kepada jasa-jasa yang sedemikian hebatnya, adalah tidak wajar apabila sang anak melupakan jasa-jasa tersebut.

Merupakan kewajipan anak untuk mengetahui akan hak dan jasa baik ibu bapanya. Ia tidak boleh melakukan perbuatan yang menyebabkan ibu bapanya marah atau murka kepadanya, ia tidak boleh berdusta atau berbohong kepada kedua-duanya. Antara kewajipannya ke atas ibu bapanya adalah:

Berbuat baik dan berlemah-lembut terhadap mereka.

Mentaati perintah kedua-duanya selagi tidak bertentangan dengan perintah Allah.

Melihat wajah mereka dengan kasih sayang merupakan ibadah.

Mendoakan mereka berdua dengan doa yang baik.

Menjaga hati mereka berdua dan menggembirakan mereka.

Menjalinkan silaturrahim dengan sahabat-sahabat mereka.

Menziarahi kubur ibu bapa jika mereka telah meninggal dunia

LARANGAN DERHAKA KEPADA IBU BAPA

Islam sangat melarang perbuatan derhaka kepada ibu bapa. Adapun hikmah daripada berbuat baik kepada ibu bapa adalah sebagaimana dikisahkan berikut ini. Nabi Sulaiman a.s. adalah seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.

Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. Di sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.

Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, “Kubah apakah gerangan ini?” Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.

“Siapakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?” Tanya Nabi Sulaiman kehairanan. “Aku adalah manusia.” Jawab pemuda itu perlahan. “Bagaiman engkau boleh memperolehi karamah semacam ini?” Tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karamah dari Allah sehingga boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit. “Setelah ibuku wafat aku berjalan-jalan di pantai. Dalam perjalanan, aku melihat sebuah kubah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya.” Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu. “Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?” Tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut. “Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah.” “Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?” “Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu.” “Bagaimana engkau mengetahui perbezaan siang dan malam?” Tanya Nabi Sulaiman a.s. yang merasa semakin hairan. “Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam.” Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah karamah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.

Derhaka Kepada Suami

PERKAHWINAN di dalam Islam adalah suatu aqad yang mulia antara lelaki dan wanita. Ia menghalalkan setiap keduanya untukyang lain. Dengan itu mereka akan saling mengasihi, tolong menolong, bergabung dan bertolak ansur. Al-Quran telah menggambarkan hubungan ini dengan suatu gambaran yang menarik yang bermaksud:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Diamenciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dandijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

(Ar-Rum: 21)

Diantara tanda Islam memuliakan wanita ialah, Islam memberikannya hak memilih suami. Ibu dan bapa tiada hak memaksa anakperempuan mereka mengahwini lelaki yang tidak diingininya. Wanita Islam tidak mengabaikan hak ini tetapi mereka meminta nasihat daripada ibu bapa mereka kerana pengalaman mereka yang luas. Islam memberikan hak ini untuk menjamin kebahagiaan sesuatu perkahwinan di mana ia diasaskan daripada kesesuaian pasangan pada perasaan, adat, keinginan dan matlamat. Apabila wujud kepincangan, kehidupan suami dan isteri tidak berjalan dengan baik. Setengah wanita sukar memberikan cintanya dengan tulus dan boleh mengakibatkan penderhakaan pada suami yang tidak dicintainya. Dalam hal ini, dia berhak menuntut talak.

Wanita Islam yang sedar dengan petunjuk agamanya, akan memilih suami bukan hanya berdasarkan paras rupa, tetapi yang penting dilihat ialah akhlaknya. Mereka tidak akan tergoda dengan lelaki yang leka, lemah dan lesu. Wanita mukmin hanya tertarik dengan lelaki mukmin yang bersungguh-sungguh, sedar, bersih hatinya dan terbuka pemikirannya. Benarlah firman Allah yang bermaksud:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yangkeji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuklelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula…)”

(An-Nur: 26)

Ini bukanlah bermakna wanita Islam mengabaikan sudut kecantikan rupa, paras yang indah, lalu dia redha dengan yang burukdan hodoh rupa parasnya. Dia berhak memilih sebagaimana yang menguasai jiwanya, diredhai oleh perasaan dan hatinya.

ISTERI YANG MENOLAK PANGGILAN SUAMI

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

“Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia makadia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatandirinya.” Wanita Islam yang bijaksana sentiasa mahu mencari keredhaan Allah dengan taat kepada suaminya dalam perkara yang bukan maksiat, berbakti untuk suaminya dan sentiasa berusaha untuk menggembirakan suaminya. Dia akan redha dengan kesusahan atau font kesempitan hidupnya, sebagaimana yang telah dicatatkan dalam sejarah Islam unggulnya peribadi Fatimah r.a.

Wanita Islam yang benar, rela berkhidmat di rumah untuk suaminya dan dia tahu hak suami ke atasnya. Sesungguhnya ia adalah hak yang amat besar sebagaimana sabda Rasulullah:

“Kalaulah aku mahu memerintahkan seseorang sujud kepadaseseorang yang lain, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud kepada suaminya.”

(Hadith Hassan Sahih riwayat Tarmidzi)

Ketaatan adalah satu penyebab bagi wanita ke syurga sebagaimana sabda Rasulullah:

“Apabila wanita itu telah melakukan solat lima waktu, puasapada bulannya, taat kepada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepada dia: Masuklah kamu ke dalam syurga daripadamana-mana pintu yang kamu sukai.”

(Riwayat Ibn Majah)

Disamping itu, Islam juga mengancam dengan dosa kemurkaan dan laknat kepada wanita yang berpaling daripada peringatan ini:

“Apabila seseorang lelaki memanggil isterinya ke katilnyatetapi dia enggan mendatanginya, lalu suaminya tidur dalam keadaan marah kepadanya nescaya malaikat akan melaknatnya sehinggawaktu subuh (pagi).”

(Sahih Muslim)

MENDEDAHKAN AURAT

Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman, maksudnya:

“Hiduplah dengan apa yang engkau suka.”

Allah melaknat wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.

Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yangmendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.

Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 orang lelaki yang jahat.

TIDAK REDHA DENGAN PEMBERIAN SUAMI

Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah dan rasul-Nya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama kerana merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti di Barat. Ini semua bukanlah salah mereka, tetapi kitalah yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerahkan dengan tugas kenabian. Memberi harapan dan bimbingan kepada manusia.

Sebagaimana Allah suka dengan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebencian-Nya supaya kita terhindar dari kemurkaan-Nya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dasyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat. Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

“Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, “semoga engkaumendapat kutukan Allah” maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke tujuh dan mengutuk pula segala sesuatu yangdicipta oleh Allah kecuali dua jenis makhluk iaitu manusia dan jin.”

Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

“Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanjaatau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib dansunatnya.”

Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

“Kalau seandainya apa yang ada di bumi ini merupakan emas danperak serta dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, “engkauini siapa? Semua harta ini milikku dan engkau tidak punya harta apa pun.” Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.”

Nabi SAW adalah seorang yang sangat kasih pada umatnya dan terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azhab Allah. Baginda menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan dan tekanan. Begitu juga air mata dan darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita dan seluruh umat baginda.

MENYAKITI HATI SUAMI

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:

“Saya bersama Faimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kamitemui baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada baginda, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda menjawab,”Pada malam aku di Irak dan dimikrajkan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan. Maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?” Baginda bersabda:

Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan tar yang mendidih dari nerakadituangkan ke dalam kerongkongnya.

Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ulardan kala jengking.

Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

Wanita yang bermuka hitam dan memakan usus perutnya sendiri.

Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut)dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku, ceritakanlahkepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.” Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Fatimah, adapuntentang:

Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (tidak bertudung) di hadapan lelaki.

Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. Kemudian Nabi SAW bersabda:

“Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melaluikata-katanya kecuali Allah akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya di belakanglehernya.”

Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajibdari haidh dan nifas.

Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suku membicarakankeaiban orang.

Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal)dikalangan orang ramai dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihatperhiasannya.

Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking keranadia mampu mengerjakan solat dan puasa, tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu domba(melaga-lagakan orang) serta berdusta.

Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

MENGEJEK DAN MENGUTUK SUAMI

Ada juga diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik di zaman itu. Diantara sifat buruk mereka:

Isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya.

Isteri nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau tidak mahu berubah, maka kita khuatir jika kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah.

MEMBENCI POLIGAMI

Poligami sememangnya boleh menimbulkan kontroversi yang hebat seandainya tidak ditangani dengan berkesan. Justeru, dalam mengatasi permasalahan ini, kebijaksanaan para suami memainkan faktor penting dalam melayari kebahagiaan rumah tangga yang dibina.

“Sememangnya Islam membolehkan poligami. Hal ini dijelaskanoleh Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat tiga yang bermaksud, “Kahwinilah wanita-wanita di kalangan kamu dua, tiga atau empat,tetapi sekiranya kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka cukuplah dengan satu.”

Jadi dari situ kita lihat terdapat keharusan untuk berpoligami bagi kaum lelaki. Sungguhpun dibolehkan ia tidaklah dibuka dengan seluas-luasnya. Dibolehkan itu pula bergantung kepada sebab-sebab tertentu misalnya masalah isteri mandul, isteri gagal berfungsi dengan sempurna untuk melayan suami, suami ingin mendapat lebih ramai anak, ataupun suami sendiri mempunyai keinginan nafsu yang berlipat ganda sehingga kalaulah dengan seorang isteri itu boleh membawa dirinya ke arah penzinaan maka di situ ada keharusannya.

Bagaimanapun dalam berpoligami ini dituntut keadilan. Keadilan yang dimaksudkan ialah keadilan dari sudut zahiriah dan batiniah. Bagaimanapun keadilan dari segi perasaan tidak diambil kira. Ini dijelaskan sendiri oleh Rasulullah SAW yang menyebut, “bahawa memang kamu tidak boleh berlaku adil dalam masalahmembahagi kasih sayang, walaupun kamu mencuba sedaya upaya kamu.”Maklumlah masalah hati dan perasaan ini sememangnya suatu perkara yang sukar untuk ditangani. Namun demikian Rasulullah SAW mengingatkan agar dicuba seboleh mungkin untuk menampakkan keadilan.

Justeru dalam masalah poligami ini, walaupun ianya hak kaum lelaki namun ia bukanlah hak mutlak mereka kerana sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi sehinggalah ke hari ini, sekiranya dengan perlaksanaan poligami itu boleh menimbulkan kekecohan dalam rumah tangga atau menyebabkan anak-anak terbiar misalnya, maka dengan sendirinya keharusan itu terbatal. Kalaulah si suami benar-benar ingin berpoligami maka ia perlu mencari jalan yang boleh mengawal isteri-isteri dan anak-anak.

Malangnya, apa yang berlaku hari ini, ramai suami yang tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dengan adil terhadap isteri-isteri mereka. Walaupun dibenarkan suami bernikah di luar pengetahuan isteri pertama, dimana suami boleh bertindak merahsiakan pernikahannya. Namun demi menjaga kerukunan rumah tangga adalah lebih baik sekiranya isteri mengetahui tindakan suami kerana mereka juga sebenarnya mempunyai hak terhadap suami.

Cuba bayangkan perasaan seorang isteri apabila mengetahui wujudnya orang ketiga setelah sekian lama dirahsiakan. Tentulah lain jadinya berbanding jika si isteri diberitahu sendiri oleh suaminya, maka sudah tentu dia lebih bersedia walaupun pada peringkat awalnya agak sukar menerima keadaan. Isu isteri mengamuk atau tidak membenarkan ini sebenarnya bergantung kepada kebijaksanaan suami. Jika dia bijak berkomunikasi dengan isteri, sudah tentu pihak isteri akan berlembut. Tetapi bila isteri menolak dan membenci poligami, ianya bermakna isteri derhaka kepada suami dan menolak hukum Allah.

Sebenarnya jika pihak suami ikhlas dan bijak menangani keadaan, si isteri bukan sahaja memberi kebenaran untuk suami bernikah tetapi sanggup pula mencarikan calonnya. Namun apa yang berlaku kini sehinggakan isteri membantah keputusan suami untuk berpoligami ialah sikap suami yang cuba melarikan diri daripada tekanan hidupnya dan seolah-olah ingin mencari keseronokan lain.

Wanita yang dimadukan ini pula perlu mengetahui hak mereka. Dalam Islam, wanita yang dirinya diabaikan boleh membuat aduan kepada pihak yang berwajib, seperti mahkamah syariah atau qadhi, untuk menuntut keadilan dari segi nafkah, giliran dan segala yang berkaitan dengan haknya. Pihak isteri, tidak kira isteri keberapa, sekiranya menghadapi masalah perlu cepat membuat aduan berdasarkan saluran yang sah dan bukannya menceritakan kepada jiran atau pihak lain kerana ini bukan sahaja tidak dapat membantu menyelesaikan masalah bahkan memburukkan lagi keadaan. Jika isteri tidak pernah mengetahui haknya sebelum ini maka segeralah berjumpa pihak qadhi atau lain-lain yang berpengetahuan untuk bertindak. Ambil tindakan yang bijak dan bukannya dengan jalan yang tidak rasional.

Sekiranya setelah pengaduan dibuat, tetapi masih tidak mendapat perhatian daripada pihak suami maka wanita yang dizalimi ini boleh mengambil jalan keluar yang terakhir iaitu memohon fasakh atau tebus talak di mahkamah. Justeru itu pihak suami yang ingin melaksanakan poligami perlu menambah ilmu dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Fahami selok belok berpoligami seperti yang diamalkan oleh Rasulullah. Biarlah orang yang ingin dijadikan isteri itu benar-benar orang yang ingin dibela. Banyak berlaku di kalangan suami yang kononnya ingin membela nasib wanita, tetapi memilih anak gadis yang berumur 17 tahun, walaupun tak salah. Tentulah lari daripada konsep pembelaan. Rasulullah SAW dalam konteks membela kaum wanita, baginda mengahwini wanita-wanita yang janda dan sudah berumur bahkan ada yang sudah putus haidnya.

Janganlah poligami itu sahaja mengikut sunnah Rasul sedangkan pengamalannya tidak mengikut sunnah. Rasulullah sendiri sewaktu memperisterikan Khadijah tidak sekali-kali melakukan poligami. Baginda menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh Khadijah. Setelah kematian Khadijah dan baginda berkahwin dengan Aisyah barulah baginda melaksanakan poligami berdasarkan wahyu Allah SWT.

Justeru pihak suami perlu berpada-pada dengan apa yang ada dan jika ada keinginan untuk berpoligami seharusnya menilai diri samada boleh mengikut anjuran Rasulullah atau sebaliknya. Poligami ini jelas merupakan satu keharusan dalam Islam. Bagaimanapun para suami yang berkeinginan untuk berpoligami perlu meneliti dahulu apakah diri mereka layak untuk melaksanakannya supaya tidak berlaku keretakan atau keruntuhan rumah tangga yang telah sedia dibina.

Apa yang penting ialah para suami perlu bijak menangani masalah rumah tangga, bersikap tegas dan berkeupayaan dalam menjalankan tugas seorang suami. Jangan pula pihak suami yang berpoligami ada niat untuk menumpang kekukuhan ekonomi pihak isteri kedua atau seterusnya, sudah tentu tidak kena caranya. Para isteri janganlah melawan hukum Allah yang membolehkan poligami bagi lelaki yang mampu melaksanakannya. Jadilah wanita solehah yang memahami keadaan suami dan memahami hukum Allah agar terlepas dari seksa Allah SWT.

ISTERI YANG DERHAKA KEPADA MENTUA

Tidak ada siapa yang mahu dicap sebagai anak derhaka, demikian juga yang terjadi kepada Alqamah. Sejak remajanya lagi Alqamah sentiasa memberi layanan yang baik kepada ibunya. Tidak pernah kasar kepada ibunya. Diceritakan, apabila tinggal berasingan dari ibunya, dia akan singgah menjenguk ibunya setiap hari ketika berulang-alik ke masjid.

Bagaimanapun, sikap Alqamah berubah apabila mendirikan rumah tangga. Kasih dan tumpuan sudah diberi kepada isteri tercinta, lalu sering terlupa pada ibu sendiri. Si ibu sudah jarang diziarahi hingga akhirnya si ibu memendam rasa terhadap si anak. Tidak ada siapa yang tahu hal ini, malah Alqamah sendiri pun tidak dapat mengesan gejolak hati ibunya. Hanya setelah Rasulullah SAW sendiri “menyoal siasat” si ibu kerana Alqamah tidak mampu mengucap syahadah dalam nazaknya, barulah perasaan yang terpendam itu diluahkan. Itu pun setelah Rasululah memerintahkan sahabat-sahabat menghimpun kayu api dan mengancam untuk membakar Alqamah. Akhirnya si ibu memaafkan anaknya itu, barulah Alqamah dapat mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir dalam redha ibunya.

Mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada Alqamah, timbul persoalan kenapa boleh berlaku hal seumpama itu sedangkan hubungan menantu-mentua telah diatur dengan begitu cantik di dalam Islam. Islam menetapkan, apabila seorang lelaki berkahwin, bererti dia mengembangkan keturunan keluarganya. Isterinya adalah orang baru dalam keluarga itu yang harus diberi perlindungan, pembelaan dan diberi nafkah secukupnya oleh suaminya sebagai wakil keluarga.

Manakala keluarga sebelah isterinya walaupun ‘kehilangan’ seorang ahli tetapi dalam masa yang sama, mendapat jalinan hubungan dengan keluarga baru di mana kedua-dua keluarga wajib saling berhubungan (menjalin silaturrahim). Hubungan kedua-dua keluarga ini adalah dengan ketetapan bahawa anak perempuan tadi harus ‘tunduk’ di bawah wilayah tadbir keluarga suaminya dan akur dengan resam budaya keluarga itu selagi tidak melibatkan pelanggaran syariat.

1. Tidak Memuliakan Keluarga Suami

Di dalam kitab Muhimmah disebutkan bahawa antara sifat isteri yang solehah ialah dia memuliakan keluarga suaminya lebih daripada keluarganya sendiri. Apabila ia tidak memuliakan keluarga suami, bererti ia telah menderhakai suami. Namun dalam kes-kes seperti yang berlaku kepada Alqamah tadi, pihak suami tidaklah wajar dengan membiarkan dirinya renggang dengan keluarga sendiri, sebaliknya lebih rapat dengan keluarga isteri. Suami seolah-olah terpisah dari naungan keluarga sendiri, lalu lebih selesa berteduh di bawah naungan keluarga isteri.

Berlakunya hal seumpama ini didorong oleh kurangnya ilmu dan pimpinan baik di pihak suami atau isteri. Tanpa ilmu, tiadalah panduan bertindak dalam mengatur kehidupan. Tanpa pimpinan, hilanglah pedoman dan kekuatan mengatur langkah demi mencari keredhaan Allah. Ilmu penting untuk kejernihan akal, manakala pimpinan untuk menjernihkan jiwa.

2. Tidak sayang kepada keluarga suami

Isteri perlu memahami dengan jelas aspek-aspek tertentu dalam sistem kekeluargaan dalam Islam. Apa peranan dan kedudukannya dalam sebuah keluarga besar yang di situ ada ibu bapa, mentua, ipar dan saudara-mara lain. Bagaimana memberi prioriti (keutamaan) dalam hal-hal yang melibatkan hubungannya dengan suami dan hubungan dengan ibu bapa sendiri. Isteri perlu berfikir mana satu patut didahulukan antara taat kepada ibu bapa dengan memenuhi keperluan anak dan suami, antara tanggungjawab menggembirakan ibu bapa dengan tanggungjawab melayan anak dan suami dan lain-lain.

3. Kurang Memperhatikan Keluarga Suami

Isteri tidak istiqamah dalam menyuburkan sifat-sifat terpuji dan mengikis sifat-sifat keji yang dapat melahirkan akhlak mulia. Maka berlakulah kes-kes kurang memperhatikan ibu mentua atau mentua berkecil hati dan marah. Keadaan menjadi bertambah parah apabila isteri ego dan mengabaikan hak-hak mentuanya yang juga ibu kepada suaminya.

4. Tidak Ikhlas Kepada Keluarga Suami

Tanpa niat yang ikhlas, seorang isteri mudah alpa pada tanggungjawab terutama bila ditimpa dugaan. Bisikan syaitan dan bujukan nafsu tidak mampu ditepis. Tipu daya musuh batin yang begitu halus, tidak mampu lagi dikesan.

5. Melebihkan Keluarga Sendiri Daripada Keluarga Suami

Hal ini boleh berlaku apabila isteri tidak mengiktiraf kepimpinan suami dan kehadiran keluarga suami. Mungkin bagi sesetengah isteri, dia berasa kedudukan diri dan keluarganya lebih daripada kedudukan suami dan keluarga suami. Maka ketaatan pada suami adalah dengan ‘bersyarat’ iaitu suami memberi perhatian tidak berbelah bagi kepada dirinya dan keluarganya walaupun ini bermakna suami harus memutuskan hubungan atau renggang dengan keluarganya sendiri.

Kes ini biasa berlaku bila seorang lelaki berkahwin dengan wanita yang status sosial diri atau kerjaya lebih tinggi berbanding keluarga si lelaki. Bagaimanapun, ia berlaku juga dalam perkahwinan sekufu di segi status sosial tetapi mungkin berbeza di sudut lain seperti isteri lebih cantik atau pandai. Sebab itu hadis menyebutkan bahawa sesiapa yang mengahwini wanita semata-mata kedudukannya maka Allah tidak akan menambah kepadanya melainkan kehinaan. Dalam satu hadis lain disebutkan bahawa ciri isteri yang solehah itu ialah, “…jika disuruh nescaya ditaatinya dan apabila dipandang,menyukakan hati…”Antara cara menyukakan atau menggembirakan suami ialah memuliakan keluarga suaminya setiap masa, dalam keadaan apa sekalipun.

Namun ia satu perkara yang skar dilakukan jika ketaatan terhadap suami tidak benar-benar utuh. Kadang-kadang datang dugaan dalam bentuk mentua ditimpa sakit. Tidak ada di kalangan anak sendiri yang mampu atau sanggup menjaganya. Maka anak lelaki atas rasa tanggungjawabnya, mengambil peranan itu. Namun kerana dia sendiri sibuk dengan pekerjaan, tugas itu diamanahkan kepada isterinya. Maka waktu itu pengorbanan daripada seorang isteri sangat dituntut, atas dasar taat kepada suami dan berbakti kepada mentua. Tanpa ketaatan yang utuh, si isteri tidak akan sanggup bersusah-payah untuk menjaga mentua yang sakit dan berenggang dengan suami buat seketika.

Tanpa ketaatan yang sepenuhnya juga, isteri mungkin cuai pada tanggungjawabnya, yang mungkin kerana kongkongan ibu bapanya. Ini berlaku bilamana ibu tidak memberi kepercayaan penuh kepada anak untuk membina kehidupan sendiri dan duduk di bawah tadbir orang lain (suaminya). Isteri ini mungkin mempengaruhi suami dalam banyak hal, agar melebihkan keluarganya sendiri daripada keluarga suami.

6. Renggang Dengan Keluarga Suami

Memimpin dan mendidik isteri bukan sahaja untuk melahirkan isteri yang solehah tetapi juga ibu dan anak yang taat dan rela berbakti. Jika suami gagal mendidik isteri agar taat dan memuliakan mentua (ibu bapa suami), tentu isterinya tidak dapat diharapkan mendidik anak-anaknya agar hormat dan memuliakan datuk nenek mereka itu? Isteri tidak berasa dirinya sebahagian daripada keluarga suami, dan anak-anak tidak berasa diri mereka dekat dengan keluarga ayah sebagaimana dekatnya mereka dengan keluarga ibu. Bayangkan perasaan seorang mentua ketika itu. Menantu dan cucu-cucunya lebih mesra dengan keluarga besannya tetapi tidak dengan mereka.

7. Kurang Bersilaturrahim

Untuk membetulkan keadaan ini, maka penting bagi suami dan isteri menghayati ajaran Allah dalam soal menjalin hubungan silaturrahim dengan keluarga kedua-dua pihak. Di dalam Islam, menjalin silaturrahim adalah wajib dan memutuskannya adalah
haram malam termasuk dalam salah satu dosa besar. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Tidak masuk syurga orang yang memutuskansilaturrahim.”Sabdanya lagi, bermaksud:

“Sesungguhnya rahmat Allah tidak turun pada kaum yang adapadanya orang-orang yang memutuskan silaturrahim.”

(Riwayat Ahmad)

Di dalam Islam, asas-asas bagi jalinan silaturrahim yang kukuh di dalam keluarga (termasuk hubungan dengan mentua) adlaah:

Kefahaman yang jelas terhadap tanggungjawab setiap ahli dalam sesebuah keluarga.

Menghias diri dengan akhlak yang mulia seperti merendah diri, pemurah, pemaaf, sabar, redha, menghormati orang tua,penyayang, bersikap mengambil berat dan belas kasihan. Dengan akhlak mulia, hati mentua dapat ditawan melalui kemesraan yangdilahirkan. Mentua merasakan menantunya seperti anak sendiri, manakala si menantu dapat merasakan mentuanya bagai ibu sendiri; dihormati, disayangi sepenuh hati dan selalu diminta pandangannya.

Adanya niat yang ikhlas iaitu melakukan kebaikan dan menunaikan tanggungjawab semata-mata kerana Allah, menantu akansanggup berkorban untuk kebahagiaan mentua dan untuk kebahagiaan suami selagi tidak masuk dalam perkara mungkar atau maksiat.Niat yang ikhlas menjadi benteng dari bisikan syaitan dan hasutan pihak ketiga.

Adanya sifat amanah dalam menunaikan tanggungjawab. Setiap pasangan suami isteri perlu merasai bahawa isteri atausuaminya adalah anugerah Allah yang harus dipelihara. Bagi isteri, selain menjadi penenang jiwa bagi suami, dia harus menjadipembantu suami dalam melaksanakan tanggungjawab. Jika suami cuai dan lemah, maka isteri menjadi penguat. Sebab itu dalam hadis yang masyhur, Rasulullah bersabda:

“Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara; hartanya,kecantikannya, kedudukan dan kerana agamanya, maka pilihlah perempuan yang beragama nescaya menguntungkankamu.”

Walaupun di peringkat awal si isteri tidak sedar berlakunya kelalaian di pihak suami tetapi disebabkan asas agamanya yang kuat, dapat mengingatkan suami atas kelalaiannya itu. Sebagai isteri memegang peranan yang penting agar keluarga mereka selamat dan diredhai Allah SWT. Dengan kukuhnya nilai Islam, dalam rumahtangga akan mencurah rahmat Allah dan di situlah lahirnya keberkatan. Bila ada keberkatan, suami dan isteri mampu menunaikan segala perintah Allah serta mampu pula menjalin hubungan baik dan mesra dengan ahli keluarga kedua-dua pihak terutama dengan ibu bapa sendiri dan mentua.

Untuk mengukuhkan hubungan kedua-dua belah pihak, terutama bagi pihak isteri agar tidak menderhakai suami, maka perlu dilakukan perkara-perkara berikut:

Taat dan berbakti kepada suaminya

Berbakti kepada ibu mentuanya dan memuliakan keluarganya

Mesra dengan suami dan sentiasa berusaha mencari keredhaannya

Tidak membuka rahsianya

Berdiri disisinya dan berkongsi pandangan dengannya

Membantu suami mentaati Allah

Memahami jiwa suaminya

Berhias untuk suami

Menemui suami di dalam kegembiraan dan bersyukur

Berkongsi kesedihan dan kegembiraan bersama suami

Menundukkan pandangan selain daripada suami

Tidak menceritakan keadaan wanita lain kepada suami

Mewujudkan ketenagan, kerehatan dan kedamaian dalam rumahtangga

Bertoleransi dan saling memaafkan

Wanita Yang Mendedahkan Aurat

MENAMPAKKAN PERHIASAN

Diharamkan bagi perempuan menampakkan perhiasannya kepada lelaki asing. Perhiasan yang dimaksud dapat berupa perhiasan atau pun aurat wanita itu sendiri. Allah Taala menyatakan di dalam firmanNya, maksudnya:

“Dan janganlah mereka menampakkanperhiasannya”

(An-Nur: 31)

Sehingga bila pada perempuan itu terdapat perhiasan samada di dada mahu pun pada tangannya, maka wajiblah baginya untukmenutupi kedua tempat itu. Terlebih-lebih di masa kini, di mana perempuan semakin terdedah dengan berbagai perhiasan dan warna-warni pakaian. Namun di sisi lain mereka yang berakal tidak meragukan lagi pengharaman atau larangan menampakkan perhiasan bagi perempuan di hadapan lelaki asing.

Ada pun perkara yang dilakukan wanita-wanita kini dengan berbagai bedak, minyak wangi dan sebagainya jelas dimaksudkan untuk memperindah atau mempercantik diri. Seterusnya mereka memperlihatkan diri mereka kepada para lelaki asing di jalan-jalan. Tidaklah diragukan lagi bahawa pengharaman terhadap hal seperti ini telah disepakati oleh seluruh ulama.

MELAKUKAN KEMUNGKARAN

Syeikh Imam Al Qurthubi menyebutkan kemungkaran yang dilakukan wanita pada zamannya. Katanya:

“Pasar-pasar penuh dengan perempuan. Rasa malu yang hanyatinggal sedikit telah bermaharajalela dan meliputi kebanyakan perempuan hingga dapat anda saksikan perempuan-perempuan dudukdalam keramaian kelompok-kelompok muzik, bersolek dan memakai perhiasan. Inilah kemungkaran yang telah menyebar di zaman kita sekarang. Kita berlindung kepada Allah dan keadaan seperti itu dan dari kemarahan-Nya.”

Al Allamah Ibnu Hajr al Haitami menganggap bahawa keluarnya seorang perempuan dengan memakai harum-haruman dan perhiasan merupakan dosa besar. Katanya:

“Dosa-dosa besar jumlahnya dua ratus tujuh puluh sembilan.Keluarnya seorang perempuan dari rumahnya dengan memakai harum-haruman dan perhiasan walau dengan seizin suami adalah salahsatu di antaranya.”

Rabi’ Ibnu Hirasyi meriwayatkan dari isterinya, dari saudara perempuan Hudzaifah yang berkata:

“Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami: Wahai para perempuanbukankah kamu memiliki perhiasan perak dan emas yang kamu pakai untuk berhias? Sesungguhnya tidaklah seorang dari kamuberhias dengan emas yang dinampakkannya kecuali dia akan diseksa dengan perhiasannya itu.”

Dalam huraian ini jelas tedapat ancaman yang keras terhadap perbuatan menampakkan perhiasan opleh perempuan dihadapan orang-orang yang dilarang untuk melihat perhiasannya itu, padahal berhias dengan emas, perak dan sebagainya dibenarkan oleh syariat dengan tujuan untuk kelihatan cantik di hadapan suami. Sedangkan perbuatan selain daripada itu dianggap dosa dan wanita yang melakukannya termasuk ke dalam senarai mereka yang dicintai oleh iblis.
Hadis di atas menunjukkan bahawasanya dilarang seorang perempuan untuk menampakkan perhiasan. Baik yang berbentuk perhiasan biasa atau pun berbentuk tubuh badan dan sebagainya. Hal ini dikuarkan lagi dengan hadis dari Aisya r.a ketika ditanyakan kepadanya:

“Bagaimana pendapatmu tentang pewarna, celak, azimat, subang,gelang kaki, cincin emas serta pakaian nipis? Aisyah r.a. menjawab: “Wahai para wanita! Kisah tentang kalian adalah kisahtentang seorang wanita. Allah menghalalkan bagi kalian perhiasan tanpa boleh kamu berdandan atau bersolek bagi mereka yang tidak boleh melihat perkara yang haram dari diri kalian.”

WANITA YANG MENYUKAI FITNAH

Fitnah dan rosaknya zaman kini lebih diakibatkan oleh bermaharajalelanya wanita yang mendedahkan aurat. Dengan itu fitnah mempunyai kesan yang buruk dalam kehidupan manusia, yang dapat menimbulkan bencana dan memporak-perandakan kerukunan dan ketenteraman. Begitu buruknya fitnah itu sehingga pada saat Rasulullah SAW mengetahui bahawa Fadl Ibnu Abbas menoleh kepada seorang perempuan Khath’am yang terlarang untuk dilihat, segera baginda memalingkan wajah Fadl. Tidaklah hal tersebut dilakukan oleh Rasulullah melainkan kerana baginda tidak dapat menjamin tiadanya fitnah yang bakal terjadi di antara Fadl dan perempuan Khat’am tersebut.

Oleh sebab itu siapa pun yang mengetahui keadaan masyarakat moden dan keadaan di dalamnya yang penuh dengan kerosakan, pastilah menyedari bahawa mendedahkan aurat merupakan jalan yang dapat membawa manusia kepada hal-hal yang terlarang dan dapat membawa kepada kebinasaan. Sebeb wanita yang mendedahkan auratnya tidak akan bebas dari bahaya fitnah. Fitnah wanita yang mendedahkan aurat merupakan fitnah yang lebih berbahaya daripada fitnah yang lainnya.

Dari Usmah Ibnu Zaid r.a dari Nabi SAW yang bersabda:

“Tidaklah kutinggalkan nanti sesudahku fitnah yang lebihberbahaya bagi lelaki selain fitnah dari perempuan.”Demikianlah peringatan Nabi SAW kepada manusia agar mereka tidak terjatuh ke dalam jeratan wanita, tipu daya mereka tau pun tergelincir kerana mereka.

BERPAKAIAN TETAPI TERLANJANG

Tudung yang dikenakan perempuan saat keluar rumah disyaratkan haruslah tebal, tidak nipis pada bahagian bawahnya dan bukan tudung yang bercorak perhiasan sebagaimana trend yang dilakukan wanita di zaman ini. Memakai pakaian yang nipis tidaklah berbeza dengan berdandan dan memakai perhiasan. Lebih daripada itu berpakaian seperti itu bererti memancing timbulnya fitnah yang sememangnya harus dihindari.

1. Memakai Pakaian Nipis

Terdapat beberapa dalil yang menunjukkan larangan tersebut:

1. Dari Abu Hurairah r.a yang berkata:

“Rasulullah SAW bersabda: “Dua golongan dari ahli neraka yangtidak mahu saya lihat:”

Suatu kaum yang memegang cambuk/cemeti yang bagaikan ekor-ekor lembu. Kemudian dengan itu mereka cambukkan manusia.

Perempuan-perempuan yang berpakaian namun terlanjang. Berlenggang-lenggok ketika berjalan. Kepala-kepala mereka bagaikanpunuk-punuk unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak pula mendapatkan harumnya (syurga). Sesungguhnya harumsyurga itu terdapat pada perjalanan begini dan begini.” Al Hafidh Ibnu Abd. al Birri berkata: “Maksud dari sabda Rasulullah SAW “Berpakaian tetapi terlanjang” adalah gambaran tentang perempuan yang berpakaian dari kain yang nipis yang dapat memberikan gambaran bentuk tubuh dan bukan bersifat menutupi tubuh. Kaum perempuan seperti ini secara zahir dan secara sebutannya sahaja berpakaian, namun pada hakikatnya mereka berterlanjang.

2. Memakai Pakaian Ketat & Sempit

Di antara syarat-syarat menutup aurat seorang wanita muslimah adalah agar pakaian yang dipakai tersebut hendaklah longgar dan tidak sempit. Dengan demikian bentuk tubuhnya tidak dapat digambarkan. Pakaian yang sempit dapat menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya, dan bila keadaannya seperti itu, maka pakaian tersebut dapat menjadi bahagian dari perkara yang dapat menyesatkan. Dapat juga menjadi salah satu sebab bagi timbulnya kejahatan dan menjadi salah satu sebab menimbulkan fitnah. Maka untuk melindungi perempuan dan untuk memelihara masyarakat, Islam mengharamkan ‘tabarruj’ (berhias) sekaligus memerintahkan perempuan agar berpakaian hijab dengan memakai pakaian yang longgar, tebal, dan tidak tergambar bentuk tubuhnya.

Perhatikanlah! Allah sebegitu jauhnya memerintahkan kepada seorang perempuan muslimah untuk menutup tubuhnya dan tidak menampakkan sedikit pun dari bentuk tubuhnya itu. Kesemuanya ini dengan matlamat untuk menghormati dan melindungi kaum wanita agar mereka memiliki marwah dan harga diri yang sempurna. Bagaimana dengan perempuan-perempuan di zaman kita sekarang. Mereka telah keluar dari syariah yang telah ditetapkan Allah di dalam hal berpakaian. Yang mereka pakai adalah pakaian yang sempit, pendek dan ketat. Mereka juga memperlihatkan perhiasan-perhiasan pada tempat-tempat berkumpulnya manusia. Terhadap hal ini para suami atau pun wali mereka hanya dapat mendiamkannya sahaja. Sebahagian dari mereka kita ketahui tetap mendirikan solat, membayar zakat malah juga memuliakan Allah dengan berhaji ke rumah-Nya yang suci.

Sebagaimana wanita dilarang berpakaian ketat yang dapat menggambarkan bentuk tubuhnya, demikian jugalah dilarang bagi para muhrim untuk melihat yang tergambar dari auratnya. Sedangkan kepada lelaki asing dilarang untuk melihat yang tergambar dari seluruh bentuk tubuh wanita. Walau pun pakaian yang dikenakan itu tebal serta tidak nipis.

3. Memakai Pakaian Warna-Warni

Dasar dari menutup aurat ke atas wanita adalah untuk menutupi bentuk tubuh dan mencegah pandangan orang kepadanya. Maka jika hijab diperindah dengan gambar-gambar yang menawan, warna-warni atau pun jahitan yang indah dan dapat menarik perhatian orang lain, akan hilanglah hikmah memakainya. Hijab yang seperti itu tidak berfungsi untuk mencegah pandangan orang lain, tidak pula dapat menolak kesan yang bakal ditimbulkannya. Oleh itu pakaian yang seperti itu dilarang untuk dipakai. Dengan itu pakaian-pakaian seperti itu termasuklah ke dalam senarai pakaian-pakaian yang tidak boleh untuk ditampilkan dan dipakai. Padahal dengan menutup aurat yang sempurna, akan tertutuplah salah satu sebab dari pelbagai sebab yang dapat menimbulkan fitnah, dan tertutup pulalah ancaman mangsa bagi manusia yang telah sakit jiwanya.

Wanita Yang Menyerupai Lelaki

DARI SEGI PAKAIAN

Tidak dibenarkan seorang wanita menyerupai seorang lelaki atau pun sebaliknya seorang lelaki menyerupai seorang wanita. Penyerupaan tersebut dilarang samada dalam suara, bentuk tubuh, cara berjalan, gerak-geri, pakaian mahupun dalam hal-hal lain yang memang pada keduanya telah terdapat perbezaan. Allah Taala telah menciptakan wanita dan lelaki. Bagi masing-masing diciptakan pula tabiat yang khusus sehingga mereka saling berbeza. Dengan perbezaan tersebut yang satu akan tertarik kepada yang lainnya. Dia dapat menenteramkan hati dan perasaannya kepada pasangannya. Dengan begitu kehidupan manusia akan berlanjut untuk memakmurkan dunia. Namun sebaliknya penyerupaan antara yang satu dengan yang lain merupakan kenyataan yang melanggar norma kehidupan. Sekaligus sebagai penderhakaan terhadap fitrah wanita dan lelaki yang telah ditetapkan Allah kepada mereka. Lalu berkecamuklah di hadapan mereka faham-faham persamaan. Menghilanglah sendi-sendi perbezaan alami di antara kedua jenis tersebut. Masing-masing telah mulai kehilangan spesifikasi khas yang dimiliki dan yang membezakannya. Hingga mulailah terdapat kecenderungan wanita untuk bersifat ‘jantan’ (kelelakian) dan lelaki pula bersifat kewanitaan (pondan). Pernikahan akhirnya tidak dipentingkan kerana memperturutkan kemahuan sesama jenis.

Dengan begitu bermaharajalelalah homoseksual. Terjadilah perbuatan-perbuatan yang dapat menjauhkan rahmat Allah. Kehinaan mengambil tempat kemuliaan. Perbuatan seks dengan sesama jenis meminggirkan tempat-tempat pernikahan yang sesuai dengan syariah. Hal ini dapat disaksikan di Eropah. Mulai dari bercinta dengan sesama jenis hingga kepada penghambaan terhadap nafsu syahwat. Malahan sebahagian perempuan dari masyarakat tersebut dapat menjadikan anjing sebagai tempat pelampiasan hawa nafsunya. Kebiasaan-kebiasaan buruk itu, kini mulai menyerang belia-belia Islam. Dimulai dengan mengikuti kebiasaan-kebiasaan aneh mahupun kegemaran-kegemaran yang tidak lazim, pemuda di dunia Islam mulai memanjangkan rambutnya, mencukur janggutnya, menghaluskan suara dan juga menyempitkan pakaiannya. Sedangkan gadisnya memendekkan rambut, merokok, bersuara lantang bagaikan lelaki. Semua itu dilakukan tanpa rasa malu yang dapat menghalangi perbuatan tersebut.

Rasulullah melarang seorang lelaki menyerupai wanita dan juga wanita yang menyerupai lelaki. Dari Abu Hurairah r.a yang berkata:

“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang memakai pakaianperempuan atau pun perempuan yang memakai pakaian lelaki.”

Dari Ibnu Abbas yang berkata:

“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan danperempuan yang menyerupai lelaki.”

Al Hafiz Ibnu Hajr berkata:

“Menurut at Tabari, maknanya bahawa tidaklah dibolehkanlelaki menyerupai perempuan dalam pakaian atau pun perhiasan yang memang dikhususkan untuk perempuan. Demikian sebaliknya,dan demikian pula kiranya dalam berbicara dan berjalan. Ada pun dalam hal bentuk pakaian terdapat perbezaan pendapat berkenaan dengan perbezaan negeri. Akan tetapi perempuan dibezakan dengan berhijab dan menutupi dirinya (tubuhnya).”

Tentang penyerupaan dalam suara dan berjalan, hal ini dikhususkan kepada mereka yang memang sengaja melakukannya. Namun apabila penyerupaan tersebut memang dari asalnya (pembawaan lahir/semulajadi) dia hanya diperintahkan untuk meninggalkannya dan berusaha secara tekun dan beransur-ansur untuk merubatnya. Bila dia tidak berbuat seperti itu, lalu dia pun tetap dalam kebiasaan tersebut, maka dia akan mendapat celaan. Bila keadaannya seperti itu maka itulah dimaksudkan dengan lafaz (menyerupai). Sedangkan yang telah pasti seperti menurut an Nawawi: seorang pondan semulajadi (pembawaan lahir) tidak akan dicela selama dia tidak mampu untuk meninggalkan sifatnya dalam berjalan, berbicara, setelah berubat dan usaha untuk memperbaikinya. Namun bila dia dapat merubah (pembawaan lahir) tersebut walau pun secara beransur-ansur sedangkan dia menolaknya, maka dia mendapat celaan.

Dari Ibnu Abbas r.a yang berkata:

“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang bersifat keperempuanandan perempuan yang kelelakian. Sabdanya: “Keluarkanlah mereka dari rumah-rumahmu.” Ibnu Abbas berkata: “Nabi SAW mengeluarkanseorang lelaki seperti itu dan Umar mengeluarkan perempuan yang seperti itu.” Jika seorang perempuan mengenakan pakaian lelaki yang dibalik, berlubang dan tangannya yang sempit, bererti dia telah menyerupai lelaki. Maka dia akan mendapat laknat dari Allah. Demikian pula dengan suaminya yang membiarkannya seperti itu atau pun redha kepada perbuatan isterinya serta tidak melarang dan mencegahnya padahal para suami diperintahkan untuk memelihara isteri mereka agar teguh di dalam ketaatan kepada Allah. Para suami juga diperintahkan untuk mencegah isteri mereka dari perbuatan maksiat. Hal ini adalah amanat dari firman Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud:

“Didiklah dan ajarlah mereka dan suruhlah mereka untuk mematuhi Allah lalu cegahlah mereka dari berbuat maksiat kepada Allah.”

(At-Tahrim: 6)

Wanita Yang Menyerupai Orang Kafir

DARI SEGI PAKAIAN

Tidak dibenarkan seorang muslim menyerupai orang kafir di dalam perbuatan, ucapan dan perayaan hari raya mereka. Hal ini dimaksudkan agar masyarakat Islam dapat memiliki keperibadian yang berbeza dari yang lain dalam segala cara kehidupan mereka. Selain itu kesepakatan masyarakat muslim dengan masyarakat kafir di dalam perbuatan, ucapan, pakaian mahupun hari-hari raya mereka dapat mendorong mereka untuk menyerupai masyarakat kafir. Tentunya hal ini dapat menimbulkan kerosakan akidah dan dapat menghilangkan identiti keperibadian masyarakat muslim. Dan kemungkinan lebih jauh, bahawa mereka menjadi pengikut
masyarakat yang memusuhi mereka. Padahal Islam tidak menghendaki penganutnya menjadi pengikut musuh-musuhnya. Akidah yang mereka pegang mengajarkan mereka menjadi pemimpin bagi manusia, bukannya menjadi pengikut bagi setiap pendusta dan penyeleweng. Firman Allah yang bermaksud:

“Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedihhati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.”

(Ali Imran: 139)

Adapun larangan untuk menyerupai dengan masyarakat kafir terdapat pada beberapa tempat di dalam al Quran al Karim. Demikianpula, terdapat di dalam sabda Rasulullah SAW. Firman Allah yang maksudnya:

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat dariurusan agama, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnyamereka sekali-kali tidak akan dapat menolak dari kamu sedikit pun dari seksaan Allah. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain dan Allah adalah pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa.”

(Al Jatsiah: 18-19)

Seterusnya Allah SWT menjelaskan bahawa sebahagian dari masyarakat kafir adalah wali bagi yang lain samada di dunia mahupundi akhirat. Namun tidak seorang walupun dari mereka yang dapat memberikan manfaat untuk mencapai pahala ataupun untuk menghindarkan diri mereka dari azab Allah. Sebaliknya, masyarakat muslimin yang bertakwa dan mendapat petunjuk, sesungguhnya Allah lah Tuhan mereka. Syeikh Ibn Taimiyah berkata: Allah telah menjadikan bagi Nabi Muhammad SAW sebuah syariat lalu Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW agar mengikuti syariat tersebut serta melarangnya agar mengikuti kehendak hati orang-orang yang tidak mengetahui. Termasuk ke dalam pengertian orang-orang yang tidak mengetahui tersebut adalah orang-orang yang menentang syariat yang dibawa Nabi Muhammad SAW.

MEMAKAI PAKAIAN YANG ADA TANDA SALIB

Tidak dibolehkan mengenakan pakaian yang tedapat gambar salib di dalamnya atau pun seumpamanya. Pkaian yang dilarang tersebut termasuklah tudung yang dipakai untuk keluar atau pun untuk yang lainnya. Larangan terhadap salib ini dapat difahami kerana salib adalah syiar dan lambang dari agama Nasrani (Kristian). Mereka telah membuat salib tersebut sebagai lambang untuk sebuah akidah yang sesat. Iaitu anggapan yang mereka yakini bahawa Nabi Isa as. telah dibunuh dan disalib. Oleh itu mereka mensucikan salib sebagai dasar ketaatan terhadap akidah mereka dan menghormati atau pun mengagungkannya adalah cara untuk mendekati Tuhan. Allah Taala menyatakan bahawa anggapan mereka tersebut adalah dusta dan kebohongan. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan kerana ucapan mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuhal Masih Isa putera Maryam, Rasul Allah.” Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, tetapi (yang merekabunuh) ialah orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) itu benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka. Mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya) Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

(An Nisa: 157-158)

Hadis-hadis berikut ini menunjukkan adanya larangan mengenakan pakaian apa sahaja yang terdapat salib dan seumpamanya.Dari Imran Ibnu Hitthan, sesungguhnya Aisyah ra. memberitahunya bahawa Rasulullah SAW tidak akan membiarkan di dalam rumahnya terdapat sesuatu yang ada salibnya kecuali dihilangkannya.

Dari Aisyah ra. yang berkata:

“Kami tidak memakai pakaian yang terdapat gambar salibpadanya. “Dari Abu al Jahhaf, katanya:
“Saya bertanya kepada Abu Jaafar tentang kotak Tabut yang ku miliki dan padanya terdapat gambar-gambar. Lalu Abu Jaafar memberitahuku bahawa dia melihat Umar membakar pakaian yang adagambar salibnya, dia pun menghilangkan salib dari pakaian itu.”

Dari riwayat para sahabat ini terdapat petunjuk tidak boleh memakai pakaian yang terdapat padanya salib. Kalau tidak tentu Umar ra. tidak berani membakar pakaian tersebut.

Dari Ibnu Aun dari Muhammad bahawa Rasulullah SAW melihat pada tirai beberapa isterinya gambar salib, lalu baginda memerintahkan hingga mereka memotongnya. Dari beberapa hadis mahupun riwayat tersebut diatas, terdapat petunjuk yang jelas yang melarang memakai pakaian terdapat padanya gambar salib. Bila tidak, bererti kita menyerupai masyarakat Kristian yang telah menjadikan salib sebagai lambang akidah mereka yang batil mahupun sebagai syiar syariat mereka yang telah diselewengkan. Ibnu Qudamah berkata:

“Dibenci adanya gambar salib dalam pakaian kerana Imran Ibnu Hitthan telah meriwayatkan dari Aisyah ra. bahawa Rasulullah SAW tidak akan membiarkan di dalam rumahnya sesuatu yang adasalibnya kecuali dihancurkannya.”