ORANG yang malas selalunya tidak menetapkan matlamat hidup.
DALAM menempuh hidup yang serba mencabar, tidak dinafikan ada segelintir daripada kita yang akan ketinggalan.
Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada kegagalan. Antaranya tidak mempunyai tujuan hidup, kurangnya keyakinan, tidak berdisiplin dan tidak berani mengambil risiko.
Namun, faktor utama mungkin boleh dikaitkan dengan sifat malas. Perasaan itu wujud seiring dengan keengganan kita melakukan sesuatu tugas dan suka menunda kerja. Seterusnya, melarikan diri daripada kewajipan.
Implikasi yang diberikan oleh perasaan ini amat kuat. Apabila satu perasaan itu terdetik di hati secara langsungnya akan mempengaruhi fikiran dan fizikal kita. Keadaan ini akan menjadi teruk sekiranya rasa tersebut dilayan dalam jangka masa yang lama. Pengaruhnya amat kuat dalam memberi impak kepada kejayaan seseorang.
Keselesaan kita berada dalam sesuatu lingkungan atau zon membuatkan sukar untuk kita keluar melakukan perubahan. Seharusnya kita harus membuka mata dan melihat kerana motivasi itu ada di mana-mana sahaja.
Lihatlah pada kerajinan yang ditunjukkan oleh seorang pengutip sampah dan pemandu bas. Mereka sanggup melakukan kerja bertahap rendah kerana sudah tiada pilihan untuk melakukan tugas yang bertaraf hebat. Bukankah mereka lebih baik daripada golongan malas yang menunggu bulan jatuh ke riba?
Sehubungan itu, seorang individu yang masih dibuai perasaan malas harus mengaplikasikan faktor persekitaran mereka sebagai penyuntik motivasi.
Mungkin panduan yang disenaraikan ini mampu digunakan oleh remaja dan pekerja untuk terus menongkah arus perdana yang semakin sengit persaingannya.
1 Menetapkan tujuan: Orang malas tidak memiliki motivasi untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih baik. Ini membuatkan mereka tidak mempunyai tujuan atau matlamat hidup yang nyata dan jelas. Keadaan ini hanya mengakibatkan kehidupan mereka terumbang-ambing dan menjadi pasif, seterusnya cenderung menyerahkannya kepada nasib.
Dengan itu, kehidupan yang kita dijalani akan berasa bosan. Jika diamati, tujuan hidup ini mampu menyentuh emosi dan mencetuskan perasaan untuk berbuat sesuatu. Secara tidak langsung mendorong dan membakar semangat manusia agar berjaya. Setiap manusia yang diciptakan itu adalah unik sama ada dalam aspek minat, kecenderungan, kebolehan, cara berfikir dan bertindak.
Sehubungan itu, tetapkan apa tujuan hidup anda dan mulakan langkah yang berani.
2 Berani hadapi ketakutan: Orang yang malas juga boleh dikaitkan dengan mereka yang takut menghadapi kegagalan. Ia disebabkan mereka berasa malu dan kurang keyakinan untuk mendepani masalah yang dihadapinya.
TANPA usaha meningkatkan produktiviti, tiada yang akan berubah dalam hidup.
Berani menghadapi risiko untuk meraih kejayaan dalam hidup adalah penting bagi setiap individu. Setiap perjuangan perlu disertai dengan risiko.
Di saat anda dihantui perasaan cemas dan takut, seharusnya jangan melarikan diri tetapi menghadapi dengan tenang kerana kejayaannya mampu membangkitkan keyakinan diri. Gunakan masa silam kita sebagai guru paling berguna untuk mengubah kehidupan. Kata orang, alah bisa tegal biasa.
3 Meningkatkan kemampuan diri: Untuk terus memangkin kejayaan seharusnya kita perlu terus berlatih dan berusaha meningkatkan kemampuan diri. Berada dalam keadaan yang sama hanya mengakibatkan produktiviti dan motivasi untuk berjaya semakin berkurang.
Belajar adalah kunci untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Sekiranya kita terus tekun, secara langsung kemampuan kita juga akan meningkat. Semangat ketekunan itu boleh terus membara jika anda menyemat dalam fikiran dengan kata-kata 'saya ingin dan mahukan perkara tersebut'.
Contohnya, jika kita ingin menjadi perunding cara, maka fokuskan kelakuan kita ke arah tersebut dengan mengasah kemampuan, mendiagnosis masalah, mencari penyebab, menganalisis, menyediakan jalan penyelesaian dan memperbaiki kemampuan berkomunikasi.
4 Disiplin diri: Disiplin melatih seseorang mengawal kelakuan mereka untuk berjaya. Ia menggabungkan sikap sabar, berorientasi matlamat dan tanggungjawab dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perkara yang perlu ada dalam pemikiran seseorang dalam mencapai tahap disiplin yang tinggi adalah kekuatan dalam melawan segala dugaan.
Golongan berdisiplin adalah mereka yang menghormati janji dan komitmen yang telah dibuat dalam diri mereka. Sikap begini secara langsung membina semangat kemahuan yang tinggi, pergorbanan, tumpuan, sikap terbuka dan mencabar minda mereka untuk mencapai apa yang diingini.
5 Lingkungan positif: Jika perasaan malas mulai muncul dalam diri anda, jangan terus berdiam diri. Langkah terbaik dalam menghilangkan perasaan tersebut adalah dengan menghampiri orang yang sedang tekun dan bersemangat melakukan sesuatu.
Dekati mereka yang sedang bekerja keras dalam merealisasikan impian mereka. Berada dalam lingkungan golongan yang mempunyai arah hidup, optimis dan motivasi diri secara tidak langsung akan menginspirasi dan menimbulkan semangat yang membuak-buak untuk terus berada dalam landasan yang betul.
Tuesday, June 29, 2010
10 Penipuan Tentang Israel
WARTAWAN Belgium, Michel Collon, menggunakan bukunya, ‘Israel, let’s talk about it’ (Israel, mari kita berbicara mengenainya) untuk mendedahkan bagaimana laporan media Eropah melakukan penipuan berdekad-dekad dalam usaha mereka menyokong kewujudan negara haram Israel.
Dalam buku itu, Collon menyenaraikan 10 penipuan besar disebarkan media Barat bagi menjustifikasi penubuhan negara Israel serta menghalalkan tindakan negara Zionis itu.
Penipuan itu adalah:
1. Penubuhan Israel adalah sebagai reaksi terhadap pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.
Hakikatnya, kata Collon, projek mewujudkan Israel itu diluluskan Kongres Zionis Pertama di Basel, Switzerland, pada 1897.
Dalam persidangan itu, pemimpin Zionis memutuskan untuk menakluk Palestin bagi menyediakan ruang untuk mereka membangunkan Israel.
Untuk makluman, Perang Dunia Kedua berlaku di antara 1939 hingga 1945.
2. Untuk menghalalkan penghijrahan besar-besaran ke Palestin, Yahudi mendakwa wilayah itu adalah warisan mereka selepas diusir pada tahun 70 Masihi.
Kata Collon, data itu hanyalah rekaan semata-mata.
“Saya bercakap dengan beberapa sejarawan terkenal Israel, termasuk Shlomo Sand, yang percaya peristiwa penghijrahan beberapa abad silam tidak pernah berlaku.
“Penduduk Palestin tidak pernah meninggalkan kawasan mereka pada zaman purba.
“Justeru, kedatangan mereka ke Palestin kononnya untuk menduduki tanah warisan tidak berasas sama sekali,” katanya.
Menurut Collon, Yahudi yang mendesak mahu pulang ke ‘tanah asal’ mereka di Palestin sebenarnya berasal dari Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.
Memetik pendapat Sand, Collon berkata, sebenarnya isu negara Yahudi tidak wujud sama sekali kerana bangsa itu yang berada di pelbagai negara tidak memiliki persamaan sejarah, bahasa atau budaya.
“Satu-satunya persamaan mereka adalah agama, tetapi agama bukan asas membina negara,” katanya.
3. Penipuan ketiga ialah dakwaan kononnya Palestin tidak didiami sesiapa ketika Yahudi mula-mula mendudukinya.
Kata Collon, ada beberapa dokumen dan bukti menunjukkan produk pertanian Palestin dieksport ke luar negara pada abad ke-19.
Katanya, Perancis adalah antara negara yang mendapat manfaat daripada produk pertanian Palestin pada abad itu.
4. Ada pihak mendakwa warga Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela.
“Ini satu lagi penipuan,” kata Collon.
Menurut wartawan itu, memang ramai pihak percaya kepada dakwaan palsu berkenaan.
Malah, katanya, pada peringkat awal dia sendiri yakin terhadap tuduhan itu, sehinggalah dia bertemu sejarawan Israel, seperti Benny Morris dan Ilan Pappe.
“Kata Morris dan Pappe, warga Palestin dihalau dan dilarang kembali melalui kekerasan dan keganasan,” katanya.
5. Israel didakwa satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah dan wajib dipertahankan.
Kata Collon, Israel sebenarnya bukan saja negara melanggar undang-undang, malah satu-satunya negara yang tidak dibatasi mana-mana peraturan bagi menjelaskan sempadannya.
“Semua negara di dunia ini memiliki perlembagaan yang menyatakan had batasan masing-masing tetapi tidak bagi Israel.
“Negara itu wujud hasil projek perluasan wilayah yang tidak mengenal batasan dan undang-undangnya amat rasis,” katanya.
Melalui peraturan diguna pakai Israel, kata Collon, negara itu khusus untuk Yahudi dan individu bukan daripada bangsa itu dilihat sebagai ‘bukan manusia’.
“Ia amat bercanggah daripada demokrasi,” katanya.
6. AS didakwa cuba melindungi demokrasi di Timur Tengah melalui Israel.
Pada masa sama, kata Collon, semua pihak tahu AS menyalurkan dana ke Israel sehingga RM9.7 bilion setahun.
“Wang itu digunakan untuk menyerang negara jiran Israel,” katanya.
AS, kata Collon, sebenarnya hanya berminat memastikan aliran petroleum di rantau itu tidak terganggu.
7. AS kononnya berusaha mencapai persetujuan di antara Israel dan Palestin.
“Ia bohong sama sekali,” kata Collon.
Bekas Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana, pernah memberitahu Israel bahawa negara itu adalah anggota ke-21 EU.
Industri senjata Eropah juga bekerjasama dengan Israel dan menyokong mereka secara kewangan.
Bagaimanapun, kata Collon, apabila warga Palestin memilih kerajaan mereka secara demokratik, Eropah enggan mengiktirafnya, malah memberi lampu hijau kepada Israel menyerang Gaza.
8. Menganggap mana-mana pihak yang mempertikaikan sejarah Israel sebagai anti-Semit.
Sebenarnya, kata Collon, hujah itu digunakan bagi menutup mulut pihak yang cuba mendedahkan tembelang Israel.
“Apabila kita mengkritik Israel, ia bukan semangat anti-Semit, tetapi mengecam dasar kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan hak dan taraf di antara Yahudi, Kristian dan Islam.
“Ia juga memusnahkan keamanan di antara pengikut pelbagai agama,” katanya.
9. Media massa mendakwa Palestin punca keganasan.
Sebaliknya, kata Collon, penjajahan Israel itulah keganasan sebenar kerana mereka merampas tanah dan kediaman penduduk yang berhak.
10. Isu sering dibangkitkan kononnya tiada jalan penyelesaian di antara Israel dan Palestin.
Hakikatnya, kata Collon, penyelesaian boleh dicapai.
“Kita cuma perlu memberi tekanan ke atas sekutu Israel di AS dan Eropah serta rantau lain di seluruh dunia,” katanya.
Bagi Collon, tekanan umum terhadap media massa yang enggan melaporkan kebenaran juga boleh menyumbang kepada penyelesaian sebenar di Timur Tengah.
“Menggunakan Internet atau media lain, marilah kita sama-sama melaporkan berita sebenar mengenai Palestin,” katanya.

Monday, June 21, 2010
Keikhlasan..mampu mengatasi
Hnya kebijaksanaan dengan keikhlasan yg mampu
mngatasi segala apa yg patut kita atasi...memilihlah
Bukan kerana terpaksa...elakkan kalau kita mampu mngelak...
tepis jika kita kuat untuk menepis...
Kerana adakalanya, kepuasan hari ini adalah
kesengsaraan hari mendatang...kalau tau racun jgn telan,
Kalau manis bermadu dan berkhasiat jgn dibuang....
Sebagai manusia yg berakal, kita mampu
membuat keputusan yg tepat dengan petunjukNya..

Sunday, June 20, 2010
Rindu..Siapalah Aku...
malam terang....
bulan bercahaya penuh dibingkai awan....
sungguh menguja rasa
namun.... mengapa hatiku dirundung rawan
bagaikan tiada lg pungguk merenung keindahan bulan
seakan hilang merajuk..
rindunya bersimpuh.... bermain cahaya di genang air....
aduhai... begitukah uji setianya hati menunggu
tiadakah pernah jemu....
dan ku lihat juga....
kekosongan berbaring di rumput
menatap langit....
apalah dilamunkan.... tiadalah terhitung bintang nan jauh
dihitung jua.... hingga meracau
aduhai siapalah mengerti.... siapalah dinanti
dan masih ku lihat....
kesepian asyik bertasbih.... meraut rindu
tidak berhujung....
diraut jua.... hingga terluka
aduhai.... siapalah ditunggu.... siapalah tahu
ah.... alangkah moleknya
jika hati ini dapat di gumpal
dicampak ke air
jika tenggelam tandanya benci
jika timbul tandanya suka....
tentulah nanti.... dapat ditunjuk rasa
pada siapa tiadalah berahsia
namun apalah....
siapalah aku meminta semuanya....
namun.... malamku
ku mohon jua....
bentangkanlah selendang kasih
dibawah pohon hati ku
jiwa ini sudah terlalu ranum
bimbang gugur.... tidak bersambut
remuklah....
punahlah....
hilanglah....
seri bahasa ku padamu nanti....

Friday, June 11, 2010
Semalam, Hari Ini & Esok..
Aku berdoa mengharapkan Hari Esok dan seterusnya
membawa perkhabaran yg memgembirakan,
membahagiakan, menceriakan dan bersama
dgn unsur-unsur/aura yg positif.
Hari ini biarlah sebagai perancangan utk hari esok.
Semalam biarlah sebagai kenangan yg membangkitkan diri
utk terus maju kehadapan dgn penuh keyakinan
menghadapi segala ujian dan rintangan...

‘Sabar Itu Indah’
Dalam kehidupan sehari-hari kita mungkin terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang sentiasa melingkari ruang masa dan tempat. Mungkin dalam sehari seseorang menempuh persoalan yang sangat rumit hingga membingungkan akal dan merungsingkan hati.
Justeru, mereka yang tidak sabar dan cepat berputus asa pasti akan mengambil sikap terburu-buru tanpa memikirkan baik atau buruk, sama ada sesuai dengan kehendak agama atau tidak. Dalam keadaan itu, tindakan tanpa berfikir panjang atau sikap berputus asa akan menguasai diri.
Maka tidak hairan kebelakangan ini didapati kejadian cubaan membunuh diri semakin berleluasa. Inilah akibat kurangnya sifat sabar di atas sesuatu masalah atau cubaan hidup di dunia. Tetapi sebagai seorang Islam yang beriman, seseorang itu mesti melalui apa saja kejadian atau masalah yang dihadapi dengan bersikap tenang sambil berdoa dan berserah kepada Allah.
Dalam surah Al Syura ayat 43, Allah berfirman yang bermaksud, “Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk perkara yang diutamakan.”
Di sini yang dimaksudkan dengan sikap bersabar ialah kesanggupan untuk menanggung segala perkara yang tidak disukai atau yang menyusahkan dirinya semata-mata takut kepada Allah dan mengharapkan pertolongan Allah.
Kata Nabi Daud a.s, “Berakhlaklah kamu dengan akhlakku. Salah satu daripada akhlakku ialah aku sangat sabar.”
Legenda Perancis Napoleon Bonaparte ada menyatakan, “Orang perlu bersabar dan tenang tanpa tergesa-gesa dalam memikirkan sesuatu, tetapi perlu cepat dalam melaksanakannya.”
Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 200 yang bermaksud, “Wahai orang- orang yang beriman, bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siap dan bertakwa kepada Allah”.
Sikap sabar itu dinyatakan berulang-ulang dalam al- Quran sebagai peringatan kepada manusia supaya tidak cepat berputus asa daripada pertolongan Allah. Kata Nabi Yusof a.s, “Sabar itu indah dan kepada Allahlah tempat memohon pertolongan.”
Kepentingan sikap sabar itu diakui seorang tokoh Barat yang terkenal, Edmund Burke. Katanya, “Dengan kesabaran kita memperoleh hasil lebih daripada dengan kekuatan kita.”
Manakala seorang lagi tokoh akademik Barat yang turut menyetujui pentingnya nilai sikap sabar ini ialah Arnold Glassow. Katanya, “Kunci semua hal adalah kesabaran, bukankah anda memperoleh anak ayam dengan jalan mengeram terlebih dulu dan bukan dengan memecahkannya.”
Sebenarnya apa saja masalah hidup yang menimpa manusia adalah kaedah Allah untuk menguji iman hamba-Nya sama ada tebal atau nipis iman itu.
Mungkin dalam keadaan diri seseorang itu lapang, sihat dan kaya kekuatan iman itu sekadar di bibir, tetapi ketika ditimpa bencana dan masalah hidup kita akan dapat gambaran konkrit bagaimana sikap seseorang berdepan dengannya. Contohnya sakit.
Pada masa sihat kita mungkin lalai untuk mengingati Allah dan tidak menjaga serta menuruti segala yang diperintahkan atau yang dilarang. Kita hanya ikut apa saja kehendak hati dan nafsu dengan gaya hidup keterlaluan dan melampaui batas seperti gaya pemakanan tanpa berfikir baik atau buruk.
Sebaliknya, apabila kita ditimpa penyakit kita ingat kepada Allah dan pada waktu inilah segala suruhan dan larangan-Nya kita ingat. Allah minta kita bersikap sederhana dalam segala hal, tetapi sebaliknya yang dilakukan. Hikmah di sebalik perintah dan larangan Allah tidak pernah direnungi.
Dalam surah Al Ankabut ayat 2-3, Allah berfirman yang bermaksud, “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
Dalam ayat ini dijelaskan hubungan antara manusia dengan kehidupan adalah hubungan antara ujian dan cubaan.
Dalam Islam ujian semasa menghadapi kesusahan atau sesuatu yang tidak disenangi seperti penyakit, kemiskinan atau kemalangan, dikira ujian yang ringan berbanding ujian Allah kepada manusia yang dilimpahi kemewahan, kesihatan anggota tubuh badan atau kelapangan waktu. Ini kerana pada masa susah sama ada kerana ditimpa penyakit, kemalangan dan sebagainya ia akan menyebabkan seseorang begitu cepat untuk kembali kepada Allah, tetapi jika diuji dengan kesenangan atau kesihatan yang segar bugar, mungkin menyebabkan manusia itu menjadi leka dan asyik dengan apa mereka miliki tanpa lagi bersyukur dan berhati-hati dengan nikmat Allah.
Justeru, jika kita sedang diuji dengan kesusahan, sama ada mungkin diserang penyakit, dibelenggu hutang yang banyak, kesusahan mengendalikan rumah tangga dan sebagainya, kita hendaklah sedar dan insaf bahawa bentuk ujian itu tidaklah seberat jika Allah uji dengan kesenangan, kekayaan dan kesihatan. Jadi, kita mesti bersabar dengan penuh reda dan yakin bahawa Allah pasti akan menolong untuk melepasi keadaan yang dialami.
Tetapi yang penting ialah seseorang itu mesti berikhtiar bersungguh-sungguh dan berdoa sepenuh hati dan bukan berserah diri bulat-bulat tanpa mengambil langkah pembetulan. Kata Shakespeare, seorang sasterawan Inggeris terkemuka, “Usaha yang anda mulai janganlah dihentikan sebelum merasai hasilnya.”
Kata pujangga, “Jika ditimpa musibah atau kesusahan bersuka rialah menjalani hari-hari yang terus berlalu kerana penggantian hari demi hari akan semakin mengurangi umur daripada kesusahan itu.
Kesusahan adalah satu rintangan umur seperti umur manusia yang tidak boleh kamu andaikan bilakah akan berakhir. Di sini dipetik kata-kata Dr Sidney Newton Bremer, seorang penulis dan motivator Barat, “Pelaut berpengalaman tahu dirinya bukanlah tandingan samudera. Tetapi, dia tahu mampu menakluki samudera. Dia tahu ada banyak batu karang dan arus, tetapi dia belayar mengelilinginya. Dengan penuh sabar dan sentiasa berikhtiar sedaya upaya akhirnya pelaut itu tercapai juga tujuannya.”

Subscribe to:
Posts (Atom)