Wednesday, September 29, 2010

Bukan sengaja malas

SDEPRESI atau stres juga boleh menyebabkan individu menjadi malas.

ANDA seorang pemalas? Atau anda seorang bos yang kecewa
dengan sikap pekerja-pekerja anda yang malas dan lembap
dalam melaksanakan tindakan? Jangan marah-marah. Mungkin
anda perlu melihat malas dalam horizon yang lebih luas.

Selain melihat malas lebih kepada masalah psikologi atau
sikap individu, malas juga boleh dilihat dari sudut kesihatan.
Seseorang itu mungkin malas kerana mempunyai penyakit yang
bersimptom kemalasan atau melibatkan hormon.

Menurut pakar kesihatan pekerjaan, Hospital Pakar An-Nur,
Dr. Azrul Rozaiman Datuk Abdullah, malas bukan sekadar
keengganan untuk melakukan sesuatu aktiviti tetapi ia adalah
koleksi sifat-sifat buruk merangkumi sikap gemar bertangguh,
tidak menepati waktu, tidak pandai mengurus masa dan lemah
untuk mengenal pasti apa yang perlu diutamakan.

Dalam konteks kesihatan pekerjaan, Azrul yang mempunyai kepakaran
dalam bidang penyakit pekerja atau risiko penyakit yang boleh
didapati pekerja daripada penggunaan bahan kimia serta psikologi,
menyifatkan malas diistilahkan sebagai kurang produktiviti.

SESEORANG itu mungkin malas kerana kurang pengetahuan tentang
apa yang sepatutnya dilakukan.

Tapi, ujarnya, malas juga bersifat subjektif kerana ia bergantung
kepada perspektif individu.

Misalnya, jika seorang itu boleh menghasilkan 10 bahan dalam
seminggu sedangkan rakannya boleh menghasilkan 100 bahan dalam
tempoh yang sama, dia mungkin dianggap malas.

Tetapi dia mungkin tidak dianggap malas oleh bosnya sekiranya
bosnya sendiri hanya mampu menghasilkan lima kerja dalam
seminggu. Begitulah penjelasan Azrul bagaimana kayu ukur
malas boleh berubah.

Jelasnya, daripada konteks kesihatan, malas boleh berlaku dalam dua
keadaan iaitu malas yang merupakan simptom kepada sesuatu
penyakit atau malas kerana kesan sampingan ubat-ubatan.

Azrul memberitahu, memang terdapat beberapa penyakit yang boleh
menjurus kepada sifat malas seperti penyakit hipotiroid yang
disebabkan oleh kekurangan hormon tiroid.

“Apabila hormon tiroid kurang dalam diri seseorang individu, maka
ia biasanya akan memperlihatkan simptom malas seperti mentalnya
lambat memproses maklumat, lesu, pergerakan turut menjadi lambat
dan aktiviti metabolisme badan menjadi perlahan,” ujarnya.

Hormon tiroid dikeluarkan oleh kelenjar tiroid yang terletak di
bahagian leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan.

Hormon tiroid berkurangan boleh jadi disebabkan oleh kekurangan
pengambilan makanan beriodin seperti ikan.

Beban kerja

Jelas Azrul, penyakit ini hanya boleh dikenal pasti doktor dengan
membuat ujian darah. Rawatannya ialah dengan memberi ubat yang
boleh meningkatkan kembali paras hormon tiroid dalam diri.

Selain daripada itu, kesan sampingan daripada pengambilan
ubat juga boleh membawa kepada rasa malas.

Menurut Azrul, kurang daripada lima peratus pengambil sejenis ubat
darah tinggi atau hipertensi boleh mengalami kesan sampingan
seperti kelembapan mental dan fizikal.

Depresi atau stres juga boleh mendorong kepada rasa malas.

Berkenaan stres atau depresi jika disebabkan beban kerja yang
terlalu banyak melepasi batasan kemampuan diri, Azrul
menyarankan supaya wujudnya interaksi antara bos dan pekerja.

“Dalam hal ini, pekerja itu dilihat seperti malas tapi
sebenarnya bukan malas.

“Dia mungkin tertekan ekoran beban kerja yang melampaui
kemampuan dirinya atau beban kerja yang tidak seimbang
antara pekerja-pekerja. Interaksi antara bos dan pekerja
mungkin boleh memperbaiki keadaan,” ujarnya.

Dari sudut psikologi, malas boleh jadi disebabkan oleh cara
individu dibesarkan, pengaruh sekeliling dan kekurangan pengetahuan.

Amalan bertangguh-tangguh atau melengah-lengahkan kerja juga
menjadi penyakit masyarakat moden kerana tekanan hambatan masa.

Menurut sebuah majalah kesihatan, kajian terbaru mendapati
20 hingga 25 peratus daripada manusia hari ini adalah seorang
yang gemar bertangguh berbanding hanya lima peratus pada
tahun 1978.

“Seorang itu menjadi pemalas mungkin juga kerana cara dia
dibesarkan yang mana semua yang dikehendaki tersedia untuknya.

Minat

“Seseorang itu juga mungkin menjadi malas kerana ia dipengaruhi
oleh orang sekelilingnya yang suka bermalas-malasan.

“Persekitaran turut mempengaruhi seseorang itu menjadi malas,”
ujarnya sambil menjelaskan terdapat dua kategori malas,
iaitu malas pada perkara tertentu dan malas pada melakukan
banyak perkara.

“Ada sesetengah orang itu kita lihat dia rajin di rumah tapi di
pejabat dia malas dan begitu juga sebaliknya. Mengapa ini berlaku?

“Ia mungkin kerana minat terhadap aktiviti berkenaan kurang kerana
kekurangan pendedahan atau pengetahuan,” katanya.

Justeru, untuk mengatasi masalah malas ialah dengan mendapatkan
pengetahuan secukupnya terhadap apa yang perlu dibuat.

“Para bos misalnya perlu peka dengan kondisi pekerja.
Mungkin mereka malas dan tidak produktif kerana mereka
tidak tahu atau jelas tentang kerja yang perlu dilakukan,”katanya.

INTERAKSI yang wujud antara bos dan para pekerja mampu
mendorong kepada peningkatan produktiviti.

Memberikan motivasi juga merupakan salah satu cara untuk
menyingkirkan sifat malas. Sebab itulah pengkaji-pengkaji dari
Australia pernah menyifatkan malas yang ekstrem sebagai
motivational deficiency disorder.

“Motivasi boleh datang daripada dalam diri individu itu sendiri
dan boleh diperoleh daripada dorongan motivasi orang lain.
Motivasi bagi diri sendiri boleh diperoleh dengan menetapkan
matlamat yang khusus,” ujarnya.

Selain daripada itu, bagi keadaan tertentu dan tujuan yang baik,
Azrul berkata, untuk menambah minat seseorang melakukan perkara
itu boleh juga menerusi paksaan.

“Adakalanya penyakit malas perlu diubati dengan paksaan.
Bukankah dalam hidup kita ada perkara yang kita pada awalnya
tidak berminat tetapi berubah minat apabila didorong atau
dipaksa untuk melakukannya?

“Seperti juga yang diajarkan dalam agama tentang hal solat.
Islam mendidik umatnya agar menyuruh anak sembahyang pada
umur tujuh tahun.

“Jika umur 10 tahun, mereka tidak sembahyang, mereka perlu
dipukul. Apabila mereka sudah biasa melakukannya, ia boleh
mendatangkan minat dan mereka membesar menjadi seorang yang
tidak malas untuk menunaikan solat,” katanya.

Tuesday, September 28, 2010

Hadirnya Dirimu.

Hadirnya dirimu

Memberi sinar di pagi hari

Umpama bunga-bungaan berkembang mekar

Nampak ceria dan meriah

Dengan warna yang penuh segar

Alangkah indahnya

Jika diriku bersemadi di dalam hatimu

Kekal hingga menjelang akhir nafas

Di dunia ini

Keindahan yang selalu diimpikan

Oleh insan yang bernama manusia

Aku ingin ia bukan khayalan semata-mata

Aku ingin ianya terjadi dalam hidupku yang hanya sementara ini

Ya Allah makbulkan..Aminnnnn

Friday, September 24, 2010

Kesepian vs Kenangan

Tiada cara mencipta kenangan

kecuali menghargai ruang waktu sebaik mungkin

sehingga lewat tidur...

suatu masa...

taman kenangan dipenuhi juga... didalam hati..

hukum alam adalah begitu

pasti ada pulangan setara atau lebih baik dari itu.

Ciptalah kenangan....

Bila kesepian suatu masa nanti...

Hiasilah kesepian itu dengan kenangan..

Sepi itu indah....

Untuk mereka yang menghargai masa.

Kesepian bukanlah kekosongan

Ianya adalah salah satu cabang dari kemahuan

Tidak perlu menoleh kebelakang

Kerana ianya sentiasa berada dihadapan...

Saturday, September 11, 2010

Raya & Kampung

Aku balik kampung pada 4/9/2010 bersama dgn mak untuk merayakan Hari Raya Adilfitri. Aku jarang balik, kalau balik pun aku cuma ambik masa 5 hari saje bercuti. Mungkin jiwaku tiada di kampung sbb kampungku ssh sgt utk mendapatkan air yg bersih. Org kampungku terpaksa mengambil air dari sungai, itupun bukan 100% bersih. Sekarang aku terpaksa membeli mineral water utk minuman aku sepanjang berada di kampung. Bukan aku sombong ataupun apa, tapi masa, hidup aku, habiskan kt semenanjung. Jd aku sudah terbiasa dgn kesenangan yg aku dapat dari bandar.

Raya, raya pertama mmg meriah sbb org kampungku saling berkunjungan antara satu dgn yg lain. Aku jd malu bila org kampung yg tidak aku kenali dtg berkunjung. Tp aku ttp melayan mereka dgn juadah yg sedia ada... Inilah yg aku suka ttg org kampungku. Cuma yg aku tidak berkenan, semua perkara bila mereka tau akan menjadi kecoh satu kampung. Kalau sesuatu perkara tersebut tidak jd, bukankah malu jdnya..

Kali ini adalah pertama kali aku beraya dikampungku dan juga di rumah baruku... Aku sedikit teruja dan berasa penat sgt mengurus segalanya. Begitu juga dgn makku, sampai dia selsema. Tp alhamdulillah semua berjalan dgn baik.

Tentang aku, hehehe..aku ingatkan ada perkara di luar jangkaan akan terjadi dlm hidupku, perkara yg membahagiakan, tp sedih tu tak sedih sgtla. Tidak sgt aku mengharap. Walaupun aku takut, tp aku ingin merasai seperti org lain. Tp takpela, mungkin jauh lg aku akan menggapaikannya. Yang penting rumah baruku boleh diduduki dan aku sedikit lega..melihat senyuman mak dgn pe yg de sekarang ni. Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur dgn segala pemberianMu...

Cuma sekarang aku ingin mengecapi kebahagiaan seprti org lain, bersama keluarga sendiri...